Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 23 April 2020

Awas geng plastik hitam

GENG ‘plastik hitam’ yang ponteng puasa Ramadan turut akan didakwa ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kadi Daerah Segamat Mohd Zaini Mohd Salleh berkata, berdasarkan pengalaman kaki ponteng puasa dikesan berkumpulan di lokasi tertentu untuk makan dan minum.

Katanya, Pejabat Kadi Segamat mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 lokasi panas kaki ponteng puasa di sekitar daerah ini.

“Kali ini mereka bukan sahaja akan didakwa kerana tidak berpuasa malah diserahkan kepada polis kerana ingkar PKP.

“Namun ketika ini banyak restoran, warung dan gerai tutup susulan PKP tetapi kaki ponteng puasa pasti ada lokasi lain.

“Oleh itu penguat kuasa agama akan memantau dan membuat risikan bagi menangani kegiatan kaki ponteng puasa yang mencemarkan kesucian bulan Ramadan itu,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Zaini berkata, seramai 10 pegawai dan anggota penguat kuasa ditugaskan memantau kegiatan tidak bermoral itu.

Umat Islam yang ditahan kerana ponteng puasa boleh didakwa mengikut Seksyen 15(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...