Epic History: Rusia (BAHAGIAN 1-5) - Rurik ke Revolusi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------Arkib : 20 Ogos 2020
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KISAH TRAGIS!! Kekejaman Komunis Terhadap Keluarga Tsar Terakhir Rusia #PJalanan
https://www.youtube.com/watch?v=XpJJtIttxaY
Kehidupan Rahsia Keluarga Romanov – Pemerintah Terakhir Empayar Rusia
Akhir abad ke-19 adalah masa yang romantik.
Dalam tempoh masa yang pendek, teknologi dan masyarakat telah berubah secara drastik, dan keluarga-keluarga diraja yang memerintah dunia dari istana di seluruh Eropah menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri – ada yang lebih berjaya berbanding yang lain.
Bagi ramai orang, kejatuhan sebuah keluarga diraja terutamanya melambangkan tamatnya era putera, puteri, istana dan raja. Cerita tragik mereka membawa implikasi kepada seluruh dunia, tapi disebabkan oleh minat mereka terhadap fotografi, kita bukan sahaja dapat melihat sekali imbas kehidupan mewah dan kejatuhan mereka, malahan juga saat-saat mereka yang penuh kemanusiaan, kelakar, belas kasihan dan kasih sayang.
Pada 2018, kita memperingati 100 tahun sejak Keluarga Diraja Rusia, keluarga Romanoff dihukum mati, di mana kisah dramatik mereka masih lagi menawan imaginasi manusia di seluruh dunia pada hari ini (termasuklah pencipta Mad Men, Matthew Weiner yang sedang membuat rancangan TV yang bakal ditayang).
Teruskan membaca untuk mengetahui siapa yang merupakan pemerintah terakhir Empayar Rusia, bagaimana kehidupan mereka, dan macam mana mereka menghadapi dunia apabila ia berubah.
Nicholas II dari Rusia
Gambar Tzar Nicholas II diambil selepas baginda turun takhta pada Mac 1917
Tsar terakhir Rusia, Tsar Nicholas II – ataupun Nikolai, sebagaimana baginda dikenali oleh kawan-kawannya – dilahirkan di Saint Petersburg pada 18 Mei 1868.
Ayahanda baginda, Tsar Alexander III, merupakan pemimpin yang kuat dan konservatif, tetapi Nikolai merupakan seorang budak yang sensitif. Semasa baginda membesar, baginda sering keluar ke luar negara, bertemu dengan saudara mara diraja di kediaman mereka di Denmark, Jerman, Greece dan England – di mana baginda juga bertemu bakal isterinya, yang pada masa itu dikenali sebagai Puteri Alix.
Lelaki Baik, Pemimpin Jahat
Nicholas II membawa anak lelakinya di atas bot di Alexander Park (1911)
Nicholas II telah bertanggungjawab atas beberapa tragedi di dalam Rusia, and terlibat dalam kekalahan pertempuran dengan Jepun dalam masa beberapa tahun. Baginda tidak disukai, dan selalu dilihat sebagai seorang yang tidak cekap – namun disebabkan diarinya – dan juga hobi fotografinya – di mana keperibadiannya yang baik dan kasih sayang untuk keluarganya jelas dilihat, amatlah susah untuk tidak melihat baginda sebagai seorang yang dikasihani. Sungguhpun begitu, menjadi seorang “lelaki baik” tidak mencukupi apabila anda merupakan pemimpin empayar ketiga terbesar di dunnia, dan ketidakcekapan Nicholas II dalam pentadbiran akhirnya mengakibatkan baginda kehilangan takhta, keluarga dan nyawa.
European Nobility
Di sini, kedua - dua raja boleh diperhatikan berdiri bersebelahan, memakai seragam tentea Jerman di Berlin.
Tsar Nicholas II dari Rusia mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga-keluarga diraja di Eropah – ianya boleh dilihat apabila rupa baginda hampir sama dengan pemimpin empayar besar Eropah yang satu lagi - sepupunya, Raja George V dari United Kingdom.
Alexandra Feodorovna
Alexandra Feodorovna, Permaisuri Rusia, dilahirkan sebagai Puteri Alix dari Hesse and Rhine di Darmstadt, Jerman, pada 6 Jun 1872. Sebagai anak perempuan dari rumah Hesse, yang mana memerintah United Kingdom sehingga hari ini, baginda merupakan cucu perempuan Ratu Victoria.
Alix membesar dalam keadaan yang tragik. Bonda dan salah seorang kakandanya meninggal dunia kerana wabak semasa baginda masih seorang kanak-kanak, dan trauma itu memberi kesan yang mendalam.
Menemui Nikolai
Gambar rasmi pertunangan Nicholas II dan Alexandra, April 1894
Selepas kehilangan ahli keluarganya, Alix sangat rapat dengan saudara mara British, dan menghabiskan banyak masa melawati mereka. Baginda dikatakan sebagai cucu yang paling disayangi oleh Ratu Victoria, dan Ratu Victoria berharap Alix akan menjadi Ratu England seperti diri sendiri pada satu hari nanti. Alix menolak kemungkinan ini apabila baginda bertemu – dan jatuh cinta – dengan sepupu keduanya, Nicholas II, dalam satu lawatan ke Saint Petersburg.
