Gambar : Logo rasmi LUNO
A. Siaran Media Crypto
Siaran Media Crypto ini merangkumi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Matawang Digital iaitu Bitcoin dan juga alternatif coins ataupun Altcoins. Tajuk ini juga merangkumi ruang melalui harga penawaran di dalam pasaran semasa.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
CARA MENDAPAT KEUNTUNGAN SEGERA DI ATAS KENAIKKAN HARGA BITCOIN DI LUNO EXCHANGER
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
26 Ogos 2020 : Kajian Harga Pasaran Semasa Ethereum di LUNO
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera semua.
Sedikit perkongsian pada hari ini berkenaan kajian tentang harga pasaran dalam sistem trading LUNO yang mengikut harga pasaran semasa.
Di bawah ini disertakan faktor-faktor yang mempengaruhi turun dan naik harga cryptocurrency pada harga pasaran semasa sejak dahulu sehingga kini.
Analisa ini dikeluarkan hasil daripada penelitian dan kajian oleh pakar-pakar trading kadar tukaran matawang asing (forex) dan juga cryptocurrency.
Sila baca dan fahamkan untuk lebih pengetahuan lanjut.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulang Siar
Arkib : 19 Ogos 2018
5 faktor utama yang mempengaruhi harga Bitcoin di pasaran semasa
1. Jumlah Bitcoin dan pemegang Bitcoin
Jumlah Bitcoin terhad pada 21 juta, dan ia tidak dikeluarkan sekaligus. Sekarang sudah ada sebanyak 16 juta Bitcoin yang dikeluarkan dan lebih 14 juta orang memiliki BTC dalam wallet mereka. Oleh kerana pengeluaran Bitcoin sudah ditetapkan, orang ramai yang berkejar-kejar ingin mendapatkannya menyebabkan harga Bitcoin naik.
2. Permintaan dan Bekalan (Demand and Supply)
Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah faktor utama harga Bitcoin naik dan turun. Menurut teori ekonomi ini, apabila terdapat inelastic supply atau bekalan yang tidak berubah, perubahan permintaan mempengaruhi harga.
Senang cerita, semakin dekat jumlah Bitcoin dalam peredaran dengan hadnya iaitu 21 juta, kemungkinan besar masa itulah kita akan melihat harga Bitcoin naik berlipat kali ganda.
3. Keadaan politik dan ekonomi seluruh dunia
Baru-baru ini berita tentang penerimaan Bitcoin sebagai matawang alternatif oleh Jepun sedikit sebanyak memberi impak positif di seluruh dunia. Negara-negara lain juga banyak yang telah mula membuat penyelidikan tentang Bitcoin dan teknologi blockchain.
Seperti yang kita tahu, harga Bitcoin menurun apabila larangan jual beli Bitcoin dan pergantungan aktiviti platform pertukaran dibuat oleh kerajaan. Contohnya, negara China, Korea Selatan, India dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya. Harga matawang kripto naik apabila kerajaan Malta, Gibraltar dan Singapura dilihat menyokong pembangunan teknologi Blockchain.
Boleh dikatakan buat masa ini, reaksi daripada kerajaan memainkan peranan yang sangat besar dalam pasaran matawang kripto.
4. Berita dan reaksi pembaca
Berita-berita berkaitan Bitcoin tidak kira positif atau negatif merupakan sumber utama bagi pengguna dalam urusan jual beli Bitcoin. Contohnya, berita tentang Mt Gox atau penangkapan Ross Ulbricht telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh kerana permintaan yang jatuh. Lihat sahaja kenaikan harga Bitcoin yang mencecah hampir $20,000 ketika berita tentang perdagangan Bitcoin futures contract disebarkan di media sosial.
5. Isu teknikal
Memandangkan Bitcoin dicipta berasaskan open source code, sesiapa sahaja boleh melihat kod Bitcoin. Update baru untuk menyelesaikan isu-isu dalam kod tersebut juga mempengaruhi permintaan terhadap Bitcoin. Tambahan pula, serangan-serangan siber yang berjaya ke atas sistem tersebut juga boleh menjatuhkan harga Bitcoin. Contohnya pada Ogos 2016, hackers yang menemui kelemahan sekuriti di Bitfinex telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh.
Kesimpulan
Seperti post sebelum ini, ramalan jangka panjang Bitcoin kelihatan amat positif. Tetapi agak sukar untuk menjangka turun naik harga Bitcoin dalam jangka masa pendek kerana faktor-faktor yang telah diceritakan di atas.
Bacaan selanjutnya boleh dirujuk dari sumber di sini :-
#info #fakta #sejarah #bitcoin #intro
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Di bawah ini adalah contoh harga pasaran bagi ETH (ethereum) yang pernah direkodkan di sini untuk rujukan semua.
Gambar 1 : 06 Februari 2020. ETH 0.5906 = MYR 489
Gambar 2 : 07 Februari 2020. ETH 0.5906 = MYR 527
Jumlah ETH 0.5906 (yang sama) akan tetapi nilai yang berbeza (rujuk pada gambar 1 dan 2)
Gambar 3 : 26 Julai 2020. ETH 0.4197 = MYR 532
Contoh nilai ETH 0.4197 < ETH 0.5906. Jumlah yang sedikit tapi mengikut harga yang tinggi dalam pasaran semasa.
Gambar 4 : 26 Julai 2020. Kenaikan sebanyak +4.35% bagi 1 ETH / MYR 1,269 pada harga semasa ketika itu
Seterusnya, kita merujuk kepada perkongsian testimoni salah seorang daripada ahli group WhatsApp, Cryptoversity (CGC) [https://chat.whatsapp.com/17hNKXJocHPLLhZUq38cAr] iaitu Tuan Haji Abd Razak.
Gambar 5 : ETH 3.18 = MYR 11,732. Nilai 1 ETH / MYR 3,689 (2016)
Berdasarkan gambar di atas, Nilai 1 ETH / MYR ialah sejumlah RM3,689. Selain itu, pernah juga direkodkan harga pasaran semasa untuk satu unit ETH pernah melepasi RM5,000 per unit!
Oleh itu, perkongsian tadi telah menunjukkan bahawa harga semasa ini telah dipengaruhi oleh harga tawaran ketika itu. Justeru itu, bagi para trader untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar, maka, mereka akan buat aktiviti jualan bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda apabila harga permintaan telah melebihi daripada harga pasaran semasa.
Gambar 6 : ETH price @ 26th August 2020. 1 ETH / MYR 1,641
Jika jumlah ETH 3.18 tadi diambil kira dengan nilai 1 unit ETH pada hari ini (26 Ogos 2020), maka nilainya cuma RM5,218.38 sahaja. Ini adalah sama sekali berbeza pada harga pasaran semasa ketika tahun 2016 iaitu nilainya telah direkodkan sejumlah RM11,732 ! untuk ETH 3.18.
Sekian
BiTX LUNO : Telegram Channel - [https://t.me/jointchat/AAAAAEzTeUtjpbPrV7NFKw]
No comments:
Post a Comment