Arkib : 04 April 2020
Pandangan Rahmat daripada Allah s.w.t.
Rasanya bila dah nak masuk akhir zaman, lebih selesa duduk di pedalaman. Kalau baca surah Al-kahfi, pemuda-pemuda ashabul kahfi lari daripada kerajaan yang zalim dengan bersembunyi di sebalik gua untuk jaga akidah.
Rupanya perancangan Allah itu lebih baik. Mereka ditidurkan di dalam gua selama beratus-ratus tahun. Akhirnya bila mereka kembali bangun dari tidur, anggapan mereka mungkin sehari semalam mereka tidur. Bila dah keluar dari gua, mereka berjumpa dengan penduduk setempat, mereka timbul kehairanan sebab kerajaan zalim telah berlalu dan kerajaan itu telah digantikan oleh Allah dengan kerajaan yang akidahnya mentauhidkan Allah.
Begitulah keadaan kita pada zaman sekarang. Di suruh duduk rumah jenis degil nak keluar juga. Apa-apa kebaikan yang kita buat kebaikan janganlah diharap pujian orang kerana pandangan manusia tidak akan sama pandangan Allah di sisiNya. Sebab itulah Allah dah berfirman dalam Al-Quran, Dia tak pandang rupa paras kita semua. Yang dipandang dari sudut keikhlasan kita dan ketetapan iman kita untuk dapatkan redho ilahi.
P/S : Teringat juga kata-kata Pak Ajis pada P.Ramlee, "biar satu dunia bencikan kamu Ramlee, yang penting Allah pandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNya pada kita." Sebab itulah juga sampai sekarang orang sebut-sebut namanya lepas itu kerana sudah tentu mereka akan sedekahkan Al-fatihah. Al-fatihah untuk arwah...
No comments:
Post a Comment