Ayahanda Nikolai membantah perkahwinan mereka, kerana baginda ada dendam dengan Jerman, tetapi akhirnya mengalah dan, semasa baginda bakal meninggalkan dunia, menerima Alix ke dalam rumahnya.
Untuk mengahwini Nicholas II, Alix dikehendaki untuk menukar kepercayaan kepada Gereja Ortodoks. Baginda telah diberi nama baptis yang baru iaitu Alexandra Feodorovna, dan menjadi Tsarina – Permaisuri Rusia.
OTMA
Puteri Olga, Puteri Tatiana, Puteri Maria and Puteri Anastasia dalam potret rasmi yang diambil pada tahun 1916.
Tsar Nicholas II dan Alexandra Feodorovna mempunyai 5 orang anak – di mana empat anak yang paling sulung adalah perempuan. Walaupun Tsar merupakan antara raja-raja Rusia, dan isterinya berasal dari keluarga diraja Jerman, mereka berdua mempunyai hubung kait dengan keluarga diraja British – dan terutamanya dengan Ratu Victoria, yang merupakan nenek Alexandra. Oleh itu, anak-anak perempuan mereka, walaupun merupakan orang Rusia sejati, membesar dengan dua bahasa dan bercakap menggunakan Bahasa Inggeris yang fasih sesama sendiri.
Kemesraan sesama mereka menyebabkan mereka menggunakan satu nama kumpulan yang terdiri daripada akronim nama mereka mengikut turutan kelahiran:
Olga, Tatiana, Maria dan Anastasia… ataupun OTMA. Mereka sering menandatangani diari mereka menggunakan nama ini, serta poskad kepada keluarga dan kawan.
Pasangan Besar
Puteri Tatiana (kiri) dan Puteri Olga Nikolaevna, berpakaian pakaian rasmi sekitar tahun 1904.
Dalam empat adik-beradik perempuan Romanoff, dua yang paling tua digelar sebagai Pasangan Besar, dan pasangan yang muda -Pasangan Kecil.
Olga dan Tatiana, dua kakak yang sulung, telah membesar bersama sebagai kawan baik, berkongsi bilik, dan semasa Perang Dunia Pertama, menjadi sukarelawan di Bulan Sabit Merah bersama bonda mereka.
Puteri Olga Nikolaevna dari Rusia
Potret dari Tercentary 1913 diterbitkan dalam poskad di banyak negara sebelum Perang Dunia Pertama
Puteri Olga Nikolaevna dari Rusia, yang dilahirkan di Saint Petersburg pada 15 November 1895 merupakan anak sulung antara semua adik-beradik Romanoff. Terkenal dengan kebijaksanaan, belas kasihan dan panas baran, Olga sering menerima tanggungjawab dalam keluarga, menjaga adik lelakinya yang sakit, Putera Alexei.
Seorang yang suka membaca, Olga adalah seorang gadis yang sensitif dan murung – tetapi juga sangat patriotik. Dalam Perang Dunia Pertama, semangat patriotiknya membawa baginda dan adiknya, Tatiana, untuk menjadi sukarelawan dengan Bulan Sabit Merah, demi merawati tentera Rusia yang cedera.
Puteri Tatiana Nikolaevna (1897-1918)
Puteri Tatiana Nikolaevna dari Rusia, dilahirkan di Saint Petersburg pada 10 Jun 1897, merupakan anak perempuan kedua Tsar dan isterinya.
Dikatakan sangat cantik, Tatiana sering dilamar oleh lelaki dari Rusia dan juga luar negara. Seperti adik-beradiknya yang lain, Tatiana dibesarkan dalam keadaan yang sederhana, tidur di atas katil yang keras tanpa bantal dan mandi air sejuk setiap pagi. Baginda sudah biasa dipanggil dengan nama pertamanya – dan satu cerita mengatakan bahawa apabila Baroness Sophie Buxhoeveden, yang merupakan dayang Tatiana menggelar baginda sebagai “Yang Mulia,” Tatiana sangat terkejut dan menendangnya di bawah meja dan berdesis “Adakah kamu gila bila bercakap sebegini dengan saya?”
Praktikal dan berfikiran logik, Tatiana cemerlang dalam kerjanya di Bulan Sabit Merah, dan mengetuai jawatankuasa yang dinamakan sempenanya, dan bekerja untuk bantuan pelarian peperangan semasa Perang Dunia Pertama.
Pasangan Kecil
Puteri Maria dan Puteri Anastasia membuat muka kelakar untuk kamera di Tsarskoye Selo, sekitar tahun 1917
Maria dan Anastasia, yang berkongsi bilik dan sering memakai pakaian yang sama, dikenali sebagai Pasangan Kecil.
