Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 4 June 2020

Surat dari...

Arkib : 15 Mac 2020

Ustazah Zaleha : Surat dari Itali

Salam semua

Kami di Itali - Milan
Kami akan berkongsi perjalanan kehidupan di Milano dalam meniti hari hari yang sukar, dan kami yakin munjadi kewajipan kamu semua belajar dari kesilapan dan hasilnya yang telah kami lalui.

Kini melalui suasana kuarantin, tidak keluar ke jalan, pihak polisi sentiasa mengawasi pergerakkan, dan mengenakan (gari) bagi sesiapa yang berada di luar rumah. Semuanya ditutup (kunci) pekerjaan, mall, perniagaan, semua jalan tanpa pergerakan.

Perasaan sudah melewati seperti penghujung alam (akhir kehidupan)
Sekelip mata Itali berubah wajah, seperti berada dalam pepeperangan dan kegelapan. Sesungguhnya ia seperti satu hakikat hidup yang tidak pernah sehari pun saya akan melauinya.

Manusia di Milan dalam kesulitan, sedih, lemah, bahkan mereka sedikit pun tidak memahami bagaimana realiti ini dipertangungjawabkan untuk mereka lalui, dan bilakah akan berakhir "kabus" ini.

Namun, kesilapan yang besar adalah di peringkat awal kemunculan musibah ini-manusia (Itali) meneruskan sosial kehidupan seperti biasa, keluar bekerja, dan punyai perasaan seperti itu kelaziman biasa bercuti, kami juga banyak berkumpul bersama rakan-rakan dan menyertai majlis (kenduri).

Semuanya adalah kesilapan termasuk diri saya!

Saya maklumkan kepada anda semua, Hendaklah kamu semua berhati hati, kisah ini bukan cerita lucu atau gurauan.

Jagalah orang yang anda sayangi, kedua ibubapa mu, atok dan nenek, penyakit (virus ini sangat bahaya). Kematian di sini adalah sekitar 200 orang sehari, bukan kerana tiada  doktor yang bagus, tetapi tiada lagi tempat yang sesuai untuk semua.

Para doktor akan memilih siapa yang akan mati. Untuk mengelakkan  ketakutan orang lain, maka pelajari dari kesilapan kami, ambil langkah berjaga:
  • tidak keluar ke tempat yang sesak.
  • berusaha untuk tidak makan di tempat umum/terbuka
  • terus berada di dalam rumah
  • peka dan dengar kepada arahan kesihatan
  • berinteraksi dalam jarak meter, jangan terlalu hampir
  • segera dapatkan rawatan
  • mengambil vitamin C
  • ❤Ambil berat dengan diri anda dan orang yang anda sayangi
Sila sebarkan perkongsian ini.

(Teks yang telah diterjemah)

Wallahu 'alam

Luahan dari rakyat MALAYSIA DI ITALY...

Artikel lain yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan :-

They don't work like they used to.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...