Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 6 November 2018

DASAR PANDANG KE TIMUR YANG SEBENAR DALAM ISU ICERD

Di Jepun dan Korea berpuluh-puluh ribu warga asing yang menetap dan dilahirkan di sana tidak akan mendapat kerakyatan secara automatik.

Contohnya, berita dari Reuters menceritakan kisah seorang Sikh yang dilahirkan di Jepun dari sebuah keluarga pendatang. Lelaki Sikh ini seumur hidupnya tidak pernah keluar dari Jepun, hidup seperti orang Jepun, fasih berbahasa Jepun dan jadikan bahasa Jepun pertuturan hariannya, namun tidak mendapat sebarang layanan dari kerajaan Jepun.

Lelaki ini telah menulis banyak surat kepada kerajaan Jepun (dalam bahasa Jepun) merayu agar diberi taraf kerakyatan, tapi masih tiada respons.

Ini kerana, bagi kerajaan Jepun walaupun kamu bercakap bahasa kami, hidup bersama kami, mengamalkan budaya kami, namun kamu tetap anak immigran.

Jika kamu bukan kaum asal, jangan haraplah untuk menjadi warganegara apatah lagi soal hak2. Konsep 'ketuanan' ini menjadi asas pembentukan negara. Dengan inilah terbentuknya bangsa yang hebat, seperti bangsa Jepun dan bangsa Korea.

Berbeza sekali negara yang lagi "canggih" iaitu Malaysia.

Di negara Malaysia, tidak tahu bahasa kebangsaan pun boleh jadi warganegara. Malah, menghina kaum dan agama Islam Melayu yang majoriti pun boleh dilantik jadi ahli parlimen. Tak cukup dengan itu, dihinanya pula bahasa kebangsaan. Kata 'imigran-imigran' ini, bahasa asal nenek moyang mereka lagi hebat. Yang lagi dahsyat, ada yang datang dulu untuk jadi kuli estate sahaja. Tapi kini mengaku merekalah 'raja' sebenar Tanah Melayu ini.

Tapi untunglah 'buat perangai' kat Malaysia. Nanti ada Melayu perasan 'moden' yang backup diorang ni semua.



UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...