Puteri Maria
Dilahirkan di Saint Petersburg pada 26 Jun 1899, Maria, adik ketiga Romanoff, dikenali dengan sifat lemah lembut dan baik hati. Baginda sering bertanggungjawab menerima penyalahan atas perbuatan nakal adik-beradiknya. Baginda sangat menyayangi ayahandanya, semasa masih kecil, baginda sering berlari mencari “Papa”, dan akan mencium satu potret kecil ayahandanya sebelum baginda tidur.
Puteri Anastasia Nikolaevna
Romanoff pertama yang dilahirkan semasa abad ke-20, Puteri Anastasia Nikolaevna dari Rusia dilahirkan di Saint Petersburg pada 18 Jun 1901. Terkenal dengan kenakalan dan kelincahan, ahli paling bongsu dalam kumpulan OTMA group merupakan watak yang menarik di dalam istana. Baginda sering memainkan staf istana, dan merupakan seorang pelakon yang berbakat.
Kini, Anastasia paling dikenali dengan perwatakannya dalam filem animasi Studio Animasi 20th Century Fox, Anastasia yang menyampaikan gambaran fiksyen mengenai cara kehidupan baginda selepas Revolusi Rusia.
Waris Takhta Dilahirkan
Nicholas II dan keluarga di dalam gambar rasmi, diambil sempena pembaptisan Putera Alexei, sekitar 1904
Walaupun baginda amat menyayangi keempat-empat anak perempuannya, Nicholai II menginginkan seorang anak lelaki sebagai pewaris takhta. Kerisauannya begitu teruk sehingga apabila Anastasia dilahirkan, Tsar terpaksa berjalan untuk lama di luar supaya dapat menenangkan dirinya sebelum melawati Alexandra dan anak terbaru mereka.
Maka, kelahiran Alexei Nikoalevich pada 12 Ogos 1904 menjadi punca kelegaan yang utama bagi Raja Rusia.
Alexei Nikoalevich
Alexei (kanan) dan kelasi pengasuhnya Andrei Dereven'ko di atas kapal layar diraja Standart (1908)
Alexei adalah seorang budak yang pandai, dan semua harapan dan impian seluruh keluarga diletakkan pada dirinya. Baginda disayangi oleh ibu bapa dan kakak-kakaknya, dan tutornya berkata bahawa suasana seluruh istana akan berubah… apabila baginda sihat. Malangnya, itu bukanlah sesuatu yang berlaku selalu.
Pegawai - Pengasuh
Alexei Nikolaievich dari Rusia dan ketua kelasi Derevenko di atas basikal di Friedberg, Hesse pada tahun 1910
Untuk memastikan baginda tidak mencederakan diri sendiri, Tsar dan Tsarina menetapkan 2 kelasi dari Tentera Laut Diraja - Pegawai Andrei Derevenko and Kelasi Klementy Nagorny – untuk memerhatikannya pada setiap waktu.
Mereka akan membawanya ke merata tempat di atas basikal – Alexei tidak dibenarkan untuk menunggang basikal dengan sendiri – dan kadang kala mereka mendukungnya dari satu tempat ke tempat yang lain.
Disebabkan oleh keadaan Alexei yang berbahaya kerana dia adalah pewaris takhta, penyakitnya merupakan rahsia tentera, dan hanya beberapa orang yang dipilih dengan berhati-hati mengetahuinya.
Salah seorang daripada mereka akan memainkan peranan penting dalam kejatuhan Empayar Rusia…
Ra-Ra-Rasputin
Pada awal abad ke-20, rawatan hemofilia adalah sukar dan tidak begitu berkesan. Alexei sering dimasukkan ke hospital dan berada di ambang maut disebabkan kecederaan ringan – satu realiti yang tidak dapat diterima oleh bondanya, Alexandra kerana telah melihat kematian semasa kecil.
Jadi, apabila Grigori Rasputin, seorang mistik dan pemyembuh yang bermisteri datang dari tanah beku Siberia, tiba di Saint Petersburg untuk merawat saudara mara jauh Romanoff, Alexandra sudi memberi peluang kepadanya.
Pembuat Keajaiban Atau Penipu?
Rasputin bersama Alexandra Feodorovna, anak-anaknya dan pengasuh Maria Ivanova Vishnyakova
Tanpa disangka, cara rawatan Rasputin berjaya. Alexei telah mengalami kecederaan yang dikatakan oleh doktor diraja bahawa baginda akan maut, tetapi Rasputin berdoa untuk anak tersebut dan berjanji dengan Tsarina bahawa Alexei akan hidup. Sehari selepas itu, Alexei sembuh dengan ajaibnya, dan Tsarina mula mempercayai Rasputin. Mulai saat itu, Rasputin menjadi kawan rapat dengan keluarga diraja, dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap Tsar dan isterinya.
