Arkib : 05 Oktober 2019
MENCARI KEKUATAN UMMAH MESTI DIUTAMAKAN..
Melalui kekuatan EKONOMI di dalam pelbagai bidang PERNIAGAAN yang dijalankan oleh umat Islam adalah merupakan sebagai kaedah ataupun cara supaya kekuatan ummah dapat dilaksanakan bagi mendapatkan kejayaan.
Bidang perniagaan juga adalah merupakan sebagai satu cabang pekerjaan yang sangat dimuliakan disisi agama untuk dilakukan..
Merupakan juga sebagai satu tuntutan FARDU KIFAYAH ke atas sekelian umat Islam yang ada di mana menunjukkan betapa pentingnya bidang perniagaan ini di dalam kehidupan..
Lihatlah daripada contoh sirah kehidupan Baginda Nabi s.a.w bersama dengan para sahabatnya yang merupakan juga sebagai seorang saudagar ataupun ahli perniagaan yang paling berjaya untuk dijadikan sebagai contoh dan teladan..
Di sebalik kelemahan yang ada di dalam kehidupan umat Islam kini,pihak musoh agama terus mendapatkan kekuatan di bidang ekonomi ini melalui pelbagai bidang perniagaan..
Mereka terus mengungguli ataupun menguasainya dengan menjadikan umat Islam sendiri sebagai satu sasaran..
Lihat di mana seperti berlakunya di Negara-negara Arab, setiap dari helaian sesuatu nota perjanjian yang perlu ditandatangani untuk persetujuan di antara Kerajaan mereka dengan pihak luar termasuk dari Negara- negara di Eropah, sebatang pena secara langsungnya telah pun digunakan..
Di mana penciptanya serta melalui rangkaian perniagaannya juga adalah dari milik musuh agama yang paling jelas kelihatan..
Sehinggalah kepada penguasaan mereka yang paling jelasnya sekali ialah di dalam bidang persenjataan canggih untuk tujuan ketenteraan..
Kesemuanya dari Negara-Negara Arab di sana pula terus berlumba-lumba untuk mendapatkannya dari mereka bagi tujuan pertahanan dinegara masing-masing malah ada yang terus menggunakannya bagi menunjukkan kekuasaan serta kehebatan..
Begitulah seterusnya yang telah dan akan terjadi di antara sesama mereka yang hidupnya sentiasa asyik bercakaran dan jauh dari suasana aman di dalam kehidupan..
Paling ketara sekali ialah pihak musuh agama telah mengambil kesempatan darinya dengan mendapat keuntungan yang cukup besar di bidang perniagaan ini, seterusnya dalam masa yang sama dapat mewujudkan suasana permusuhan diantara sesama umat Islam di negara mereka pada setiap masa dan keadaan..
Beralih kembali ke negara kita di mana bidang perniagaan ini telah jauh ketinggalan..
Jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lainnya yang dahulunya hanyalah sebagai pendatang ataupun seorang pedagang asing di dalam perantauan..
Kini ada di antara mereka yang telah memiliki empayar perniagaan yang paling kukuh untuk dibuat persaingan..
Di mana hampir kesemuanya boleh dikatakan pengguna ataupun pelanggannya adalah terdiri daripada umat Islam sendiri yang terus menerus memberi memberi sokongan kepada ekonomi mereka melalui bidang perniagaan..
Sedemikian, marilah kita yang terdiri daripada umat Islam supaya beralih pula sokongan kepada mereka dari kalangan seagama di dalam pelbagai bidang perniagaan..
Bagi mendapatkan ataupun meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam semula yang sudah jauh ketinggalan..
Tidak bermakna untuk terus memulaukan perniagaan dari bangsa lain yang boleh menjejaskan hak mereka sebagai seorang warganegara yang telah dijamin di dalam perlembagaan negara, cumanya ialah untuk dibuat sebagai satu pilihan..
Di mana segala keperluan asas didalam kehidupan umat Islam mesti berlandaskan kepada semua perkara yang telah ditetapkan oleh agama, dan tentunya sekali dari kalangan umat Islam sendiri yang lebih mengetahuinya pada setiap masa dan keadaan.
Sekianlah sahaja madah perkongsian ilmu hari ini dari hamba untuk dibuat sebagai satu renungan..
Di ambil sedikit ilmu dari isi Khutbah Jumaat tadi di Masjid Ar-Rashdiah Pekan Selama bagi dibuat sebagai satu perkongsian..
Marilah kita bersatu hati demi agama untuk mendapatkan satu tujuan sokongan..
Bagi mendapatkan kembali kekuatan ekonomi ummah di masa hadapan di dalam bidang perniagaan sebagai satu perjuangan yang sangat diutamakan dan hendaklah dilakukan dengan secara berterusan bagi mendapatkan kejayaan..
No comments:
Post a Comment