Apakah itu Ethereum?
Ethereum adalah merupakan sejenis matawang digital yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan menyamai Bitcoin. Selain itu, ia juga terkandung dalam rangkaian awam atau satu blok rantaian yang dikenali sebagai blockchain dengan ciri-ciri matawang digitalnya (cryptocurrency) yang tersendiri dan disebut nama ringkasan sebagai Ether. Ethereum ini telah diciptakan oleh Vitalik Buterin pada tahun 2014. Tujuan Ethereum diciptakan adalah untuk dijadikan sebagai satu platform agar sebuah kontrak pintar dapat dibina dan dijalankan serta beroperasi secara dalam talian.
Secara mudahnya, penciptaan matawang digital Ethereum ini bermakud inovasinya adalah daripada Bitcoin akan dapat digerakkan untuk berfungsi menjadi rangkaian komputer sedunia.
Justeru itu, sepertimana Bitcoin yang beroperasi untuk menyimpan senarai baki dan transaksi pada blok rantaiannya, maka blok rantaian Ethereum juga telah direka untuk menyimpan pelbagai jenis data. Data-data ini dapat diakses dan digunakan oleh program komputer yang beroperasi di dalam blok rantaian Ethereum. Program-program ini dikenali sebagai aplikasi terdesentralisasi (decentralized), ataupun dapps.
Oleh itu, bagi para pembangun industri internet di seluruh dunia akan dapat membina dan juga menjalankan aplikasi terdesentralisasi hanya melalui sistem di blok rantaian Ethereum yang tersendiri. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan dalam industri kewangan, penyimpanan maklumat peribadi, pemerintahan dan pelbagai lagi.
Kesimpulannya, semua perkara tersebut yang berkaitan akan dapat diaplikasikan melalui transaksi operasi penggunaan di blok rantaian (blockchain) yang telah pun dikenalpasti mempunyai ciri-ciri sifat operasi transaksi yang telus serta berkesan.
Artikel lain yang berkaitan :
No comments:
Post a Comment