Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 8 June 2020

Mereka sudah tak berdaya....

Arkib : 24 Mac 2020

Cik yah kerja cleaner dekat hospital dah nak dekat 5 tahun, hari-hari cik yah jumpa doktor dan jururawat, dah macam anak beranak. Kadang itu mereka hulur nasi lemak dekat cik yah. Satu hari itu cik yah menagis tak henti henti dari masuk kerja sampailah habis kerja, sebab tengok orang-orang yang ceria dan selalu mengusik cik yah dah tak bermaya buat kerja, mereka dah lemah ! Penat dan sangat mengantuk, bawah mata dah hitam! Satu hari cik yah terjumpa Doktor Rahim dekat depan parking. 

Cik yah sapa dia, "Doktor Him, sihat? Balik ya?"

Doktor rahim jawab sekali lalu.

"A ah, balik kerja, nanti malam datang lagi."

Cik yah tengok mata dia lesu, muka pucat. Cik yah bawa motor balik sambil menagis. Masa petang tu Cikyah tak tengok ada doktor dan jururawat yang terbaring di surau, bilik-bilik dan lain-lain dalam hospital, mereka itu dah berapa hari tak tidur agaknya, cik yah tak pernah tengok mereka letih macam itu sekali. Allahualhbar.. cik yah tak tahu nak cerita macam mana dekat semua orang. Ini cerita hari terakhir cik yah kerja, sebelum kita di suruh cuti. Sekarang ini entah macam mana la doktor-doktor dan jururawat semua tu. Cik yah sebak!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya cucu cik yah (Nekyah) saya tulis apa nenek saya cakap. Dia nak minta rakyat Malaysia tolong duduk rumah dan jujur serah diri ke hospital, jangan main-main hal ini sebab doktor-doktor dan jururawat dah tak berdaya ! Macam-macam boleh jadi kalau barisan hadapan dah tak boleh kawal. Korang nak ke hidup tak bergaji? Negara lumpuh dan kita darurat?

Fikir-fikirkanlah ya

Kredit : Fikri Md Hassa (cucu NekYah)
SriGading BP

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...