Nujum yang Menjahanamkan Sistem Beraja Rusia
Pierre Gilliard, Tutor
Pierre Gilliard dengan Olga dan Tatiana pada tahun 1911
Bukan hanya Rasputin seorang yang rapat dengan keluarga diraja. Selain mistik yang bermata liar, sekumpulan pakar perubatan, tukang masak, orang suruhan dan staf lain yang setia juga mengikut keluarga Romanoff ke semua tempat, memastikan kehidupan mereka selesa dan membolehkan mereka untuk menumpukan perhatian ke atas tugas-tugas diraja mereka.
Antara orang yang paling rapat dengan keluarga diraja adalah Pierre Gilliard, tutor Bahasa Perancis untuk putera puteri.
Ilmuwan dari Switzerland ini membantu membesarkan anak-anak Tsar dan Tsarina, dan boleh dikatakan merupakan seorang ayah kepada mereka.
Dia sangat rapat dengan keluarga tersebut sehinggalah apabila mereka dihalau keluar, dia mengikut mereka dengan relanya menjadi orang buangan.
Tapi bagi anak-anak Romanoff, ada lebih banyak benda dalam kehidupan selain kelas Bahasa Perancis dengan Monsieur Gilliard.
Membesar Di Dalam Istana
Puteri Tatiana, Puteri Maria dan Puteri Olga dalam potret rasmi yang diambil pada tahun 1900
Anak-anak Romanoff membesar di Istana Alexander di Tsarskoye Selo, terletak 24 kilometer di selatan Saint Petersburg.
Keluarga ini menjalani kehidupan yang agak sederhana di dalam bangunan yang mewah. Dalam usaha untuk menjadikan mereka rendah hati dan rendah diri, mereka dipanggil dengan nama pertama oleh staf dan tetamu, tidur atas katil tentera dan perlu mandi air sejuk setiap pagi. Apabila tiada tetamu yang datang, keluarga tersebut akan berkumpul di sekeliling meja biasa dan makan hidangan biasa serta tidak dilayan oleh orang suruhan.
Namun begitu, OTMA tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang biasa…
Melihat Dunia
Dalam gambar ini, kita boleh lihat Puteri Tatiana (kiri) and Olga (tengah) dengan Anna Vyrubova, dayang dan kawan baik bonda mereka, semasa pelayaran musim panas ke Finland, sekitar tahun 1908.
Tidak seperti kanak-kanak sebaya mereka pada zaman itu, keluarga Romanoff sering melawat luar negara.
Putera Nicolas Melihat Dunia
Keluarga diraja sering berjalan jauh, dan anak-anak Nicholas II akan dapat melawat banyak tempat di Eropah seumur hidup mereka, tetapi sebelum baginda menjadi Tsar, Nikolai telah mengembara di seluruh dunia, dan ia merupakan perjalanan yang jauh walaupun dibandingkan dengan piawaian pada hari ini.
Pengembaraan bakal Tsar membawanya ke Egypt, India, Singapura, Bangkok dan Jepun, di mana baginda melawat kebanyakan tempat di negara kepulauan tersebut. Malahan, baginda telah mendapatkan tatu naga di tangan kanannya, tetapi lawatan tersebut dipendekkan apabila seorang pegawai polis yang gila menyerang dan mencuba untuk membunuhnya, dalam satu kejadian yang akan dikenali sebagai Kejadian Ōtsu.
The King and I
Lawatan Nicholas II ke negara-negara Timur Jauh bukannya hubungan sehala.
Apabila Raja Chulalongkorn dari Siam melawat Eropah pada tahun 1897, baginda memastikan diri sendiri dapat bertemu dengan Nicholas II di Saint Petersburg.
Hobi Yang Tidak Disangka
Selain daripada keistimewaan untuk melawat ke seluruh dunia, anak-anak Romanoff memiliki sesuatu yang kanak-kanak lain tidak ada: unit tentera sendiri.
Sebagai contoh, Tatiana, dikurniakan pangkat kehormat kolonel, dan diberi satu regimen askar - Vosnesensky Hussars. Baginda boleh dilihat memakai seragam regimen di dalam gambar tahun 1912 ini.
Olga juga diberi unit sendiri, dan tentera di bawah Pasangan Besar ini memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan hobi yang pelik…
Memeriksa Pasukan
Di dalam gambar ini, yang diambil pada tahun 1911, mereka boleh diperhatikan bersama Pavel Voronov, pegawai yang dicintai Olga, tetapi akhirnya mengahwini wanita lain.
Puteri Olga (kiri), Puteri Tatiana (kanan), dan Maria Nikolaevna (tengah) suka memeriksa pasukan mereka dan berbual dengan tentera.
Patah Hati
Tsar Nicholas II dari Rusia, Puteri Tatiana Nikolaevna dari Rusia dan pegawai Rodionov and Pavel Voronov di taman tenis diraja Virolahti di Kepulauan Finnish, sekitar tahun 1912. Olga jatuh cinta dengan Voronov dan sedih apabila dia berkahwin.
