Pekerja dan pesara swasta.
1. Mewakili golongan pesara dlm sektor swasta yg selama ini hanya melihat segala bentuk bantuan yang dinikmati oleh pesara kerajaan malah setiap kali musim perayaan penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima bantuan Hari Raya selain Bonus dan juga Pencen yang sedia ada.
2. Saya rasa sudah sampai masanya ada pihak yg membawa perkara ini ke pihak no 1 pemimpin kerajaan bahawa kami pesara swasta juga ingin merasa bantuan musim Hari Raya yg selama ini hanya menelan air liur apabila pihak kerajaan mengumumkan bantuan Hari Raya kpd penjawat awam dan pesara2 kerajaan.
3. Tidak bermaksud iri hati malah jauh sekali jika kami dikatakan cemburu kerana itu adalah rezeki mereka. Namun pesara swasta juga sebahagian rakyat negera ini yg mempunyai keluarga dan mahu sama2 meraikan suasana gembira apabila pihak kerajaan mengumunkan sesuatu bentuk bantuan kpd pesara kerajaan.
4. Sayugiya dimaklumkan bahawa kami pesara swasta juga adalah sebahagian golongan rakyat yg mengundi dlm PRU utk memilih kerajaan yg memerintah, jadi biarlah kami sama2 seronok utk merasai cara pemerintahan yg baik yg bukan hanya dirasai oleh pesara kerajaan.
Jgn biarkan kami pesara swasta bertahun-tahun ternganga melihat apa yg dinikmati oleh pesara kerajaan.
UTK MAKLUMAN KAMI PESARA TAPI TIDAK BERPENCEN.
No comments:
Post a Comment