Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 19 April 2020

UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan

Arkib : 15 April 2020

UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan

KUALA LUMPUR: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3.

"Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan.

"Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik," katanya.

Sumber :

===============================

Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM sebentar tadi (15.04.2020 4.00pm)
  • KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.
  • Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.
  • Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.
  • Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.
  • UPSR dan PT3 dibatalkan.
  • Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.
  • KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
  • Pembelajaran di rumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.
  • Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).
  • Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.
  • Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.
  • Sekolah akan dibuka kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 dahulu.
#StayAtHome
#KitaJagaKita

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...