Hobi
Di sini, Anastasia boleh dilihat bersama bondanya, Alexandra, yang sibuk dengan sulamannya.
Ketika mereka tidak berada dalam perjalanan jauh atau melaksanakan tugas diraja, keluarga Romanoff menjalani kehidupan yang biasa.
Keperibadian Yang Berbeza
Walaupun adik-beradik Romanoff sering dianggap sebagai satu kumpulan yang padu – OTMA – setiap seorang daripada mereka memiliki keperibadian yang jelas dan tersendiri.
Di sini, Puteri Olga yang tenang dan introspektif boleh diperhatikan sedang membaca buku, sambil adiknya yang nakal dan aktif, Puteri Anastasia memerhatikannya.
Olga merupakan seorang pembaca yang lahap, sehinggakan baginda sering membaca buku yang dibeli oleh bondanya sebelum bondanya berpeluang membaca – dan akan bergurau mengatakan baginda sedang memastikan buku-buku tersebut sesuai dibaca oleh Tsarina.
Demam Kepialu!
Dalam gambar dari tahun 1914 ini, Tatiana boleh diamati sedang meluangkan masa bersama bondanya. Rambut Tatiana baru sahaja tumbuh selepas baginda sembuh daripada penyakit.
Pada tahun 1913, kesemua OTMA terpaksa mencukur rambut mereka selepas menghidapi demam kepialu.
Kapal Layar Diraja Standart
Salah satu cara berjalan jauh yang digemari oleh keluarga tersebut adalah menaiki kapal layar diraja Standart yang dibina di Denmark.
Di sini, Puteri Tatiana boleh dilihat berada di atas kapal Standart semasa pelayaran keluarga diraja pada musim panas ke pulau-pulau kecil Finland pada tahun 1912.
Tetapi pelayaran mereka di atas kapal layar tersebut tidak selalu diiringi kenangan yang baik…
Permulaan Penamatan
Puteri Olga, Puteri Tatiana and Puteri Maria di atas kapal layar diraja pada tahun 1914
Dua tahun kemudian, pada tahun 1914, keluarga tersebut akan menerima berita mengenai pembunuhan Franz Ferdinand – dan tembakan pertama Perang Dunia Pertama – semasa bercuti di atas kapal layar.
Membantu Dalam Peperangan
Dalam gambar ini yang diambil sekitar tahun 1916, Puteri Olga Nikolaevna boleh diperhatikan memakai seragam jururawat dan duduk dengan adik perempuannya, Anastasia dan bersama bondanya, Tsarina Alexandra.
Apabila Perang Dunia Pertama berlaku, keluarga patriotik Romanoff tidak berdiri di tepi tanpa berbuat apa-apa.
Tsarina Alexandra dan dua anak perempuan sulungnya, Olga dan Tatiana, berlatih di bawah Bulan Sabit Merah dan menjadi jururawat sukarelawan di Saint Petersburg, merawat tentera Rusia yang cedera dalam peperangan.
Pesakit Rusia
Tugas sebagai seorang jururawat amat sukar untuk Olga yang sensitif, tetapi Puteri Tatiana dengan senangnya melakukan kesemuanya.
Sementara Olga meneruskan dengan membantu kerja pentadbiran di hospital, Tatiana melaksanakan rawatan perubatan yang lebih susah, dan bertegas untuk melakukan “kerja kotor” di samping jururawat-jururawat lain.
Sini, Tatiana boleh diamati memakai seragam jururawat Bulan Sabit Merah. Lelaki yang duduk di atas kerusi roda adalah askar Dmitri Yakovlevich Malama, dan Tatiana telah jatuh cinta terhadapnya, tetapi telah meninggal dunia di akhir peperangan.
Waktu Peperangan
Tsar Nicholas II dan keluarganya semasa Perang Dunia Pertama, sekitar tahun 1916.
Lawatan Diraja
Puteri Anastasia, Puteri Tatiana, Puteri Maria, dan Puteri Olga bersama Permaisuri Alexandra semasa lawatan diraja ke Sevastopol pada tahun 1916.
Kehilangan Kenaifan
Satu syiling perak ruble Raja Nicholas II, bertarikh 1898, dengan jata diraja di belakangnya. Tulisan dalam Bahasa Rusia adalah:"Dengan rahmat Tuhan, Nicholas II, Raja dan Autokrat semua penduduk Rusia."
Tatkala Tatiana dan Olga tidak dimanjakan dan tidak ragu-ragu untuk merawat kecederaan yang dahsyat, mereka masih, sehingga masa itu, dikira menjalani kehidupan yang agak dilindungi.
Beberapa aspek kehidupan mereka begitu dilindungi, sampai mereka kelihatan naif dan jahil.
Pada satu hari, apabila pemandu biasa yang sepatutnya menghantar Tatiana dan Olga dari tempat kerja mereka di hospital ke rumah diganti dengan pemandu lain, dua adik beradik ini mengambil peluang untuk pergi membeli belah di bandar.
