Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 5 May 2020

5 MEI 2020

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (5 Mei 2020)

1. Kerajaan merakamkan ucapan terima kasih & tahniah kpd orang ramai atas kawalan kendiri dalam mematuhi SOP yg ditetapkan & berharap amalan ini dapat diteruskan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19

2. #PKPB - Hari pertama terkawal, pemilik premis patuh pada SOP yang telah ditetapkan

3. #PKPB - Tinjauan dalam pengangkutan awam seperti MRT dan LRT mendapati pengguna mengamalkan penjarakan sosial selain memakai topeng mulut dan hidung (mask).

4. Task Force Operasi Pematuhan

- PDRM telah menubuhkan Task Force Operasi Pematuhan bagi pemantauan & penguatkuasaan pematuhan SOP PKPB di seluruh negara

- 14 agensi kerajaan telah diberi kuasa setakat ini oleh Kementerian Kesihatan untuk pelaksanaan pematuhan PKPB

- Semua Ketua Polis Daerah (KPD) telah menubuhkan Pasukan Pematuhan PKPD di peringkat daerah. Pasukan ini dianggotai secara tetap oleh PDRM, ATM, Rela & APM. Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan ditambah untuk menganggotai Pasukan Pematuhan PKPD

- Pendekatan yang akan diambil oleh Pasukan Pematuhan ini adalah untuk memberi nasihat & amaran kepada orang ramai dan sektor industri jika tahap pematuhan masih tidak memuaskan

- Sekiranya ada individu atau sektor industri yang masih gagal mematuhi peraturan setelah diberi nasihat dan amaran, Pasukan Pematuhan PKPD akan mengambil tindakan mengikut peruntukan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

5. Berita Palsu

- #FakeNews: Sehingga 5 Mei 2020, PDRM & SKMM telah membuka sebanyak 259 kertas siasatan berkaitan COVID-19

- #FakeNews: 179 masih dalam siasatan, 26 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 15 telah mengaku bersalah

- Sehingga kini sebanyak 255 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) KKMM

- #TakPastiJanganKongsi : Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari SEBENARNYA.MY untuk menyemak kesahihan berita sebelum diviralkan

6. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 5,300 operasi sanitasi termasuk di 68 Zon Kuning dan Merah

- Sebanyak 8,975 premis Kerajaan, premis perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi

- Semalam, sebanyak 83 operasi sanitasi meliputi 31 Zon Merah & Kuning di 7 negeri, termasuk 34 di Johor & 18 di Sabah

-Sehingga kini, operasi sanitasi  merangkumi 2901 bangunan Kerajaan, 2019 tempat awam, 2211 pusat perniagaan, 1532 kwsn perumahan termasuk PPR & 312 pasar raya

7. Pengurusan Pusat Kuarantin

- Setakat 5 Mei 2020, sebanyak 245 Pusat Kuarantin telah beroperasi & 17,835 individu sedang menjalani kuarantin wajib

- 823 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib

- Seramai 28,723 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

- Sejak 17 April, 16,445 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang

8. KPDNHEP telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan di 977 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (751), pemborong (196) dan pengilang (30)

9. Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan

10. Kerajaan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, kebersihan diri dan elakkan membawa anak-anak kecil ketika keluar membeli barangan keperluan asas

11. Bagi warga asing yang mempunyai aset di negara ini jika mereka pulang selepas ini mereka perlu dikuarantin wajib selama 14 hari terutama dari negara-negara yang berisiko tinggi

12. Tiada PKPD terbaharu hanya kawalan diperketatkan secara pentadbiran

13. #GerakMalaysia - Aspek berkaitan pengangkutan awam sedang dikaji oleh pihak berkuasa

*#Mindef* 👮🏻‍♀️
-MKK-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...