Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 17 February 2019

Glass

Glass official theatrical poster.jpg

Sneak Preview Filem : Glass
  1. Benda biasa - Filem dari Pengarah M. Night Shyamalan. (Kalau tak biasa tengok filem bentuk drama, lebih baik jangan tengok!)
  2. Benda luar biasa - Pengarah/penulis skrip berjaya bawa 3 watak utama dalam filem ini dan juga kembangkan sifat-sifat 3 watak untuk filem ini. Watak yang paling menonjol ialah James McAvoy (X-Men First Class, Professor X). Paling kesian watak dia ini sebab kena tukar 29 watak (emosi yang berbeza) untuk tonjolkan watak dia dalam filem ini. Paling tak best watak Bruce Willis walaupun dari segi luaran watak dia hebat. Boleh tonton di sini sedutan manusia luarbiasa => https://youtu.be/CN8LdcryxgY
  3. Benda tak boleh jangka - Ada 3 watak utama, daripada 3 orang seorang itu nampak macam orang jahat (antihero). Akhir cerita ada lagi watak yang lebih jahat daripada watak itu. Kena pandai cari watak ini dan kena tengok sampai habis cerita baru faham keseluruhan cerita ini...
  4. Benda tak harap masuk dalam filem - untuk sampaikan mesej kepada penonton filem ini, Pengarah/penulis skrip terpaksa tonjolkan kedai-kedai jual komik dan juga sedutan drama/filem watak adiwira dari komik untuk angkat sebagai tema filem ini. Rasanya pada pendapat penulis kalau tak masukkan pun lebih baik supaya tak nampak sangat filem ini nampak seperti jalan cerita seperti adiwira. Kalau kekalkan tanpa selit tema yang disebut penulis tadi lebih mantap ceritanya sebab tak nampak dibayangi adiwira (macam yang biasa kita tengok dalam pasaran).
  5. Benda motivasi dalam hidup - orang luar biasa ini kalau lain pandangan orang, mereka akan gelar orang gila. Kalau doktor ataupun pegawai psikologi akan anggap mereka sebagai pesakit dan perlu diberikan rawatan. Dalam Islam terapi jiwa yang paling terbaik dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan banyakkan amal ibadat serta penuhkan diri dengan ilmu agama sebelum beramal.
  6. Benda yang tak sesuai dalam filem ini - tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak kerana ada juga sedikit unsur-unsur LGBT serta keganasan diluar batasan kemanusiaan. Akhir sekali...
  7. Benda unik tapi tak beberapa sesuai - kalau dah jodoh. Ada juga elemen lain seperti kasih sayang antara bapa dengan anak, antara ibu dengan anak dan antara kekasih dengan kekasih. Setiap hubungan antara mereka itu tak nampak keserasian dan janggal cuma bila watak di akhir cerita kesan kepada latar filem itu (masyarakat setempat dalam filem itu) skopnya lebih luas sebab berjaya sebarkan pengaruh identiti mereka sebenar berjaya ditonjolkan kepada dunia luar mereka

Rating yang boleh diberi

4.5 bintang (4.5 out of 5) 😱

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...