Arkib : 18 Oktober 2018
DAKWA ZAHID UNTUK BUNUH UMNO
DAKWA ZAHID UNTUK BUNUH UMNO
Mohd Puad Zarkashi
18.10.2018
Apa yang berlaku kepada Presiden UMNO pada hari ini dan esok memperlengkapkan agenda zalim regim Mahathir-DAP.
Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan iaitu semata mata untuk memalukan UMNO, menekan UMNO, memecah belahkan UMNO, menakutkan pemimpin UMNO lain, mengelirukan ahli UMNO dan meyakinkan rakyat bahawa pemimpin UMNO memang korup.
Puas hati Tun M kerana berjaya menghina pemimpin utama UMNO iaitu Najib dan Zahid sehingga terpaksa turun naik mahkamah beberapa kali dan tidur dilokap. Bukan itu sahaja famili mereka juga turut didera dan dimalukan.
Sasaran Tun M hanya UMNO. Sebab itu tidak ada pemimpin MCA, MIC dan GERAKAN yang disiasat dan didakwa. Kenapa? Jawapannya mudah, Tun M tidak berminat. Ketiga tiga parti berkenaan pada beliau sudah mati. Tidak perlu dimatikan lagi. Tetapi UMNO nampak liat untuk mati.
Tun M kecewa kerana selepas PRU ke 14, UMNO belum lagi mati mati. Beliau berjaya menakutkan Tok Pa yang dianggap sebagai Mr Clean dalam UMNO. Tok Pa berjiwa kecil. Setelah disoal siasat beberapa jam beliau terus keluar parti. Alhamdulillah, tidak ada siapa yang mengikuti jejaknya hatta pemimpin akar umbi di Jeli.
Kini, gelaran Mahazalim dan Mahafiraun kembali berkemundang. Mahathir memekakkan telinga dan membutakan mata di atas kemungkaran di depan mata apabila kes terhadap Lim Guan Eng digugurkan oleh Mahkamah. Semua itu perancangan Mahathir. Jika tidak, masakan Mahathir berani melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri di ketika dia masih dalam perbicaraan Mahkamah.
Insyaallah, lambat laun giliran Mahathir untuk dimalukan akan sampai juga. Manusia merancang, Allah merancang. Dan Allah sebaik baik perancang.
Lim Kit Siang secara ammnya telah berjaya ubah pemikiran anak Melayu melalui suntikan virus DAP
7 Tanda-tanda Anda Dijangkiti Virus DAP
- Benci dan maki hamun kepada agama, bangsa dan negara sendiri
- Memfitnah agama, bangsa dan negara sendiri
- Pertikaikan agama, bangsa dan negara sendiri
- Biadap, samseng dan merusuh melawan undang-undang negara
- Khianat kepada agama, bangsa dan negara sendiri
- Tidak tahu berterima kasih kepada setiap pertolongan bangsa sendiri
- Sembunyikan kejahatan DAP dan menghina kebaikan bangsa sendiri
No comments:
Post a Comment