Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 25 June 2020

Koleksi Buku-buku...


#39 IMAM MAHDI DARI NUSANTARA?

Koleksi Buku-buku Akhir Zaman.
  1. Batalion Al Mahdi, Kebangkitan Ufuk Timur
  2. The Rise Of Fallen Kingdom "Keagungan Empayar Nusantara"

Batalion Al Mahdi, Kebangkitan Ufuk Timur

[MYR 29.90] SINOPSIS BATALION AL MAHDI

Karya ini bakal memberikan pencerahan fasa-fasa akhir zaman yang sekarang dilihat agak keliru. Saya mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan semua berkenaan apa yang sedang berlaku sekarang dan pada fasa manakah kita sedang berada. Kita selalu didedahkan dengan ancaman-ancaman serta kisah-kisah yang berkaitan lawan (musuh) kita.

Tapi di pihak Islam, tiada yang mendendangkan 'kekuatan' yang menjadi benteng buat diri kita sebagai persediaan. Banyak pihak hanya berbicara soal organisasi gelap, agenda hidden hand dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa bicara soal penawar atau penyembuh bagi 'penyakit' ancaman terhadap umat akhir zaman.

Selagi seseorang itu bergelar Islam, mereka sudah ada kekuatan. Mereka sudah ada Allah dan Rasul. Itu kekuatan paling utama yang ramai tidak sedari. Insya Allah, karya ini sedikit sebanyak akan memberikan masyarakat khususnya anak muda akan kepentingan mengambil tahu soal akhir zaman dan cara membentengi diri sekurang-kurangnya.


THE RISE OF FALLEN KINGDOM "Keagungan Empayar Nusantara"

[MYR 29.90] THE RISE OF FALLEN KINGDOM

SINOPSIS

Kerajaan purba Melayu dikatakan sudah wujud sekian lama menurut beberapa sumber-sumber yang masih ada pada hari ini. Kepulauan Nusantara bukanlah kepulauan yang baru sahaja diterokai. Bahkan, Nusantara sudah mempunyai ketamadunan sebelum era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bagaimana mungkin kita mengatakan bahawa Melayu itu baru sahaja wujud semasa Kerajaan Melayu Melaka?

Sedangkan, kita pernah menjadi tumpuan dunia suatu masa dahulu. Percaya atau tidak, kita mempunyai TAMADUN TERTUA yang setanding dengan Empayar Rom. Kita sudah wujud bukan ratusan tahun terdahulu tetapi kita sudah hadir di Nusantara sejak ribuan tahun! Ramai yang mempertikaikan tentang agama apakah orang-orang terdahulu. Karya ini bakal memberikan pencerahan sewajarnya bahawa generasi terdahulu sudah pun mengimani Allah Yang Satu.

Moga karya ini menjadi cetusan buat masyarakat pada hari ini untuk terus kuat mengkaji dan meneladani nilai-nilai 'keemasan' yang terdapat dalam sejarah bangsa kita.



Izzudin Jitrawiy
Emel : izzuddinaljitrawiy@gmail.com
No. telefon / WhatsApp : +6011-6099 8652

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...