Arkib : 22 November 2018
Siapa di sini ada Bitcoin atau pernah berminat dalam matawang kripto?
Saya ada ikuti juga perkembangannya.
Bitcoin pernah mencapai harga setinggi US$ 19,870.62 pada 17 Disember 2017, tidak sampai setahun lalu.
Bermula tahun 2018, pada awal tahun ini harga 1 Bitcoin dijual beli di pasaran pada harga kira-kira US$17,000.
Baru-baru ini, harga 1 Bitcoin hanya US$ 4,441.81.
Bitcoin telah hilang 78% nilainya sejak Disember 2017.
Dalam kata mudah, jika sesiapa ada pegangan Bitcoin bernilai RM100 misalnya, kini nilainya cuma RM22.
Lihat carta di bawah.
Urus niaga matawang kripto tidak mempunyai sistem kawal selia oleh pihak berkuasa kewangan dan pengguna akan terdedah kepada pelbagai risiko.
Sehinggakan ada yang mengalami kerugian, ada yang menjadi mangsa skim penipuan.
Baru-baru ini, timbul pula seorang Menteri yang tidak tahu pun mengenai MRT kita tetapi mahu laksanakan matawang kripto Harapan Coin (projek dia dengan rakan-rakan) yang mungkin digunakan dalam transaksi kerajaan.
Beratus bilion transaksi dengan Kerajaan, saudara-saudari.
Ada juga syarikat-syarikat swasta mahu hasilkan matawang kripto mereka sendiri seperti matawang kuda.
Sesiapa yang berminat menggunakan matawang kripto perlulah faham risikonya :-
- harga tidak stabil malah nilainya boleh susut berpuluh peratus
- terdedah kepada serangan siber (ada yang kehilangan berjuta dolar kerana ini dan tidak dapat kembali)
- penipuan juga boleh berlaku di pasaran dan pemegang matawang kripto tidak ada perlindungan
Dengan halatuju Kerajaan baharu ini, saya bimbang ia akan menimbulkan kesan negatif yang besar terhadap rakyat selain ancaman kepada kestabilan pasaran kewangan hari ini.
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti perlu berhati-hati dalam segala garis panduan dan pelaksanaan undang-undang dalam hal matawang kripto.
Fikirkanlah rakyat dan negara.
Esok saya berkongsi lagi dengan rakan-rakan Facebook mengenai penipuan matawang kripto.
No comments:
Post a Comment