Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 11 November 2018

Kebangkitan Raja-raja Melayu di Malaysia

Arkib : 12 November 2018. Alhamdulillah, Terkini Raja-raja Melayu Bangkit !


Gambar 9 Orang Raja-raja Melayu yang memerintah di negeri masing-masing di Malaysia.

Dari Kiri Atas : Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Kedah
Dari Kiri Bawah : Raja Perlis, Sultan Selangor, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Terengganu

ALHAMDULILLAH. TERKINI RAJA-RAJA MELAYU BANGKIT


Keterangan Video dari YouTube :

Raja-Raja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini. (video asal telah dipadamkan oleh pemilik akaun YouTube)



Diseru semua rakyat Melayu beragama Islam juga bangkit.

KERANA BAB AMANAH ALLAH. BAB AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR. TIDAK LEPAS SEORANG PUN AKAN DISOAL ALLAH.
  • Raja-raja Melayu tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam
📆 30 JULAI 2018. ℹ Raja-Raja Melayu tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam

Ismail Mat, ismailmat@nstp.com.my

RAJA-RAJA Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.

Jawatankuasa Tertinggi itu dianggotai lima ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, manakala Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai urus setianya.

Ia dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di Oxford Centre for Islamic Studies.

Manakala keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA); bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.

“Fungsi jawatankuasa itu antaranya adalah untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah di peringkat Persekutuan.

“Dalam menjalankan tugas-tugasnya, jawatankuasa tertinggi ini juga akan menerima memoranda dan berbincang dengan pihak yang berkepentingan, termasuk mereka yang sudi dengan sukarela menyampaikan pendapat masing-masing,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menegaskan, penubuhan jawatankuasa tertinggi terbabit selari dengan kedudukan Islam yang termaktub mengikut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha ini amat wajar kerana ia kekal menghormati prinsip dan bidang kuasa Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, di mana institusi agama terus ditambah baik demi mempertahankan Islam, di samping terus menyebarluaskan nilai-nilai kesejagatan Islam di negara ini,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, hasil kajian jawatankuasa tertinggi itu kelak akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja dengan cadangan penambahbaikan bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan agar ia berada di atas landasan yang betul.

🔰MONORACKiNFO🔰

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/362995/raja-raja-melayu-tubuhkan-jawatankuasa-tertinggi-hal-ehwal-islam (link asal hilang daripada laman sesawang)


Keterangan Video dari YouTube berdasarkan sumber Astro Awani :-

Raja-Raja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat persekutuan bagi penambahbaikan institusi Islam di Peringkat Persekutuan. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya. Visit http://www.astroawani.com for more news. Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani Follow us on Instagram https://www.instagram.com/501awani


Sumber-sumber lain yang diyakini sahih seperti berikut :-
  1. http://www.kosmo.com.my/terkini/raja-raja-melayu-tubuh-jawatankuasa-tertinggi-institusi-hal-ehwal-islam-1.719197
  2. https://m.malaysiakini.com/news/436567
  3. http://m.utusan.com.my/berita/nasional/raja-raja-melayu-tubuh-jawatankuasa-tambah-baik-institusi-islam-1.719186
  4. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/82990
  5. https://youtu.be/PsR7HJFcYvA
  • 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU



Gambar : Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (tengah), Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman (kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi British, Donald Gillway semasa Menandatangani Surat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957.
  • Tiada tolak ansur terhadap pihak yang hendak kikis kuasa - Sultan Selangor
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap terus mempertahankan perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, ia akan terus dipertahankan walaupun baginda sudah berulang kali menyentuh isu-isu terbabit, selain menegaskan bahawa tiada sebarang tolak ansur terhadap cubaan golongan tertentu yang mahu mengikis kuasa dan keistimewaan berkenaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peranan Raja-raja Melayu dalam memayungi kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera tanpa mengenepikan hak kaum lain akan terus bertapak di negara ini dan dipertahankan,” titah Baginda.

Baginda bertitah pada Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Tahun 2018, Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah dan Majlis Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor : Fatwa Ajaran Sesat dan Fatwa Syariah dan Sosial di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/497565/tiada-tolak-ansur-terhadap-pihak-yang-hendak-kikis-kuasa-sultan



DYMM Sultan Selangor telah menitahkan semua papan tanda yang menggunakan bahasa Cina digantikan dengan 1 bahasa sahaja iaitu BAHASA MELAYU !

Daulat Tuanku ...
  • Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan - Sultan Selangor

  • Tengku Abdullah (Pahang) : Ada pihak mahu mengubah sosial politik negara
  • Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah : Jangan Usik 3 Perkara




Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah : "Mereka yang memahami isi al-quran akan menghargai kebesaran Islam sebagai agama universal yang menganjurkan keadilan, kesetaraan, perdamaian dan moderasi"


  • Tengku Makhkota Johor : "I personally believe that it is the responsibility of every Malaysian to uphold the constitution, be it the State Constitution or the Federal Constitution. To be liberal in terms of progress and innovation is good. But, we should not forget our tradition, heritage and History"



  • Dr. Mahathir mohon maaf : Pinda Perlembagaan babitkan kuasa Agong
http://m.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-mohon-maaf-1.374833#.W_OfTpQz4PU.whatsapp

Dua perkara yang boleh menstabilkan Politik dan keharmonian MALAYSIA :-
  1. TOLAK ICERD !
  2. Tun M (dipinda 1987-1993), Kembalikan sepenuhnya Kuasa dan Kekebalan YDPA & Raja-raja Melayu !

Tolak ICERD !

#SelamatkanMalaysia #DemiAgamaBangsaTanahAir

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Institusi Yang Dipertuan Agong Penjaga Perlembagaan


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...