Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 27 May 2020

Dr. Noor Hisham Perjelas Isu...

Arkib : 14 Mei 2020

Dr. Noor Hisham Perjelas Isu Ziarah Raya Seramai 20 Orang

Susulan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lepas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan hingga 9 Jun ini, ramai yang berkongsi pendapat mereka sendiri mengenai arahan ini termasuklah mengenai larangan dan kuat kuasa aktiviti ziarah-menziarahi ketika perayaan Aidilfitri kelak.

Dalam perutusan tersebut, Perdana Menteri telah menyatakan hanya 20 orang had maksimum dibenarkan berada dalam satu rumah yang mana kelonggaran diberikan untuk menyambut tiga perayaan sepanjang PKPB, iaitu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dengan membenarkan aktiviti menziarahi jiran terdekat dan ahli keluarga dalam negeri yang sama.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang keliru dengan pengumuman tersebut kerana beranggapan masih boleh ziarah-menziarahi sahabat-sahabat mereka yang berada di dalam negeri yang sama.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kekeliruan tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata aktiviti ziarah dengan had maksimum seramai 20 orang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat.

“20 orang itu adalah ahli keluarga. Kalau 20 orang, contohnya anak, cucu… jumlah ahli keluarga 20 orang. Apa yang pasti, kita kena ikut SOP Kementerian Kesihatan iaitu penjarakkan sosial.

“Kalau dalam apartment, dah kira confined space (ruang sempit), crowded space (ruang yang sesak). Itu dah melanggar SOP Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media harian COVID-19 semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai saiz dan ruang rumah masing-masing adalah berbeza yang mungkin menyukarkan penjarakan sosial melibatkan 20 individu.

Tambah beliau lagi, penjarakan sosial perlu dilakukan ketika aktiviti ziarah di rumah dalam kalangan ahli keluarga.

Tegasnya, apa yang perlu diutamakan adalah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pastikan penjarakan, pastikan kita lindungi warga emas. Jadi tak ada salam-salam, cium-cium. Pastikan penjarakan satu meter.

“Sebelum masuk rumah, amalkan cuci tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer (cecair pembasmi kuman).

“Kita tidak menggalakkan perhimpunan atau pelawat datang ke rumah, tetapi ini (20 orang had maksimum) adalah ahli keluarga,” katanya.

Dr. Noor Hisham turut menasihatkan semua pihak agar melindungi warga emas kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi, yang mana mencatatkan bilangan kes tertinggi akibat COVID-19.

“Walaupun ahli keluarga, pastikan kita lindungi ibu bapa, datuk dan nenek kita. Jumlah kematian setakat ini bagi 60 tahun ke atas melebihi 50 peratus,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian
Hanis Izzatul
May 12, 2020

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...