Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 18 June 2020

Disebabkan gelojoh nak dapat duit cepat...

Arkib : 08 April 2020

Ada tuduhan daripada pemimpin PH bahawa kerajaan hari ini lembab dalam menyediakan ujian besar-besaran COVID-19 kepada rakyat. Cuai kata mereka.

Baik, dengar sini. Antara industri yang terlibat di dalam mencari vaksin dan perubatan adalah industri bioteknologi. Kerajaan pada tahun 2005 telah menggubal Polisi Industri Biotech Negara yang bertunjangkan 3 tiang iaitu Bioteknologi Industri, Bioteknologi Perubatan dan Bioteknologi Pertanian (Agro)

Menerusi cabang Bioteknologi Perubatan inilah, kerajaan melalui agensi pelaksana (Bioeconomy Corporation) telah melabur ratusan juta ringgit bagi penyelidikan dan pembangunan Taman Bioteknologi Bio-Xcell di Gelang Patah, Johor.

Usaha dan legasi Pak Lah ini kemudiannya diteruskan oleh DS Najib Razak melalui peruntukan-peruntukan khusus dalam bajet tahunan.

Setakat 2017, Bio Xcell telah menerima pelaburan sebanyak RM3 bilion yang meliputi industri bio medical dan juga bio industri. Antara yang dapat manfaat besar adalah syarikat negara kita bernama Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd yang menjadi Fasiliti Utama (Central Utilities Facility) di Taman tersebut.

Masalah mula berlaku apabila kerajaan BN tumbang. Bioeconomy Corporation yang asalnya berada di bawah Kementerian Sains dan Teknologi telah dipindahkan ke Kementerian Pertanian.

Bioeconomy Corp kemudiannya distruktur semula fungsinya dengan keutamaan kepada pertanian dan makanan. Bangangnya idea ini adalah kerana akhirnya industri2 seperti biomedical dan synthetic kehilangan payung yang selama ini meneduhkan mereka daripada gelora hujan

Bila dah duduk bawah Kementerian Pertanian, Bio Corp akhirnya buat kerja jual barang2 keperluan. Mereka tubuhkan Urban Groceries pada Oktober 2018 dengan tagline "Fresh From Farm to You"

Ya. Daripada kerja saintis kemudian kerja jual sayur.

Apa pula yang berlaku kepada Bio Xcell? Kerajaan PH kemudiannya jual Malaysian Bio Xcell Sdn Bhd kepada sebuah syarikat bio farmaseutikal India bernama Biocon Limited pada awal tahun ini.

Berapa harga?     #RM25_juta..!!!

Disebabkan gelojoh nak dapat duit cepat, negara akhirnya telah kehilangan satu fasiliti yang sepatutnya boleh digunakan secara optimum dalam pengurusan kajian wabak sepertimana hari ini.

Jadi sebelum nak memandai kritik orang, tolong beli cermin dan tampal atas dahi sendiri.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu



No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...