Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 23 November 2018

Luahan Rakyat : Idea Pelan Pendidikan Oleh Dr. Mazlee Malek

Idea itu memang BAGUS tapi bukan satu keutamaan pada masa ini. Isu Dr. Mazlee, Menteri PENDIDIKAN nak buat ko-kurikulum wajib BERENANG di SWIMMING POOL. Saya tak setuju, wahai YB. YB ini buat Tun Mahathir pening tak pasal-pasal. Ada yang kena rombakan kabinet karang.
Isu-isu priority sekarang ialah:
  1. Bagaimana nak jadikan sistem pendidikan sekolah negara kita yang terbaik dari aspek melahirkan generasi yang bertaqwa (untuk orang Islam), yang bijak dan boleh menabur bakti kepada ibu-bapa, komuniti dan negara dan bersama berbakti tanpa kira bangsa atau team EPL yang dia sokong!
  2. Nak pastikan SEMUA anak-anak rakyat Malaysia boleh menamatkan zaman SEKOLAH dengan sempurna. Masih ramai anak-anak kita tak bersekolah - miskin tegar, OKU, yatim piatu. Sekolah PENDIDIKAN KHAS untuk anak-anak istimewa pon (pun) masih tunggang langgang. Camaner (macam mana) ?
  3. Masih ramai lagi rakyat kita yang BUTA HURUF! Saya pernah suatu ketika dulu di Bestari Jaya, kat Masjid nak bayar zakat fitrah. Pemuda yang depan saya bila dah bayar zakat fitrah, untuk buat aqad (perjanjian lisan), dia minta AMIL ZAKAT bacakan aqad. Bila tanya, kenapa tak baca aqad, pemuda tu cakap, DIA TAK TAHU MEMBACA. Umur dia sekitar 30-an!
  4. Bab swimming ni, biarlah mereka enjoy masa CUTI SEKOLAH!
  5. Minta YB Dr. Mazlee buat sistem sekolah di mana kami boleh bawa GASING, GULI KAPOR, LASTIK Rubber band ke sekolah untuk aktiviti riadhah. Kan lebih seronok bila nak ke sekolah!
Sekian.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...