Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 30 April 2020

Mukjizat Al Quran

Mukjizat Al Quran

Dalam kuliah maghrib minggu lepas di surau kami yang disampai oleh seorang ustaz ber title Dato' beliau telah ditemui oleh seorang jemaah lelaki yang sentiasa mengikuti kuliahnya walau di mana pun kuliah disampaikan.

Jemaah lelaki ini telah bertemu dgn Dato' ustaz di sebuah surau di Shah Alam dan telah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dalam tahun 2000 ketika itu umornya baru 53 tahun. Beliau tiba-tiba kena stroke di tempat kerja dan terus dihantar ke hospital dan Doktor telah menjalankan operation untuk masukkan 3 stan untuk halang dari jantung terus tersumbat.

Semasa beliau sebelum sedar diri selepas operation, Doktor telah memberitahu isterinya bahawa suaminya sungguh-sungguh dalam keadaan kritikal dan hanya ada masa 3 bulan lebih kurang untuk hidup. Ini disebabkan komplikasi penyakit yang lain iaitu hatinya telah membengkak 2 inci dan paru-parunya berair. Namun begitu Doktor kata semuanya atas kekuasaan Allah swt.

Keluar saja dari hospital beberapa hari selepas operation, jemaah lelaki tadi memanggil kesemua anak-anak dan isterinya dan meminta mereka setiap solat subuh mengelilinginya dan bacakan Al Quran hingga khatam setiap seorang.

Allah swt Maha Penyembuh... apabila datang ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya, Doktor amat terkejut, jantungnya amat sihat, hatinya sudah tidak bengkak dan paru-paru normal tidak berair. Apabila Doktor bertanya, dia memberitahu apa yang anak-anak dan isterinya lakukan.

Sekarang umor jemaah lelaki ini sudah 72 tahun.

Mahasuci Allah Yang Maha Penyembuh.

Al Quran adalah petunjuk, panduan, hidayah dan penyembuh.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...