Quran : 97 Surah Al-Qadr (The Power) : Arabic and English translation HD
SURAH AL-QADR (KEMULIAAN)
BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1) INNA ANZALNAAHU FIL LAYLATIL QADR
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2) WAMAA ADRAAKA MAA LAY-LATUR QADR
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3) LAYLATUR QADRI KHAYRUN MIN ALFI SYAHR
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan
4) TANAZZALUL MALAA-IKATU WAR-RUUHU FIIHAA BI IZNI RABBIHIM MIN KULLI AMRIN
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut
5) SALAAMUN HIYA HATTAA MATHLA-IL FAJRI
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (tamat)
KEISTIMEWAAN LAILATUL QADAR
Malam LAILATUL QADAR Lebih Baik Daripada Seribu Bulan.
Firman Allah SWT: إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
"Malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu lebih dari seribu bulan." - (Surah Al-Qadar - Ayat 3).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam lailatul qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka akan diampuni semua dosanya yang lalu."
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
"Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil antara sepuluh malam terakhir Ramadhan."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Tanda-tanda Lailatul Qadar :
- Malam yang sepi, tenang dan bercahaya.
- Tidak panas atau dingin/sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang.
- Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh.
- Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang.
Mari raikan dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan perbanyakkan amal ibadah serta berdoa kepada Allah SWT...
Semoga kita bertemu dengan malam LAILATUL QADAR... Aamiin!...
Salam sayang,
Selamat beribadat
No comments:
Post a Comment