Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 3 April 2021

JENAMA MUSLIM VS JENAMA NON MUSLIM LOGO HALAL

Arkib : 18 Februari 2019

Salam sahabat semua Pejuang Muslim To Muslim.

JENAMA MUSLIM VS JENAMA NON MUSLIM LOGO HALAL

Produk Muslim dibuat oleh pengusaha Muslim samada dari kilang industries atau kilang IKS. Ada produk dari kilang yang berstatus halal, MESTI dan GMP. Ada juga kilang IKS (Industri Kecil Sederhana) yang belum berstatus logo halal.
Kedua-dua kilang pengeluaran adalah dari pengusaha Muslim. Yang dibantu oleh agensi kerajaan akan lebih besar kilang dan pengeluaran berstatus logo halal. Tetapi ada kilang IKS Muslim tidak dibantu, memiliki status logo halal dan ada yang tidak punyai sijil halal kilang.

Pengeluaran produk mereka walaupun tidak punyai logo halal. Namun masih diakui produk yang bersih dan suci.

Manakala produk dari kilang non muslim, berstatus logo halal dari kilang, mereka tertakluk dengan undang-undang pemprosesan produk dengan pemantaun dari pihak JAKIM. Namun pihak JAKIM tidak mampu memastikan 100% setiap pengeluaran dari kilang non Muslim adalah halal dan suci.

Ini terbukti ke atas penyalahgunaan logo halal. Banyak isu yang terjadi ke atas produk yang sudah miliki sijil halal. Yang tidak mempunyai sijil halal sudah tentu tidak dapat dipantau oleh JAKIM.

Pihak JAKIM tidak dapat menangani kes-kes penipuan logo halal, ia mencakupi perniagaan yang telah memperoleh logo halal dan kemudiannya menyalahgunakan logo   tersebut, sijil pengesahan halal telah   tamat tempoh atau syarikat sememangnya tidak pernah memperoleh sijil halal tetapi menggunakan sijil palsu.

Sekiranya penipuan ini hanya berkisar tentang penipuan logo halal semata-mata, ia mungkin tidak mendatangkan mudarat yang besar kepada pengguna. Perkara yang menjadi persoalan pokok di sini kerana terdapatnya perniagaan yang menggunakan logo halal untuk produk tetapi hasil penyiasatan dan  kajian lanjut yang dilakukan terhadap produk tersebut menunjukkan bahawa produk tersebut mengandungi kandungan alkohol atau asid deoksiribonukleik (DNA) babi yang jelas diharamkan oleh Islam.

Banyak kes yang berlaku di Malaysia yang mana telah dilaporkan oleh media arus perdana di Malaysia.
Antara kes-kes yang dilaporkan adalah pendedahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim) berkenaan hasil analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia contohnya pada sampel produk HP Sos dan Tabasco Pepper Sos yang mengesahkan kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Dalam Utusan Malaysia, pernah dilaporkan bahawa orang Islam di diingatkan agar tidak menggunakan   mentega berjenama Golden Churn Pure Creamery Butter selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk berkenaan tidak halal.

Dalam laporan yang  lain, tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) didakwa di Mahkamah Majistret atas dua tuduhan  menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik  (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Selain itu, pengguna Islam juga dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut yang beribu pejabat di Eropah dan membekalkan bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan restoran terkenal di negara ini.
Petikan sumber Malaysia Consumer Law Journal

Antara produk Muslim dengan Non Muslim berstatus logo halal terdapat banyak perbezaan dari segi harga kompetitif, pembungkusan dan pengeluaran.

Kelemahan produk Muslim mungkin dapat dilihat pada zahir fizikal, manakala kelemahan produk non Muslim pada status logo halal.

Perkara ini telah menjadi bukti banyak kecurigaan status halal kepada produk non Muslim.

Melalui kempen MTM ini, telah terbukti membantu sahabat semua menunaikan tanggungajawab fardhu kifayah untuk umat Islam.