Namun begitu, walaupun muka ayahanda mereka ada pada duit syiling Rusia, mereka tidak pernah menggunakan duit, dan tidak tahu apa yang harus dibuat oleh mereka di kedai.
Kejahilan menarik mereka terhadap kehidupan seharian yang biasa tidak akan berterusan lama.
Nicholas II Di Barisan Hadapan
Semasa dua kakak sulung bekerja sebagai jururawat, Maria dan Anastasia, yang masih tidak cukup umur untuk menyertai operasi perubatan, menjadi sukarelawan di hospital, melawat tentera yang cedera dan membantu meningkatkan semangat mereka.
Manakala, atas cadangan Rasputin dan desakan Alexandra, selepas mistik bertengkar dengan Ketua Staf Tentera, Tsar Nicholas II bertolak untuk bertempur di barisan hadapan dan mengambil alih kawalan daripada Stavka sebagai ketua komandan baru. Alexei, putera muda, (memakai seragam regimen Jaeger keluarga diraja dalam gambar ini) menyertai baginda selepas itu untuk mempelajari arahan ketenteraan.
Malangnya, apabila Tsar berada di barisan hadapan, masalah melanda di rumah mereka…
Melepaskan Takhta
Gambar Puteri Maria, Puteri Olga, Puteri Anastasia and Puteri Tatiana Nikolaevna dari Rusia semasa dalam tahanan di Tsarskoe Selo semasa musim bunga pada tahun 1917. Ini adalah salah satu gambar-gambar terakhir anak-anak perempuan Tsar Nicholas II.
Pada Mac 1917, semasa akhir Revolusi Februari, ahli-ahli revolusi Rusia berarak ke istana diraja, dan Tsar Nicholai II terpaksa turun takhta kerana ditakuti nyawa baginda dan puteranya akan terancam. Keluarga tersebut telah diletakkan di bawah tahanan rumah di istana di Tsarskoe Selo.
Kehidupan Dalam Tahanan
Puteri Tatiana membawa sampah sarap semasa pengurungan di Tsarskoe-Selo pada tahun 1917
Walaupun ada antara ahli keluarga yang sukar menerima keletihan akibat aktiviti fizikal ketika dalam tahanan, Tatiana, yang selalu praktikal dan berfikiran logikal, dapat hidup dengan baik.
Baginda menjaga keluarganya, dan membuat rancangan yang baik.
Anjing Kesayangan, Ortipo
Puteri Tatiana dan Puteri Anastasia bersama anjing mereka, Ortipo di dalam tahanan semasa musim bunga pada tahun 1917.
Kerja Keras
Nicholas dan Alexei memotong kayu dalam tahanan di Tobolsk semasa musim sejuk pada tahun 1917.
Batu Permata Keluarga
Tatiana telah menjahit batu permata ke dalam lapisan pakaian ahli keluarganya dengan harapan apabila mereka berjaya melarikan diri, sekurang-kurangnya ada sedikit harta yang boleh membantu mereka untuk hidup.
Meminta Suaka
Kerajaan sementara berharap dapat menghantar keluarga Romanoff ke luar negara, dan Nicholai II telah meminta suaka di UK – tetapi sentimen revolusi telah bermula.
Untuk menjaga keselamatan mereka, kerajaan sementara memindahkan mereka ke Tobolsk, di mana mereka terus hidup dalam keselesaan.
Tetapi, pada tahun 1918, orang Bolshevik dan Lenin telah berkuasa, dan nasib keluarga Romanoff sudah ditentukan.
Jatuhnya Satu Dinasti
Pada 17 Julai 1918, keluarga Romanoff telah dibawa ke bilik bawah tanah di Rumah Ipatiev di Yekaterinburg di mana mereka telah dipindahkan sebelum itu, dan dibunuh oleh satu pasukan tembakan.
Dalam gambar ini yang diambil pada tahun 1919, dinding telah dirobohkan oleh penyiasat untuk mencari peluru dan bukti lain. Pintu yang menuju ke bilik stor telah dikunci semasa pembunuhan berlaku.
Bukan Seorang Diri
Keluarga Romanoff tidak ditinggalkan sendiri oleh kawan dan pengikut setia mereka.
Tutor Catherine Schneider dan Pierre Gilliard, penasihat diraja Count Ilya Tatishchev, Countess Anastasia Hendrikova dan Putera Vasily Dolgorukov mengikut keluarga diraja itu ke Tobolsk, tetapi tidak dibenarkan menyertai keluarga Romanoff di dalam Rumah Ipatiev.
Kesemuanya kecuali Gilliard akhirnya dibunuh oleh orang Bolshevik.
Selepas Kejatuhan
Untuk beberapa tahun, Rumah Romanoff, kejatuhannya dan kematian ahli-ahlinya merupakan topik yang dilarang di Kesatuan Soviet.
