Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 30 July 2020

BARAT TERKEJUT DENGAN...


Bule ini membuktikan keajaiban doa BISMILLAH ALLAHU AKBAR 😱 Non muslim silahkan coba


BARAT TERKEJUT DENGAN CARA ISLAM SEMBELIH LEMBU

Masya Allah, semakin maju penelitian ilmiah semakin membuktikan kebenaran Islam.

Menjelang Hari Raya Aidil Adha atau hari raya kurban, jangan makan daging lembu tidak disembelih, rupa-rupanya syariat Islam ini membuat orang barat terkejut.

Semak kajian ini :

1. Rasulullah s.a.w. tak pernah belajar 'cardiology' tapi syari’atnya membuktikan penelitian ilmu modern.

2. Melalui kajian ilmiah yang dilakukan oleh 2 anggota ahli penternakan dari Hannover University, sebuah universiti terkemuka di Jerman. Iaitu: Prof. Dr. Schultz dan pembantunya, Dr. Hazim.

Keduanya memimpin satu tim kajian tersusun untuk menjawab pertanyaan :

"Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara syari’at Islam yang murni (tanpa proses memengsankan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan memengsankan)?

3. Keduanya merancang kajian yang sangat canggih, guna sekumpulan lembu dewasa (cukup umur).

Pada otak lembu dipasang elektrod (microchip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG) yang dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak, untuk merakam dan mencatat tahap rasa sakit lembu ketika disembelih.

Di jantung juga dipasang Electro Cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung ketika darah keluar semasa disembelih.

4. Untuk mengelak kesalahan, lembu dibiarkan hidup dengan EEG dan ECG yang telah terpasang selama beberapa minggu.

Setelah cukup masa separuh lembu disembelih dengan cara Islam, dan separuh lagi disembelih dengan kaedah Barat iaitu pengsangkan dengan suntikan bius dan renjatan elektrik.

5. Cara Islam, penyembelihan dengan pisau tajam, dengan memotong 3 saluran pada leher, iaitu: Saluran makanan, saluran nafas serta 2 saluran pembuluh darah, iaitu: Arteri karotis dan vena jugularis.

6. Diketahui umum Islam tidak menggalakkan cara pengsankan haiwan sembelihan.

Sebaliknya Barat mengajarkan atau mengharuskan ternakan dipengsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.

7. Selama kajian, EEG dan ECG pada semua lembu dicatit untuk merakam dan mengetahui keadaan otak dan jantung sebelum dipengsankan (atau penyembelihan) hingga haiwan itu betul2 mati.

Nah, hasil kajian inilah yang sangat ditunggu-tunggu!

8. Dari kajian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu dapat dirumuskan beberapa perkara:

Penyembelihan Cara Islam

Hasil kajian dengan sembelih cara Islam mendapati :

Pertama :
Pada 3 detik pertama haiwan disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembi bahagian depan terputus), tercatit tidak ada perubahan pada grafik EEG.

Ini bererti bahawa pada 3 detik pertama disembelih, tiada tanda rasa sakit.

Kedua :
Pada 3 detik berikutnya, EEG pada otak merakam adanya penurunan grafik secara perlahan yang menyerupai dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu-lembu itu betul-betul hilang sedar.

Pada ketika itu, ECG mencatitkan bahawa jantung meningkat aktivitinya.

Ketiga :
Setelah 6 detik pertama itu, ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota tubuh dan memompanya keluar.

Ini merupakan kesan gerakan bersama antara jantung dan sumsum tulang belakang (spinal cord).

Pada ketika darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di bahagian leher, grafik EEG tidak naik, tapi menurun sampai ke kosong.

Perkara ini diterjemahkan oleh kedua anggota pengkaji bahawa: “No feeling of pain at all!” (Tiada rasa sakit sama sekali!).

Keempat :
Kerana darah tertarik dan terpompa oleh jantung keluar tubuh secara maksima, dihasilkan 'healthy meat' (daging yang sihat) yang layak dimakan manusia.

Boleh dikatakan darah keluar 99.9% dari tubuh haiwan.

Jenis daging dari hasil sembelihan seperti ini sangat sesuai dengan prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.

Penyembelihan Cara Barat

Pertama :
Segera setelah dilakukan proses stunning (dipengsankan), lembu terhuyung hayang jatuh dan collaps (rebah).