Sehubungan itu, ada di kalangan kita telah membongkar mengenai penipuan produk,"produk Muslim" dan penggunaan logo halal serta bahan makanan haram dijual sebagai 'halal' di pasaran negara ini.

Oleh itu, Produk Non Muslim ini berkisar kepada tiga perkara asas iaitu :-

1- Sikap pengguna beragama Islam terhadap nilai halal haram atau produk non muslim makanan yang dibeli,

2- Sikap penjual non muslim sama ada mereka menghormati undang-undang terhadap orang Islam   dan penguatkuasaan dari segi tindakan dan undang-undang, sama ada mencukupi untuk membendung  perbuatan menipu logo halal.

3- Di kalangan umat Islam yang suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing dengan hanya melihat kelazatan dan khasiat yang akan diperoleh tanpa meneliti sejauh mana ia sesuai untuk dimakan,  terutama dari segi kebersihan dan kehalalannya menurut syariat agama.

Allah berfirman,

"Wahai orang-orang  yang   beriman, makanlah daripada rezeki yang baik daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu" Surah Al-Baqarah ayat 172.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak mengizinkan daging yang tumbuh dari perkara yang haram untuk memasuki syurga, sebaliknya nerakalah yang lebih utama untuknya." (Hadis riwayat Al-Hakim).

Islam begitu menitikberatkan soal kesihatan umatnya. Seseorang insan mukmin yang sentiasa prihatin soal kebersihan dan kesucian makanan setiap hari, maka pasti akan lahir nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:

"Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat   Allah jika kamu benar-benar   menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan   bukan kerana  Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa  memakannya, sedang dia tidak  sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Surah al-Nahl ayat 114-115

Halal merupakan isu yang telah lama diperbahaskan. Namun begitu, isu ini telah menjadi semakin kompleks hasil dari inovasi dan teknologi yang semakin berkembang pesat.

Justeru itu, di Malaysia, pengguna turut berhadapan dengan pelbagai   masalah termasuklah dalam isu kepenggunaan yang mana tidak terhad hanya dalam perkara berkaitan produk halal semata-mata. Amalan-amalan kecurangan dalam perniagaan seperti kualiti barang yang tidak memuaskan, harga barangan yang mahal, curi timbangan,  pemalsuan barangan, ketiadaan mutu kawalan atau standard dalam mengawal barang dagangan, penipuan pembungkusan jenama melayu atau Muslim dari kilang non Muslim serta pelbagai lagi bentuk penyelewengan yang wujud di Malaysia ketika ini.

Selain itu, terdapat banyak juga penyalahgunaan berhubungan dengan halal seperti dalam penggunaan logo, terutama apabila ia melibatkan kepada makanan dan produk. Undang-undang boleh rujuk dengan Malaysia Consumer Law Journal

PENYALAHGUNAAN LOGO HALAL

Apabila disebutkan halal, secara tidak langsung ia adalah berkaitan dengan isu kepenggunaan atau konsumerisme.

Umat Islam kini perlu berhijrah kepada produk Muslim, pilihan yang dijamin lebih baik dalam menjaga makanan halal dan bersih.

Produk halal dan pengusaha Muslim perlu tampil menyahut cabaran umat Islam dalam isu syariat Islam atau jihad ekonomi. Tanggungajawab ini telah menjadi kewajiban untuk semua memikul amanah umat Islam dalam menguruskan ekonomi ummah.

Bersedialah untuk menghadapi gelombang penghijrahan umat Islam mengutamakan produk Muslim. Tingkatkan pengeluaran, perbanyakkan usaha pemasaran, teruskan Kempen Muslim To Muslim (MTM) dalam meneruskan kepentingan syariat Islam.

Admin MTM
Pengerusi penaja MTM

#KEMPENBELIPRODUKMUSLIM #TAYBAHHALALBARAKAH #VENDORMTMKELANTAN

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...