Mereka dianggap sebagai lambang penentangan terhadap kerajaan Kesatuan Soviet, dan semua sejarah mengenai mereka yang baik telah ditapis.
Tetapi, tarikan keluarga tersebut bersama warisan mereka kekal, dan Rumah Ipatiev menjadi destinasi orang ramai.
Kerana tidak dapat menerima hal ini, kerajaan Soviet akhirnya merobohkan rumah tersebut pada 1970-an - namun ramai lagi yang terus datang, dan satu salib kayu yang biasa telah diletakkan di atas runtuhan rumah yang dirobohkan, dan diganti setiap kali ia diturunkan.
Akhirnya, selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, pembinaan sebuah gereja untuk memperingati pengorbanan keluarga tersebut dimulakan. Kini, Gereja All Saints di Yekaterinburg adalah tapak penting kepada beratus dan beribu penganut setia agama Rusia Orthodox – yang, sejak 1980-an, menganggap kesemua ahli keluarga Romanoff sebagai orang suci.
Ujian DNA
Puteri Anastasia Nikolaevna dan Tsarevich Alexei Nikolaevich dari Rusia di Istana Livadia
Bertahun berlalu selepas keluarga Romanoff dibunuh, tanah perkuburan keluarga itu dijumpai – dan dirahsiakan daripada kerajaan komunis Rusia. Pada tahun 1991, selepas kejatuhan USSR, kubur keluarga ini digali, dan ujian DNA menunjukkan ia mengandungi 9 mayat; Tsar dan Tsarina, 3 adik-beradik perempuan Romanoff, dan 4 daripada pengiring mereka… tapi tiada tanda Tsarevich dan salah seorang kakandanya.
Ini, bersama dengan khabar angin mengatakan bahawa Anastasia dan Alexei berjaya melarikan diri, telah memberikan harapan kepada orang ramai bahawa keluarga itu masih ada ahli yang hidup. Namun begitu, pada tahun 2007, sebuah kubur tambahan ditemui, dan ujian DNA menunjukkan mayat budak lelaki berumur sekitar 13 tahun dan budak perempuan sekitar 17 tahun yang digali keluar berhubung rapat dengan keluarga Romanoff.
Alexei dan Anastasia sekarang dikebumikan bersama ahli keluarga mereka yang lain di Saint Petersburg di dalam Katedral Saint Peter dan Paul.
Nicholas II dan anak lelakinya, Alexei
Nicholas II dan keluarganya di Yevpatoria
Nicholas II, Stolypin dan perutusan Yahudi
Tsar Nicholas II dan pengiringnya di taman
Puteri Olga, Tsar Nicholas II, Puteri Anastasia, dan Puteri Tatiana
Alexei Nikolaevich and Tataiana Nikolaevna under House Arrest
Eugene Botkin
Anna Stepanovna Demidova
Alexei Trupp
Ivan Kharitonov
Puteri Maria
Puteri Tatiana dan Bondanya
Nicholas II, Alexei, Tatiana dan Nikita
Epic Sejarah: Runtuhnya Kekaisaran Rusia. Nasib Tsar Lebih Tragis dari Puyi!
Kaisar terakhir Rusia beserta seluruh keluarganya, berakhir dalam sebuah eksekusi yang dilakukan rezim komunis Rusia. Mereka dibantai dan jenazahnya disembunyikan. Baru setelah rezim komunis Soviet tumbang, kuburan massal keluarga kaisar Rusia ditemukan. The coronation of tsar nicholas II. #TSAR
AKHIR MENYEDIHKAN KELUARGA ROMANOV, TERNYATA ULAH TSAR NICHOLAS II?! #CERITA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah Revolusi dan Pembentukan Negara Republik Rusia
Sejarah Revolusi Rusia : Lahirnya Republik Sosialis pertama di dunia
Revolusi Rusia pada 1917 adalah sebuah gerakan politik di Rusia yang memuncak pada tahun 1917 dengan penggulingan pemerintahan provinsi yang telah mengganti sistem Tsar Rusia, dan menuju ke pendirian Uni Soviet, yang berakhir sampai keruntuhannya pada 1991.
Revolusi ini dapat dilihat dari dua fase berbeda:
Yang pertama adalah Revolusi Februari 1917, yang mengganti otokrasi Tsar Nicholas II Rusia, Tsar Rusia yang efektif terakhir, dan mendirikan republik liberal.
Fase kedua adalah Revolusi Oktober yang diinspirasikan oleh Vladimir Lenin dari partai Bolshevik, memegang kuasa dari Pemerintahan Provinsi. Revolusi kedua ini memiliki efek yang sangat luas, memengaruhi daerah kota dan pedesaan. Meskipun banyak kejadian bersejarah terjadi di Moskwa dan Saint Petersburg, ada juga gerakan di pedesaan di mana rakyat jelata merebut dan membagi tanah.
KISAH TRAGIS!!! Fakta Tentang KOLCHAK Pemimpin Tentara Putih Anti KOMUNIS Bolshevik!!!
