Pesanan buat semua yang membaca mesej ini :
Kepada yang tinggal di bandar-bandar, besar atau kecil.
Dari 3hb Mei 2020, atau apabila MCO dilonggarkan, di luar sana ramai yang kekurangan wang kerana tiada kerja, perniagaan tutup dan sebagainya. Kita perlu bersedia ke atas sebarang insiden yang tidak diingini berlaku:
- Kita semua perlu sentiasa berjaga-jaga: di rumah, hantar anak ke sekolah, yang belajar di kolej dan yang pergi kerja.
- Jangan pakai jam tangan berharga tinggi.
- Jangan pakai rantai/kemasan yang berharga tinggi dan jaga beg tangan dengan cermat.
- Orang lelaki elakkan dari memakai jam/gelang/rantai mahal.
- Kurangkan penggunaan telefon bimbit di tempat awam.
- Jangan bagi orang yang tidak dikenali menumpang kenderaan kita.
- Bila ke mana-mana, jangan bawa wang yang melebihi dari keperluan.
- Simpan dengan baik kad kredit/debit bila bergerak di jalanan/luar rumah.
- Kalau di luar, selalulah telefon rumah untuk cek keadaan orang tua, isteri dan anak-anak.
- Bila membuka pintu rumah untuk ambil barang kiriman, jauhkan diri dari pintu. Kalau boleh jangan buka kunci grill.
- Arahkan anak-anak balik ke rumah seawal mungkin.
- Jangan ikut jalan rentas yang sunyi bila balik ke rumah. Gunakan jalan utama.
- Sentiasa peka dengan keadaan persekitaran apabila berada di luar.
- Sentiasa simpan satu nombor kecemasan dalam tangan.
- Jarakkan diri dari orang lain yang tidak dikenali.
- Kebanyakan orang memakai topeng, susah nak dikenalpasti.
- Kalau naik teksi, beritahu saudara mara yang terdekat perihal perjalanan secara terperinci.
- Cuba gunakan pengangkutan awam:seperti bas, LRT, komuter dan sebagainya.
- Elakkan menaiki bas yang penuh.
- Kalau pergi exercise/berjalan, mulakan selepas pukul 6.00 pagi sehingga 8 malam sahaja. Gunakanlah jalan besar. Elakkan jalan belakang/kecil yang sunyi.
- Jangan bersiar-siar terlalu lama seperti di pasaraya, tepi pantai atau taman rekreasi.
- Elok ibubapa/yang tua hantar dan ambil kanak-kanak pergi kelas tambahan/tuition.
- Jangan tinggalkan barang kemas/berharga di dalam kereta.
Sila ikut panduan ini selama sekurang-kurangnya 3 bulan atau sehingga keadaan menjadi lebih baik.
No comments:
Post a Comment