Setelah itu, lembu tidak bergerak-gerak lagi, sehingga mudah dikendalikan.

Oleh kerana itu, lembu dapat disembelih dengan mudah tanpa meronta-ronta, dan nampaknya seolah-olah tiada mengalami rasa sakit.

Ketika disembelih, darah yang keluar hanya sedikit, tidak sebanyak bila disembelih dengan tidak dipengsangkan. Ini kerana jantung tidak aktif cergas untuk menarik atau memompa keluar kesemua darah lantaran organ2 badan sudah 'pengsan' semuanya.

Kedua :
Setelah dipengsankan, tercatit adanya kenaikan yang sangat nyata pada grafik EEG.

Perkara itu menunjukkan adanya tekanan rasa sakit yang diderita oleh haiwan yang disembelih (kerana kepalanya dipukul, direnjat elektrik dan/atau suntikan bius sampai rebah pengsan tanpa mengelupur).

Ketiga :
Grafik EEG meningkat sangat drastik dengan kombinasi grafik ECG yang 'drop' ke tahap paling bawah.

Ini menunjukkan adanya peningkatan rasa sakit yang luar biasa, sehingga jantung berhenti berdetik lebih awal. Akibatnya, jantung kehilangan kemampuannya untuk menarik darah dari dari seluruh organ tubuh, serta tidak lagi mampu memompanya keluar darah dari tubuh.

Keempat :
Kerana darah tidak tertarik dan tidak terpompa keluar tubuh secara maksima, darah jadi beku di dalam urat2 darah dan daging, sehingga menghasilkan unhealthy meat (daging yang tidak sihat), yang dengan demikian menjadi tidak layak untuk dimakan oleh manusia.

Disebutkan dalam khazanah ilmu dan teknologi daging, bahawa timbunan darah beku (yang tidak keluar ketika haiwan mati/disembelih) merupakan tempat atau media yang sangat baik bagi tumbuh-kembangnya bakteria pembusuk, yang merupakan ejen utama merosak kualiti daging. Bahkan ianya hampir-hampir seperti bangkai yang matinya tidak disembelih. Yang darahnya 100% ada dalam badan yang menghasilkan daging yang tidak halal dimakan oleh orang Islam. Ianya juga dikatakan mengandungi asid urik yang tinggi.

Bukan Tanda Rasa Sakit !

Meronta-ronta dan meregangkan otot pada ketika haiwan disembelih bukanlah tanda rasa sakit! Sangat jauh berbeza dengan dugaan kita sebelumnya! Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita semua, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka, pastilah disertai rasa sakit dan ngilu.

Lebih-lebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka yang menganga luas!

Hasil kajian Prof. Schultz dan Dr. Hazim membuktikan yang sebaliknya. Yakni bahawa pisau tajam yang mengiris leher (sebagai syariat Islam dalam penyembelihan haiwan) rupa-rupa tidaklah ‘menyentuh’ saraf rasa sakit.

Oleh kerananya kedua pengkaji itu merumuskan bahawa lembu meronta-ronta dan meregangkan otot bukanlah sebagai tanda rasa sakit, melainkan sebagai tanda ‘kejutan otot dan saraf’ saja (iaitu pada ketika darah mengalir keluar dengan deras).

Mengapa demikian?

Perkara ini tentu tidak terlalu sukar untuk dijelaskan, kerana grafik EEG tidak membuktikan juga tidak menunjukkan adanya rasa sakit itu.

Lembu yang disembelih akan dirungkai tali yang mengikat kakinya agar ia bebas meronta-ronta dan 'menendang pusaka'.

Subhanallah.

Memang selalu ada jawapan dari setiap pertanyaan tentang kebenaran Islam.

Sebenarnya, sudah tidak ada alasan lagi untuk merasa tak tegamak melihat proses penyembelihan kurban, kerana saya sudah tahu bahawa haiwan ternakan tidak merasakan sakit ketika disembelih.

Dan yang paling penting, saya dapat mengerti hikmah dari salah satu syariaat Islam dan keberkatan yang tersimpan di dalamnya.

KAJIAN INI MEMBUKTIKAN, APA YANG ISLAM PERINTAHKAN SANGAT BERGUNA BAGI UMAT MANUSIA.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...