Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 4 June 2020

Wawancara Eksklusif Sinar Harian...

Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Arkib : 15 Mac 2020

PUKULAN K.O. DARIPADA TUN DR MAHATHIR KEPADA DATUK SERI ANWAR

(1) “Datuk Seri Anwar akan kalah dalam pilihan raya.”
(2) “Datuk Seri Anwar merugikan saya.”
(3) “Datuk Seri Anwar ditolak bulat-bulat.”
(4) “Orang Melayu tolak konsep liberal Datuk Seri Anwar.”
(5) “Kerjasama dengan Datuk Seri Anwar hanya strategi.”
(6) “Datuk Seri Anwar tak reti duduk diam.”
(7) “Datuk Seri Anwar nak jadi popular.”
(8) “Datuk Seri Anwar pembawa ribut.”
(9) “Datuk Seri Anwar punca saya kalah.”

SINAR HARIAN: “ADAKAH TUN AKAN MEMBANTU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI?”

TUN DR MAHATHIR: “Saya waktu ni tak boleh buat pilihan apa-apa. Tapi yang saya tau ialah ramai orang yang tak senang hati dengan Datuk Seri Anwar. Saya dah berjanji saya akan letak jawatan. Lepas itu dia akan cuba dapat tempatlah. Tapi sebelum itu berlaku ramai penyokong kuat dia datang jumpa saya mintak supaya janganlah bagi Anwar take over. Jadi saya tau populariti dia sudah berkurangan di kalangan orang yang dulu sokong dia mati-matian. Mereka ini yang datang. Jadi tentu mereka buat re-assessment tentang Anwar. Sebab itu saya percaya dia tak boleh dapat sokongan. Kalau ada pilihan raya saya tak ingat Anwar akan dapat sokongan.”

SINAR HARIAN: “ADAKAH BENAR TUN MENOLAK CADANGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI?

TUN DR MAHATHIR: “Itu belum sampai kepada itu. Bila mereka dapati bahawa Anwar Ibrahim tak menang, anggapan mereka bahawa Anwar dapat undi yang terbanyak tak jadi kenyataan, jadi mereka sedar bahawa menyokong Anwar Ibrahim tidak akan memberi kejayaan kepada mereka. Dengan itu mereka balik untuk sokong saya. Dan mereka datang jumpa dengan saya nyatakan sokongan kepada saya. Dan nak pulih baliklah parti. Pada masa itu Anwar mintak supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya tak bersetujulah. Saya tak bersetuju kerana saya tahu sokongan kepadanya taklah begitu, seperti yang dipercayai oleh orang tertentu, oleh dia sendiri. Sebab itu saya kata kalau masuk dia di situ saya akan rugi. Banyak undi tak akan datang kepada saya pasal saya ada dia. Jadi dalam isu-isu ini dua orang yang tak disukai ialah Anwar Ibrahim dan Guan Eng. Anwar Ibrahim ini ditolak bulat-bulat terutamanya oleh PAS. Dan ramai jugak dalam BERSATU yang tak boleh terima dia, terutamanya Azmin yang masuk BERSATU tak boleh terima Anwar sama sekali. Jadi kalau dia ada di situ sebagai calon Timbalan Perdana Menteri kita tak boleh menang. Sebab itu saya kata tak usahlah, tak payah nak ni, menang dulu lepas tu nak pilih pilihlah. Tapi kita belum menang, kita letak benda yang orang tak suka, kita tak boleh menang.”

SINAR HARIAN: “KENAPA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SUKAR DITERIMA PEMIMPIN MELAYU LAIN?

“Dia ini bertimbangrasa, dia yang bercakap dengan, apanama, multiracialisme liberalisme. Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada UMNO di zaman saya jadi Perdana Menteri, dia cuba tubuh satu parti menentang saya. Dulu sebelum ini pun Tengku Li pun keluar daripada parti dan tubuh parti, Parti Semangat 46, tapi itu Parti Melayu. Anwar keluar keluar dia tak buat Parti Melayu. Dia liberal. Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP dia ajak PAS masuk. Falsafah dia liberal. Jadi liberalisme ini orang Melayu belum boleh terima pasal mereka berasa takut, takut kedudukan mereka terancam. Mereka hanya ada kuasa politik, kuasa ekonomi tidak ada. Jadi kalau kuasa politik ini dah tidak lagi mendokong konsep keMelayuan, sebaliknya konsep liberal, mereka tolak. Lepas itu, yang tuduh saya membuat aniaya kepada dia pun, kemudian itu mereka yang sokong kuat dia datang jumpa saya mintaklah apabila saya letak jawatan janganlah ambik Anwar. Jadi pandangan orang dah bertukar terhadap Anwar. Bila dia keluar dia aktif jumpa dengan Raja-Raja, jumpa dengan semua orang, untuk nak jadi popular. Tetapi budak-budak dia ni kecam saya, suruh saya berhenti. Ini berlaku dengan Datuk Seri Anwar dan banyak orang BERSATU tak sukalah kepada dia.”

SINAR HARIAN: “SECARA PERIBADINYA, APAKAH PERSEPSI TUN TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM?

“Saya menghadapi masalah dengan Datuk Seri Anwar, saya mengaku. Tapi saya yang, semasa saya jadi Presiden UMNO Anwar tersingkir dan dia dikena hukuman masuk penjara apa semua. Tapi bila kita nak lawan nak jatuh Datuk Seri Najib saya berpendapat bahawa antara Najib dengan Anwar saya anggap Najib lebih bahaya. Jadi saya sanggup rujuk balik kerjasama dengan Anwar. Bahkan saya kerjasama dengan DAP pun. Kalau tidak tak boleh dikalahkan BN. Jadi ini strategi, yalah saya kena berbaik-baiklah balik dengan Anwar. Tetapi apabila dia dilepas daripada penjara, bila saya naik jadi Perdana Menteri, dia pergi rata tempat, tak semacam pemimpin lain. Pemimpin lain ada dalam Pakatan Harapan, ada dalam parti, mereka tak aktif. Tapi daripada budak-budak dia, Rafizi dan lain-lain semua, kecam saya. Bila jumpa dengan Anwar Anwar marah kat dia orang. Tapi dia orang terus jugak kecam saya. Dan banyak orang kata yang ni kerja Anwar. Tak taulah betul tak betul. Tapi masa dia sokong saya tu orang dia semua hentam saya, suruh saya letak jawatan bulan Mei, suruh saya tentukan tarikh, macam-macam lagilah. Ada yang suruh kata saya berhentilah, apanama, jadi, dia orang putih kata stormy factoral, kalau dia ada di situ ada, apanama, ributlah. Di mana dia pi pun dia bawak ribut. Jadi saya, walaupun demikian saya masih bersama dengan dia, tapi bila sampai kepada tahap Pakatan Harapan tolak saya, bagi kepada Anwar, itu, dengan kerana itulah saya kalah.”

SUMBER: Petikan transkripsi "Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dibuat oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff dari UUM.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...