Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 12 April 2020

Makluman Buat Semua Di YouTube


Siri Senario Lama : Tandas Awam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua buat follower saya dalam Saluran YouTube ini.

Sempena kita masih lagi dalam tempoh kuarantin PKP di rumah anda masing-masing, sama-samalah kita berhibur di sini dengan gelak tawa daripada kumpulan Senario yang kita minati ini. Pada masa yang sama kita berdoa agar penularan wabak ini akan berakhir sedikit masa nanti dengan izin Allah s.w.t. In shaa Allah, aamiin.

Selain itu, di sini saya ingin membuat pengumuman bahawa, sekiranya video koleks Senario Lama saya telah pun di 'block' oleh Pihak YouTube di atas dasar hakmilik dan hakcipta oleh TV3, saya nasihatkan untuk anda supaya mencari kandungan siri-siri Senario Lama yang telah di 'block' itu secara terus dalam Saluran YouTube dalam akaun rasmi Pihak TV3.

Saya mohon maaf atas kesulitan yang anda semua hadapi sebagai peminat-peminat Senario. Selain itu, saya juga mengesyorkan supaya anda boleh juga tengok filem-filem, telemovie ataupun video muzik yang saya kemaskinikan di sini sebagai pengganti saluran-saluran video saya yang telah disekat oleh Pihak YouTube di atas sebab dan alasan hakmilik dan hakcipta terpelihara.

Segala kesulitan amat di kesali. Saya harap agar anda semua tetap bersama-sama dengan saya untuk terus menyokong saluran YouTube saya ini. Terima kasih buat anda semua !

Complete season sitcom Senario (era Hamdan & Iliya) Season 1: https://m.youtube.com/playlist?list=PL03M3gEnnhFY2eTcxNhJ83ghssoXOePxz Season 2: https://m.youtube.com/playlist?list=PL03M3gEnnhFYr0RON_XjuKzwgahedSPBa Season 3: https://m.youtube.com/playlist?list=PL03M3gEnnhFZlmlNqxAuKra7-zZueEtST Season 4: https://m.youtube.com/playlist?list=PL03M3gEnnhFZetQBTcLMGJnhflm-SxSqM Season 5: https://m.youtube.com/playlist?list=PL03M3gEnnhFbKIkyArsZuLbEKkqeKlCX1 Season 6: https://m.youtube.com/playlist?list=PL03M3gEnnhFaab0D_JbKa_o88J6GnVH5U Sumber dari YouTube Channel "TV9MalaysiaOfficial"

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...