Arkib : 21 Julai 2020
Haji Luar Biasa Pasca COVID 19: Berita Dari Madinah
Haji Luar Biasa Pasca COVID 19: Berita Dari Madinah
Setakat ini hanya ada 3 orang sahaja rakyat Malaysia yang terpilih melaksanakan haji tahun ini. 2 daripadanya ialah pasangan adik beradik yang sedang menuntut di Madinah dan Riyadh.
Semua jemaah haji terpilih berjumlah 10,000 orang tahun ini hanya dibenarkan menunaikan Haji Ifrad sahaja. 3,000 orang adalah terdiri daripada warga Arab Saudi di kalangan frontlines dan lain-lain. 7,000 orang lagi dibahagi kepada warga luar daripada 160 buah negara.
Kini mereka sedang diwajibkan kuarantin diri selama seminggu di rumah masing-masing sebelum pergi ke Mekah Mukarramah. Hanya bakal jemaah yang sihat dan melepasi saringan pemeriksaan COVID 19 sahaja akan dibenarkan meneruskan perjalanan haji mereka. Siapa yang Allah uji tidak sihat ketika itu, visa haji akan dibatalkan.
Pada 4 Zulhijjah nanti, jemaah haji akan dikumpulkan di Hotel 4 Points by Sheraton di Mekah sehingga 8 Zulhijjah. Dalam tempoh ini mereka akan melalui pelbagai rangkaian saringan pemeriksaan kesihatan yang ketat oleh pihak Kerajaan Arab Saudi lagi.
8 Zulhijjah. Bakal jemaah akan dibawa ke Qarnul Manazil untuk bermiqat dan berniat haji. Maka selepas itu barulah bermula perjalanan sebenar ibadah haji luar biasa mereka.
Tahun ini juga semua jemaah haji istimewa ini diwajibkan melakukan nafar awal iaitu keluar dari Mina (setelah selesai melaksanakan kerja haji) pada 12 Zulhijjah. Penempatan mereka di Mina pula merupakan apartmen/hotel yang paling hampir dengan Kompleks Jamrah di Mina (Hotel paling mahal itu).
Antara ujian dan nikmat Allah! Dalam keberuntungan dan nikmat tidak ternilai, nyata terlalu banyak ujian dan SOP ketat yang perlu mereka tempuhi penuh sabar untuk menjadi duyufurrahman pilihan Allah tahun ini. Barakallahufikum.
Semoga ada rezeki kita semua mengikuti perjalanan jemaah haji paling unik abad ini! Amin!.
Ustaz kata yang belum menunaikan haji kena terus azam dan doa sungguh-sungguh Allah rezekikan menjadi tetamu agungNya. Biarlah giliran masih jauh. Doa, terus belajar haji dan usaha buat rayuan setiap tahun. Nothing is impossible bila Allah kata Kun Fayakun! Banyak cerita ‘magic’ kawan-kawan haji saya dah dengar. Semua dengan izin Allah jua.
.
Yang dah tunaikan haji, selalulah tanamkan niat dan azam untuk dapat segera kembali ke Tanah Suci Mekah. Ya Allah aku rindu!
P/S : *Kawan-kawan boleh share je untuk dipanjangkan manfaatnya ya.
No comments:
Post a Comment