Farkhunda Malikzada.
- 5 tahun lepas di Kabul, Afghanistan.
- Di hadapan sebuah masjid, beliau bergaduh dengan tok siak masjid.
- Sudahnya tok siak itu melaungkan bahawa Farkhunda telah membakar Al-Qur'an.
- Laungan itu didengari orang berdekatan.
- Mereka yang cintakan Al-Quran marahkan Farkhunda.
- Orang makin berkumpul, memarahi Farkhunda.
- Kemarahan mereka mengelabukan kewarasan mereka.
- Mereka pukul Farkhunda.
- Pukul pukul dan pukul.
- Polis cuba tenangkan keadaan namun tidak berjaya. Orang makin ramai datang, kedengaran wanita ini menghina Al-Quran. Ada juga yang kata dia tali barut Amerika.
- Keadaan jadi semakin teruk.
- Farkhuna dipukul dipijak dibaling kayu.
- Dilanggar kereta sehingga terheret 200 meter.
- Farkhunda terkorban.
- Mayatnya masih dipukul. Dihentak dengan batu besar. Dibakar. Tak berjaya sebab tubuh Farkhunda berlumuran darah. Mereka pakai baju-baju mereka untuk dijadikan bahan bakar.
- Takbir dilaungkan berkali-kali dengan terbunuhnya seorang yang membakar Al-Quran.
- Peristiwa ini disaksikan beratus orang. Mereka rakam peristiwa ini dengan handphone masing-masing dan muatnaik ke Facebook.
- Ada polis keluarkan kenyataan, nyatakan kekesalan perkara ini berlaku tapi hukuman bunuh kepada penghina Al-Quran adalah wajar.
- Khutbah-khutbah Jumaat bergema memuji hukuman kepada Farkhunda.
- Namun, setelah siasatan dijalankan.
- Tidak adapun Al-Quran yang dibakar.
- Farkhunda pula bukanlah seorang yang benci Al-Quran. Beliau seorang pencinta Al-Quran. Lepasan madrasah. Sedang menghafal Al-Quran, hanya sedikit sahaja lagi lengkapkan hafalan. Telah mendaftarkan ke universiti untuk melanjutkan pelajaran agama. Bercita-cita untuk menjadi seorang hakim.
Jadi kenapa ini boleh berlaku?
Ada sesuatu yang dibakar. Tetapi yang dibakar itu bukan Al-Quran, yang dibakar itu tangkal azimat yang di dalamnya terdapat tulisan-tulisan parsi.
Ya, Farkhunda bergaduh dengan tok siak itu, kerana tok siak itu kerjanya menjual tangkal-tangkal azimat. Farkhunda kata amalan ini bertentangan dengan Islam.
Farkhunda ingin memartabatkan Islam, sudahnya beliau terkorban dan dituduh sebagai penghina Al-Quran.
Kredit : Muhammad Haniff Bin Khalid (Abu Dihyah)
Sumber tulisan : https://en.m.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Farkhunda_Malikzada
https://www.facebook.com/1062394337117579/posts/3666643856692601/
No comments:
Post a Comment