Catatan Harian : 25 Mei 2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218041210597420&id=1101123111
Video call dengan Ngah
Pagi semalam (24 Mei 2020), sempat lagi buat video call dengan Ngah (my elder brother) dari Alor Gajah, Melaka.
Sebenarnya, hubungan kita sesama insan sama ada jauh mahupun yang berdekatan, masih berjalan dengan baik. Meskipun ianya terhalang dek kerana perintah kawalan pergerakan yang terhad dan terbatas. Ini adalah di antara bezanya cara kita berhubung pada zaman dahulu dengan yang terkini. Ketika itu, surat dengan kad raya telah menjadi amalan dan perkara biasa sebagai pengganti diri.
Pada tahun 2020, melalui penggunaan telekomunikasi sahaja (iaitu panggilan video /video call dalam inovasi sistem media sosial yang canggih), ianya sudah pun menjadi ikutan masa kini. Hanya melalui cara ini sahaja dapat dijadikan satu kaedah alternatif yang lain (untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19) bagi menggantikan adat ziarah menziarahi pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
Akhir kata, ini adalah salah satu contoh dengan sistem atur cara kehidupan normal yang baharu dalam merentasi sempadan dan cabaran yang mendatang pasca 2020. In shaa Allah aamiin. 🌹
Video call dengan isteri dan anak-anak pada musim perayaan Aidilfitri 1441 / 2020
Musim wabak COVID-19 yang telah menular sehingga ke seluruh dunia kini telah melanda di Malaysia.
Salah satu cara terbaik untuk berhubung sesama insan ialah dengan buat panggilan telefon secara video call. In shaa Allah aamiin, kita sama-sama berjuang untuk putuskan rantaian COVID-19 ini.
Aamiin Ya Robbal'alamiin 🌹
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Video call antara mak dengan Syafiq Faliq Alfan, (SEFA), Nuha dan juga Ervina Alfan (Yong)
No comments:
Post a Comment