Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 25 January 2021

BATA

Bata bukan Jenama Malaysia


Gambar 1 : Logo jenama Bata

Admin percaya ramai rakyat Malaysia pernah memiliki sekurang-kurangnya sepasang kasut jenama Bata dalam zaman persekolahan. Sehingga hari ini, ramai antara kita merasakan kasut Bata adalah jenama Malaysia. Betul tak?


Gambar 2 : Tomas Bata (1876-1932) adalah salah seorang daripada 3 orang pengasas Syarikat Bata

Kisah sebenarnya, kasut BATA bukanlah jenama Malaysia. Syarikat kasut T&A. Bata adalah peniagaan keluarga yang dimulakan oleh 3 adik-beradik yang bernama Tomas Bata, Anna Bata dan Antonin Bata pada tahun 1894.
Keluarga mereka merupakan generasi keluarga tukang kasut di kawasan luar bandar Zlin, di antara negara Republik Czech dan Slovakia.
Ketiga-tiga adik-beradik ini telah menggantikan bengkel tradisional dan memperkenalkan penggunaan mesin pada tahun 1897. Mereka telah berjaya membuatkan jenama Bata menjadi pengeluar kasut secara besar-besaran.
Pada tahun 1899, kedai kasut pertama dibuka dan Bata Shoe Company (Malaya) Limited berjaya didaftar pada tahun 1957.

Gambar 3 : Perubahan rekabentuk Logo Syarikat Bata sejak dari tahun 1894 sehingga kini (sejak tahun 2000) yang telah digunapakai

Tambahan, jenama Bata boleh didapati di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia. 35,000 orang pekerja berkhidmat dengan syarikat tersebut dan 5,300 buah kedai terdapat di seluruh dunia menjadikan Bata jenama kasut antara yang terbesar di dunia.

Gambar : Jenama Bata yang dijual di Malaysia

Akhir sekali, admin ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Bata bukanlah jenama Malaysia.
Dalam kegawatan ekonomi ini, kita sepatutnya menyokong Jenama Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...