Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 10 November 2018

Bantah ICERD ! Tolak ICERD !



APA ITU ICERD?
  • Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) (konvensyen) telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan (ratified) mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatuasa pada 4 Januari 1969.  Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya termasuk Brunei dan Israel.
  • Mengikut ICERD, memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.
  • Berdasarkan ICERD, diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan.
  • Berdasarkan ICERD, kerajan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum. Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan.

APA KESAN KEPADA NEGARA?
  • Dalam hubungan negara kita dengan negara-negara lain, kita terikat dengan konvensyen itu.
  • Di peringkat dalam negara, kita kena melaksakannya, termasuk mengubah dasar kita, misalnya UiTM mestilah dibuka kepada semua, tida boleh dikhaskan kepada pelajar-pelajar Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja; pengambilan pegawai-pegawai awam tidak boleh mengikut quota lagi; demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidka boleh diberi keutamaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi, dan berbagai-bagai lagi; undang-undang yang bersifat diskriminasi, termasuk Perkara 153 mestilah dimansuhkan dan lain-lain lagi.

KENAPA RAKYAT PERLU MEMBANTAH?
  • Tujuan utama konvensyen itu hendak disahkan adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarah itu, dihapuskan. Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Maka, mereka menuntut supaya Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan. Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu, yang telah termaktub dalam Perlembagaan itu akan terpaksa dimansuhkan.
  • Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata dengan terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan. Mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai. Dalam kata-kata lain, hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak  dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud! Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Ini orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar.

UNTUK KITA KENANG
  • Zaman Portugis : 1511 - 1641 (130 tahun)
  • Zaman Belanda : 1641 - 1824 (183 tahun)
  • Zaman British 1 : 1824 - 1942 (118 tahun)
  • Zaman Jepun : 1942 - 1945 (3 tahun)
  • Zaman British 2 : 1945 - 1957 (12 tahun)
Selama 446 tahun Tanah Melayu dijajah dan kita perjuangkan sendiri tanpa simpati dari bangsa yang datang terkemudian. Kini mereka yang datang kemudian itu berani menuntut hak dan mahu dilayan sama rata seolah merekalah yang telah bersusah payah selama ini.

Gambar-gambar sekitar Himpunan Bantah ICERD !







ICERD 

ADALAH SALAH SATU SENJATA DAP UNTUK MUSNAHKAN ISLAM, MELAYU DAN PRIBUMI. 

TOLAK ICERD DAN MUSNAHKAN SIAPA MENYOKONG ICERD



Bukan Melayu harus fahami, iktiraf, hormati fakta sejarah poltik negara

BANGI, 9 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Kaum bukan Melayu tidak mempunyai asas kukuh untuk menyokong serta menuntut apa yang terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Low Yong San.

Sebaliknya beliau berkata, mereka sepatutnya memahami fakta sejarah politik negara terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu konvensyen antarabangsa berkenaan.

Beliau menegaskan, ada dua fakta yang kaum bukan Melayu harus faham, iktiraf dan hormati sebelum menuntut kerajaan meratifikasi ICERD.

Pertama, katanya, sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu diberi kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British ke atas Tanah Melayu lagi, negara sudah diperintah oleh Raja-raja Melayu, malah British terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu untuk meligitimasikan penjajahannya.

Sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu memperoleh kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British di tanah Melayu, satu sistem pemerintahan moden yang berpaksikan kepada Raja-raja Melayu telah diasaskan di negeri-negeri Melayu di Malaya.

“Kerajaan kolonial British juga terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu, sama ada secara sukrela atau paksaan, untuk meligitimasikan penjajahan British di Malaya,” katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut Yong San berkata, fakta kedua yang perlu dihadam ialah sepanjang pemerintahan British, mereka telah mengiktiraf kedudukan sah Raja-Raja Melayu, malah turut mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal di Malaysia.

British juga telah mengiktiraf kedudukan istimewa kaum Melayu sebagai penduduk asal (Bumiputera/Peribumi) serta melaksanakan sistem politik dan pemerintahan yang bertunjangkan kaum Melayu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, agak mengejutkan apabila terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang menyokong dan berkehendak agar ICERD diratifikasi.

Justeru beliau berkata, sebagai langkah menghentikan polemik ICERD, Majlis Raja-Raja boleh membuat kenyataan atau menyatakan pendirian rasmi berhubung isu ini.

Terdahulu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berterus terang berhubung tujuan ratifikasi bagi mengelakkan berlakunya bantahan, sebaliknya mereka menuntut Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.

Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dimansuhkan.

Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan kaum Bumiputera, mereka mengatakan bahawa pengesahan tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya.



UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...