Temu bual khas semalam bersama Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr. Ahmad bin Abd Salam al-Raisuni (Professor Fakulti Syariah, Universiti Qatar) dalam video berdurasi hampir 25 minit yang dikeluarkan Al-Jazeera ini dapat disimpulkan beberapa perkara penting berkisar Covid-19.
1) Penutupan masjid sementara waktu ekoran wabak ini sesuatu yang tidak berlawanan dengan kaedah2 dan dalil2 syarak. (Syeikh sebut panjang antaranya لا ضرر ولا ضرار daripada Qawaid Kubra dan hadis larangan orang mulut berbau busuk ke masjid maka orang yang ada kemungkinan menyebar penyakit berjangkit yang boleh membawa maut lebih2 lagi aula tidak ke masjid). Ia bukanlah bererti kita larang bersolat, bahkan hanya menangguh pelaksanaan solat jemaah dan solat jumaat secara sementara.
Bukanlah bermaksud kita menganggap ‘menjaga nyawa’ lebih utama daripada ‘menjaga agama’ (seperti sangkaan sebahagian orang yang cetek kefahamannya) akan tetapi maksud ‘menjaga agama’ itu ialah (zat) solat itu sendiri (kerana wasf jemaah tu hanya juzuk takmiliy iaitu penyempurnaan semata2).
Sedangkan suatu ketika dulu pun pernah keluar fatwa haram mengerjakan haji disebabkan setiap jejak kilometer menuju ke Makkah terdedah dengan bahaya pembunuhan di jalanan maka perkara ini sudah biasa berlaku (perubahan fatwa dsb). Islam lebih mendalam (kefahaman beragama yang benar) berbanding sebahagian orang yang mendakwa begitu begini.
2) Bukankah kena lebih banyak kembali kepada Allah di waktu saat getir ini ?
Jawab syeikh : Islam lah agama paling luas dalam hal berzikir dan kembali kepada Allah di mana kita tidak ada masa yang khusus untuk melakukan hal itu bahkan boleh sahaja di mana2. (Bukan sebagaimana dakwa sebahagian orang penutupan masjid satu simbol menafikan manusia kembali ke jalan Allah). Oleh itu, ucapan sebegini sesuatu yang batil dan tertolak secara total.
3) Solat yang dilakukan di masjid secara saf berasingan demi mengelak jangkitan itu sebenarnya salah kerana solat jemaah mestilah merangkumi saf yang rapat. Biarlah, itu hal lain (yang tak berkait dengan soalan moderator) kata syeikh.
4) Kita wajib bersama2 pihak berkuasa membantu mengekang masalah wabak sedunia ini secara bersama2 kerana Islam agama yang paling menitik beratkan soal kesihatan sejagat dan memelihara manusia daripada terdedah (mua’rrodoh lil maut) kepada kematian di mana Daruriyyatul Khams (5 perkara utama dalam Islam) diringkaskan ulama Islam kepada dua utama iaitu Hifzul Adyan dan Hifzul Abdan (hifzul mal, nasl dll di bawah hifzul abdan).
Syeikh ulang 3 kali : wajib hormat arahan penguasa dalam usaha bendung wabak, wajib bagi kerjasama, wajib serahkan usaha ini kepada yang pakar.
Syeikh juga sebut orang Islam disuruh supaya mencari asbab sunnatuah selain percaya kepada takdir Allah.
5) Bolehkah kaitkan wabak ini dengan mana2 golongan bukan Islam contohnya ?
Jawab beliau : Ucapan yang sangat mengecewakan seperti ini banyak berlaku bila ada bencana gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Saya mahu tanya orang yang berkata sedemikian, di mana kamu dapat perkara ini ?
Ini satu rekaan terhadap Allah kerana setiap urusan itu hanya Dia yang tahu setiap ujian dalam bentuk kebaikan dan keburukan. Kita beriman bahawa Allah berhak membalas sesiapa sahaja tetapi kita sama sekali tidak tahu apa hikmah dan sebab berlakunya musibah.
لقاء اليوم - مع أحمد الريسوني بشأن فتوى تعليق صلاة الجمعة والجماعة بسبب #كورونا
Pautan video : https://youtu.be/IZK2LhD8H9U
- Mohon teguran terjemahan dan tambahan daripada asatizah lain.
Sumber:
No comments:
Post a Comment