Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 1 January 2019

11 Perkara Penting Untuk Kita Uruskan Urusan Yang Ditinggalkan Oleh Isteri / Suami

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...
  1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
  2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
  3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password handphone, emel, MYEG dan nombor pin kad-kad ATM dan lain-lain. Pin Nombor ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.) Sebaik sahaja kita daftar untuk dptkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan.
  4. Buat salinan kad pengenalan pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan sijil kelahiran / MYKID anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu fail beserta salinan original. Bawa fail ini bila mbuat semua urusan berkaitan.
  5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan lain-lain) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang dan harta-harga yang ditinggalkan. “Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang meninggal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera.” Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara inilah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
  6. Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh tuntut khairat kematian daripada bank/insurance/SOCSO/EPF dan lain-lain. (Ada tempoh masa untuk tuntut. EPF dalam tempoh 6 bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss). Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. *SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.
  7. Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH.  Tempoh iddah adalah 4 BULAN 10 HARI. Bukan 44 hari ye?
  8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM! 
  9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh mbantu melangsaikan hutang-hutang,  meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan / diinfaqkan atas nama pasangan. Money is not everything, but everything needs money.
  10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Insha Allah, mereka inilah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya. 
  11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini. 
Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca.

Wallahualam.

#donesharing
#countingendlessblessings
#missinghimwitheverybeatofmyheart

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...