Alexander Vasilyevich Kolchak (bahasa Rusia: Алекса́ндр Васи́льевич Колча́к, lahir di Saint Petersburg, Kekaisaran Rusia, 16 November 1874 – meninggal di Irkutsk, Rusia Soviet, 7 Februari 1920 pada umur 45 tahun) adalah seorang penjelajah kutub dan komandan Angkatan Laut Kekaisaran Rusia, yang terlibat dalam Perang Rusia-Jepang dan Perang Dunia Pertama. Selama Perang Saudara Rusia, ia mendirikan sebuah pemerintahan anti-komunis di Siberia—kemudian disebut Pemerintahan Sementara Seluruh Rusia—dan diakui sebagai "Penguasa Tertinggi dan Ketua Komandan Angkatan Laut dan Darat Seluruh Rusia" oleh para pemimpin lainnya dari Gerakan Putih dari 1918 sampai 1920.[1] Pemerintahannya berbasis di Omsk, barat daya Siberia.
Revolusi KOMUNIS Melahirkan Negara Sosialis Palu Arit Pertama di Dunia #PJalanan
Pada 7 November 1917 (atau 25 Oktober menurut kalender Rusia lama), tepat hari ini 101 tahun lalu, Revolusi Bolshevik mulai meletus. Para buruh dan tentara yang lelah berperang menduduki kantor-kantor pemerintahan di Petrograd (kini Saint Petersburg) dan malam keesokan harinya merebut Istana Musim Dingin, benteng terakhir Pemerintahan Provisional yang delapan bulan sebelumnya menggulingkan Tsar
PAHLAWAN! Jasadnya Pun Diawetkan! Biografi dan Fakta Menakjubkan Vladimir Lenin, Pendiri Uni Soviet
Siapa yang tak mengenal sosok karismatik satu ini. Vladimir Lenin, dikenal dunia sebagai arsitek ulung dalam dunia politik, sekaligus pendiri republik sosialis pertama di dunia, Uni Soviet. Semangatnya yang berapi-api saat berorasi, seringkali disandingkan dengan Karl Marx, namanya bahkan dijadikan sebagai ikon ideologi politik yang dikenal sebagai marxisme-leninisme, meski Lenin sebenarnya pernah mengaku kalau dirinya lebih Marxis dari Karl Marx. Tanpa perlu berlama-lama lagi, Data Fakta akan mengulas sepak terjangnya hanya untuk kalian. Simaklah!
Menurut teori konspirasi :
Mengejutkan! Inilah Penyebab Rusia Runtuh
Assalammualaikum semuanya, Tragedi kemanusiaan yanng mengiringi runtuhnya Kekaisaran Rusia memang memilukan. siapakah yang bermain dibalik keruntuhan Rusia dan berdirinya Uni Soviet? (sila tonton video sehingga habis)
Bagaimana Soviet Boleh Runtuh
Deskripsi daripada APHD Channel : Bagaimana Soviet Boleh Runtuh
Pada tahun 1922-1991, Soviet Union atau USSR adalah negara terbesar di dunia, yang mempunyai
jumlah keluasan lebih daripada 22 juta km² iaitu hampir 1/6 dari keluasan tanah di bumi. Pada tahun-tahun akhir kewujudan Soviet Union ini terdiri dari 15 negara republik sosialis:
- Armenia,
- Azerbaijan,
- Belarus,
- Estonia,
- Georgia,
- Kazakhstan,
- Kyrgyzstan,
- Latvia,
- Lithuania,
- Moldova,
- Russia,
- Tajikistan,
- Turkmenistan,
- Ukraine, dan
- Uzbekistan, dengan Moskow sebagai ibu negara.
Populasinya adalah seramai lebih 290 juta orang yang terdiri dari lebih seratus bangsa berlainan. Soviet Union telah runtuh dan agak sukar untuk dibuat kesimpulan utama, sebab kerajaan hebat dunia ini boleh runtuh, kerana ianya sangat kompleks dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Pada 25 Disember 1991, bendera Soviet dikibarkan buat kali terakhir di Kremlin, Moscow. Walaupun begitu, video kali ini, kami akan membawa anda melihat, bagaimana detik kejatuhan Soviet Union selamanya.
Teruskan menonton
Perang Saudara Rusia
Nicholas II, Tsar atau raja terakhir telah jatuh dari takhtanya pada Febuari 1917. Pada 16 dan 17 Julai 1918, Bolsheviks yang mengetuai pemberontakan telah menghukum Tsar sampai mati dan kesemua ahli keluarga diraja itu. Perang saudara di Russia bukan terhenti setakat itu sahaja akan tetapi beberapa lagi siri peperangan berlanjutan sehingga ia berakhir pada 1921 dan menyaksikan hampir 20 juta orang yang telah terkorban, tidak kira melalui peperangan atau kebuluran akibat perang itu sendiri.
No comments:
Post a Comment