Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 9 July 2020

RAJA HAJI FISABILILLAH

Kembara 3 Pulau 3 Negara
Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek
Malaysia - Indonesia - Singapura

Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor

19 - 23 December 2019


Raja Haji Fisabilillah (1727-1784)

RAJA HAJI FISABILILLAH
Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Celak (1727 - 18 Jun 1784) atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalah seorang pahlawan Bugis dan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777 - 1784). Dilahirkan di Ulusungai, Riau, Raja Haji meninggal dunia di Teluk Ketapang, Melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti, Kepulauan Riau, Indonesia.
Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor. Manakala Raja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau.
Raja Haji terkenal dalam melawan pemerintahan Belanda apabila Belanda berusaha untuk menawan Riau. Beliau malah cuba menyerang kubu Belanda di Melaka pada tahun 1784 tetapi tewas. Pada tahun yang sama berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji syahid dalam pertempuran ini. Serangan Belanda ini menimbulkan kemarahan anak saudaranya Raja Ibrahim, menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dalam persengketaan antara Belanda dengan Johor.

Makam Raja Haji Fisabilillah - Yang Dipertuan Muda Riau (1725-1784)

Arkib : 22 Disember 2019

Hari 4: Makam Raja Haji, Engku Puteri dan Raja Ali Haji, Pulau Penyengat

KEMBARA 3PULAU3NEGARA - MAQAM RAJA HAJI FISABILILLAH


Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas termasuk video dan teks seperti di dalam Saluran YouTube:-

Warkah Dari Raja Haji...


Sejarah Pengkhianatan Munafik Melayu Islam
Warkah Dari Raja Haji (19 Rejab 1198 Hijrah)
"Wahai si munafik,
Marilah kita berdepan sebagai lelaki Melayu yang sejati, Aku sesekali tidak takut pada kalian
Aku kendong panji perjuangan ku, Engkau kendonglah panji perjuangan mu,
Nyawa kita di tangan Allah
Matinya aku dimedan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah,
Matimu di medan perang, tandanya celakalah kamu di akhirat nanti".
Oleh : Raja Haji

Raja Haji Fisabilillah, Pahlawan Agung Nusantara

Raja Haji berasal daripada keturunan Raja-raja di Tanah Bugis, Negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan Raja-raja Melayu. Raja Haji lahir di Kota Lama, di Hulu Sungai Riau, pada tahun 1139H/1727M dan meninggal pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198H/18 Jun 1784M.

Raja Haji Bin Upu Daeng Celak adalah pejuang yang terkorban kerana melawan penjajah Belanda. Raja Haji adalah pahlawan dunia Melayu yang terbesar dan teragung dan terhebat seperti Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan di maritim yang amat luas.

Raja Haji merupakan satu-satunya pahlawan Nusantara yang pernah menjejak kakinya hampir ke seluruh Negeri-negeri Melayu. Di antaranya Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Muntok/Bangka, Pontianak, Mampawah dan lain-lain.

Pada 18 Jun 1784M, Raja Haji terbunuh sebagai syahid Fisabilillah dalam peperangan melawan Belanda pimpinan Jacob Peter van Braam di Melaka. Pasukan Melayu yang tewas bersama Raja Haji dianggarkan sekitar 500 orang. Sebagaimana pada mukadimah yang telah dinyatakan, "Raja Haji Upu Daeng Celak merupakan pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung terhebat sesudah Hang Tuah..."

Kewafatan Raja Haji Fisabilillah

Apabila jatuhnya Melaka, seluruh Umat Islam bersatu, termasuk kerajaan Aceh dan Uthmaniyah datang untuk membebaskan Melaka. Namun usaha ini gagal kerana terdapatnya pengkhianat dari Kerajaan Johor, Pahang, Lingga dan Riau yang sanggup bersama Portugis mempertahankan Melaka atas sebab kepentingan masing-masing.

Apabila Melaka diambil alih oleh Belanda pula, semua ulama bersatu padu melantik Raja Haji Fisabilillah untuk menjadi komander besar seluruh Alam Melayu menentang Belanda. Beliau mengumpulkan seluruh tentera di Asia Tenggara untuk menentang Belanda, tetapi dalam tentera tersebut, terdapat mereka yang telah diberi rasuah oleh Belanda (yang disebut sebagai wajah Melayu berhati Belanda dalam tulisannya).

Kerana pengkhianatan itu juga akhirnya beliau terkorban syahid di Teluk Ketapang, Telok Mas, Melaka. Sebelum syahid, beliau sempat meninggalkan warkah yang menjangkakan perkara pengkhianatan itu telahpun beliau sedari berbunyi...

Warkah Raja Haji Fisabilillah (teks penuh)

"Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas, Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis atas sejadah, menghadap kiblat dalam keadaan berwudhu setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian Umat Melayu. Al-Quran di sebelah kananku, kitab Dala-il Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku. Sungguh demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang ku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut ; berwajah Melayu berhati Belanda. Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naik.

Apabila Allah mengkehendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiada siapa pun yang dapat mengelaknya. Biar sahaja mereka masuk menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih, batulah yang jadi juadah! Nak, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai Melayu sejati. Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah. Matimu di medan perang tandanya celakalah engkau di Akhirat nanti.

Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan Umat Melayu sesudah kami menyambung perjuangan kami. Maka sambutlah panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami walaupun  bilangan mereka tidak seramai bilangan munafik dan petualang."


Gambar : 19 REJAB 1198 H / 17 JUN 1784


Saat terakhir sebelum gugur syahid

Sewaktu para pejuang yang setia bersama Raja Haji sedang mendirikan solat, pengkhianat bangsa dan agama yang turut sama solat tersebut bangkit dari sujud tatkala Imam dan jemaah lain masih berada dalam sujud yang panjang, lalu mereka secara baculnya menancapkan pisau di belakang antara mereka sehingga syahid.

Raja Haji sempat menulis pada akhir warkahnya,

"Sekiranya perjuangannya itu benar, semoga Allah mengekalkan tulisannya itu dan membutakan mata orang Belanda daripada menjumpai warkah ini, supaya warkahnya itu sampai kepada seluruh Umat Melayu pada generasi mendatang. "

Rujukan : Wan Mohd Shaghir Abdullah

Bacaan lanjutan tambahan boleh rujuk di sini :-

MAKAM RAJA HAJI (MARHUM TELUK KETAPANG), PULAU PENYENGAT KEPULAUAN RIAU

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...