Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 29 May 2020

Fiqh Keutamaan

Fiqh Keutamaan

  1. Solat subuh berjemaah lebih utama daripada solat Tahjud dan solat Teraweh dan Witir,
  2. Solat Witir lebih utama daripada solat Terawih.
  3. Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh, lebih baik daripada dunia dan seisinya.
  4. Solat Isyak berjemaah lebih baik daripadai solat Terawih, solat  Witir dan Tahjud.

Pastikan:

  1. Jangan tinggal solat Subuh.
  2. Jangan tinggal amalan berjemaah solat Subuh.
  3. Jangan tinggal solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh
  4. Jangan tinggal solat witir
  5. Tidak bijaksana jika solat Terawih tetapi tidak solat Subuh berjemaah
  6. Tidak bijaksana jika solat Terawih tetapi tidak solat Witir.
  7. Solat Terawih hanya ada di bulan Ramadhan jangan lepaskan. Fadhilat melaksanakannya di ampun dosa yang telah lalu
  8. Pastikan kita beruntung dengan dapat melakukan semuanya.
  9. Orang yang bijaksana buat sedikit untung banyak. Orang yang tidak cerdik, buat banyak untung sedikit.

عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ” ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها”. رواه مسلم

Dari Aisyah r.a. dari Nabi s.a.w sabdanya: Dua rakaat solat (sunat) fajr itu lebih baik dari dunia dan seisinya. Riwayat Muslim

Salam hormat dari saya,

Asad bin Awang

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...