Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 1 July 2020

...SISI POSITIFNYA

Arkib : 28 Mac 2020

CUBA KITA LIHAT SISI POSITIFNYA

JANGAN CUMA SIBUK MENYEBARKAN BURUKNYA COVID 19 SAHAJA...

TETAPI CUBA KITA LIHAT SISI POSITIFNYA VIRUS CORONA

Tidak ada di dunia ini yang terjadi secara kebetulan. Semua ada tujuan dan hikmahnya.

Inilah hikmah disebalik pandemik Corona.

1. Corona menutup bar, kelab malam, rumah pelacuran, kasino dan tempat orang berbuat maksiat.

2. Corona menurunkan kadar bunga bank yang mencekik darah.

3. Corona membawa keluarga kembali ke dalam rumah dan melakukan aktiviti rumah bersama.

4. Corona mengalihkan peruntukan bajet tentera ke dalam bajet penjagaan kesihatan.

5. Corona melemahkan para diktator dunia yang selama ini sombong luar biasa.

6. Corona membungkam kesombongan negara yang menganggap dirinya paling hebat dan tidak terkalahkan.

7. Corona membuat manusia banyak berdoa dan berharap pada-Nya dan tidak semata-mata mengandalkan sains dan teknologi.

8. Corona memaksa negara memperhatikan rakyatnya.

9. Corona mengajarkan cara bersin, menguap, dan batuk yang baik dan benar.

10. Corona membuat kita tinggal di rumah dan hidup sederhana.

11. Corona mengajarkan bagaimana virus kecil yang berukuran 150nano boleh mengalahkan tujuh billion manusia yang hidup di bumi yang luasnya ratusan juta hektar.

12. Corona memberi kesempatan kepada kita untuk menyedari bahawa kematian itu nyata dan dekat dengan kita.

13. Corona mengajari kita agar tidak berpeleseran dan makan sembarangan di luar.

14. Corona membangunkan kita pada kenyataan dan memberi kita kesempatan untuk meminta pengampunan dan pertolongan-Nya.

15. Corona menyedarkan kita bahawa apa yang kita miliki adalah milik Allah yang boleh diambil bila² masa sahaja.

Percayalah, Allah izinkan dan turunkan sesuatu  dengan hikmahnya; ada pelajaran besar dalam hal ini bagi mereka yang arif dan bijaksana untuk melihat dan menyedarinya.

Semoga bermanfaat πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...