Video di bawah ini adalah contoh pendapat daripada Zhafvlog yang bukan daripada kategori 'Die Hard Fans'. Tapi aku tak salahkan dia sebab filem pertama First Blood pun dia tak pernah tengok dan tak lahir lagi ketika itu. [Klik di sini https://www.youtube.com/watch?v=99Q6vER-BeA&feature=share]
Pada aku, kiranya cerita ini cerita penutup dan kita boleh bayangkan umur kita pada penghujung usia. Sama ada kita nak teruskan buat perkara yang baik ataupun terus nak lakukan dosa atau perkara sama yang pernah kita lalui pada masa silam.
Kita sebenarnya boleh membuat pilihan untuk mengelakkan sesuatu perkara daripada menjadi lebih teruk dan serius. Cuma apabila kita tak mampu untuk mengawal diri kita dalam tindakan sewaktu menghadapi situasi tersebut maka pada ketika itu tindakan kita lebih kepada emosi selepas menerima keadaan dan takdir.
Karakter filem ini berada pada posisi dia yang tersendiri. Dia tak perlukan penghargaan daripada orang lain. Apa yang diperlukan adalah sedikit ruang untuk dia berada dalam situasi dan perspektif yang ada pada diri dia sendiri sebagai sebuah keluarga. Bertahun-tahun hidup dalam buangan, bertahun-tahun hidup dalam penyiksaan, bertahun-tahun hidupnya diabaikan ibu pertiwinya padanya jiwanya kosong. Jiwa yang kosong itulah yang diisikan dengan kemahiran yang dia belajar dalam kehidupan awal dia sebelum dia pergi berperang dan berdikari dalam kehidupan (survival).
Memang yang tak suka cerita ini akan kata cerita ini merepek. Tak masuk logik akal. Seorang bekas askar boleh hapuskan satu pasukan musuh. Itulah watak Rambo. Watak fiksyen. Watak yang direka oleh penerbit filem Hollywood. Anda anggap sahaja cerita ini hiburan semata-mata dan juga watak ini tak perlukan dia untuk dia jadi penyiasat macam James Bond. Sebab dia adalah John Rambo. Dia tak perlu tak berlakon dan menyamar jadi watak orang lain. Cukup untuk dia jadi watak diri dia sendiri.
Sedikit sebanyak pada aku, kesan watak dia yang utama ialah masalah keyakinan diri dia sendiri. Melihat kawan-kawan dia mati di depan mata. Krisis keyakinan. Krisis kepimpinan diri. Krisis motivasi. Krisis psikologi. Krisis ikut arahan ketua. Krisis untuk memberontak dan membalas dendam. Sisi itu yang aku nampak watak ini sejak filem pertama.
Akan tetapi, sewaktu penutup filem ini, semua krisis itu telah padam dengan sendirinya. Sehinggakan kalau dia terbunuh dalam misi ini dia tak perlu risaukan apa-apa lagi. Asalkan dia berpegang teguh pada prinsip dan jalan hidup yang dia pilih sekarang ini.
Akhir sekali, apa-apa peristiwa yang kita telah tempuhi dan jalani dalam hidup kita ini adalah ketentuan dan kita hanya watak dalam kehidupan ini. Semuanya telah pun ditetapkan perjalanannya sejak awal dahulu sehingga ke akhirnya...
No comments:
Post a Comment