Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 1 June 2020

Dari mana datangnya Bitcoin?

Dari mana datangnya Bitcoin? 

Bitcoin 'diciptakan' oleh seseorang atau sekumpulan individu yang menggunakan nama samaran sebagai 'Satoshi Nakamoto'. Adakah ada sesiapa yang tahu dan telah kenal pasti siapakah sebenarnya mereka ini? Walaupun terdapat banyak artikel dan penyelidikan untuk membongkar rahsia tersebut, akan tetapi masih belum ada bukti kukuh dan pasti tentang siapakah mereka. Adakah perkara ini penting? Ianya tidak sama sekali. Secara keseluruhannya, Satoshi telah merancang sistem Bitcoin untuk diwujudkan secara ‘open source’ - ini bermaksud kod-kod kriptografi itu tersedia untuk diperiksa dan dilihat oleh semua orang. Oleh itu, tidak ada rahsia tersembunyi dan tidak ada pengaruh daripada penciptanya sendiri. Selepas itu, lama kelamaan telah timbul daripada pihak-pihak yang lain juga untuk mengusahakan kod ini sehingga ianya sudah sangat berbeza daripada garis panduan awal yang telah dicadangkan oleh Satoshi.

Untuk makluman semua, pernah disebutkan bahawa terdapat salah tanggapan umum bahawa Satoshi telah mencipta Bitcoin itu sendiri. Seperti juga banyak kejayaan besar dalam sains, penemuan Satoshi ini juga telah dibina melalui sistem dan teknologi-teknologi yang sedia ada lalu disesuaikan dengan penggunaannya melalui keperluan semasa daripada pemain-pemain industri itu sendiri. Malah, selama beberapa dekad yang lalu, ramai para saintis, jurutera dan ahli matematik telah terlibat dalam penyelidikan mengenai kriptografi, sistem dan sebagainya. Hasil daripada penyelidikan tersebut, Satoshi telah berjaya mengumpulkan semua hasil penulisan dan menyusun semula sumber-sumber maklumat yang diperolehi ini lalu telah menjadikannya sebagai satu rancangan yang koheren. Akhirnya, Satoshi telah membantu untuk menghasilkannya malahan juga telah mula melaksanakannya. Sekiranya anda telah membaca buku putih (laporan kajian dalam bentuk jurnal) oleh Satoshi, anda pasti akan menyedari bahawa sebenarnya dia telah merujuk kepada semua karya penulisan asal yang lain dan telah menjadi sandaran baginya untuk menyelesaikan semua penemuan-penemuannya yang berinovasi ini.


Artikel-artikel lain yang berkaitan : -

Where did Bitcoin...

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...