[3/27, 1:17 PM] ALTEL ZiFi: Mesej daripada tuan @Norman McCartney
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Jumaat.
Hari ini kita bertemu lagi dalam hari Jumaat minggu yang terakhir bagi bulan Mac 2020. Hari ini juga kita telah melangkah masuk bulan Syaaban 1441H. Tinggal 29 hari sahaja lagi kita untuk menunggu ketibaan bulan Ramadan 1441H bagi tahun 2020 Masihi.
Marilah kita sama-sama panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar musibah yang dihadapi negara kita ini bakal surut dan kembali seperti biasa. Pada masa kesempitan yang sedang kita sama-sama hadapi ini, adalah menjadi satu kebaikan kita bersama untuk kita berdoa dan meningkatkan amal ibadat kita masing-masing lantaran kita masih lagi dalam fasa kuarantin untuk tambahan 2 minggu lagi sehingga 14 April 2020.
Buat semua petugas-petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia agar anda semua diberikan semangat dan motivasi tinggi untuk meneruskan perjuangan anda sehingga ke akhirnya (sehingga terhapusnya virus COVID-19 ini).
Kepada pasukan keselamatan, jalankan tanggungjawab anda semua dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Tanpa bantuan daripada anda semua, tidak mungkin semua golongan rakyat Malaysia faham dengan situasi genting yang sedang kita hadapi kini.
Kepada para pemimpin kami, kami semua mendoakan agar semua urusan anda dipermudahkan. Kami juga berdoa agar anda semua yang sedang berjuang dalam lapangan anda masing-masing bakal dikurniakan manfaat dan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah s.w.t. Aamin Ya Robbalamiin.
Di bawah ini pula sedikit perkongsian daripada rakan-rakan perjuangan yang bersama-sama dalam pengajian pondok oleh tuan @Norman McCartney dengan Ustaz Dr. Shamsul Ariffin.
Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan sebagai tazkirah Hari Jumaat ini.
[3/27, 1:20 PM] ALTEL ZiFi: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Kita berdepan dengan wabak Covid-19 yang melanda dunia sekarang tidak terkecuali negara kita sendiri.
Sudah pasti sesuatu itu berlaku ada hikmahnya. Saya ada bertanyakan kepada YBhg TG Dr Shamsul persoalan-persoalan mengenai wabak Covid-19. Berikut adalah kesimpulan dari apa yang diperjelaskan oleh YBhg Tuan Guru untuk dihayati bersama.
1. Wabak Covid-19 merupakan ujian dari Allah untuk penghapusan dosa dan peningkatan darjat seseorang.
2. Apa yang berlaku adalah untuk kita muhasabah diri. Peringatan dari Allah untuk kita lebih dekatkan diri kepada Allah dengan perkuatkan wirid, solat, suluk dan ibadah-ibadah lain.
3. Tempoh *Perintah Kawalan Pergerakan* boleh dianggap sebagai latihan sebelum menempuh keadaan sebenar ketika keluarnya Dajjal nanti yang tentunya keadaan lebih dahsyat lagi.
4. Apa yang berlaku merupakan perancangan Dajjal@Yahudi untuk melemahkan gerakan beragama iaitu gerakan kebangkitan Islam di Malaysia, Nusantara dan negara-negara Islam lain manakala gerakan Kristian atau Nasrani di Italy & Korea. Italy dan Korea adalah 2 buah negara yang teruk dilanda wabak Covid-19 kerana kedua negara ini adalah pusat gerakan Kristianisasi ie Vatican City di Italy.
Begitu juga di negara kita dengan keadaan wabak yang semakin membimbangkan, turut menjadi target agenda Yahudi dan Dajjal yang tidak senang dengan kebangkitan Islam di sini. Masjid-masjid dan surau-surau menjadi kosong. Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, dua masjid besar umat Islam turut menjadi sasaran. Sesuatu yang tidak pernah berlaku yang amat menyedihkan.
Sama-sama kita berdoa supaya kita semua terpelihara dari jangkitan wabak Covid-19 dan wabak ini hilang segera sepenuhnya. Semoga kita dapat ambil pelajaran dan pengajaran dari apa yang berlaku.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment