Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 8 September 2020

...JALUR GEMILANG


Jalur Gemilang (Video Lirik)


Jalur Gemilang
Pencipta : Pak Ngah Suhaimi, Senikata : Siso
Gubahan : Pak Ngah, Penyanyi : Swara

Terbitan : Pak Ngah Production

Merah mu bara semangat waja
Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang di bawah naungan mu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang megah kami terasa
jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah, Berkibarlah, Berkibarlah
Jalur gemilang

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jom kenal sedikit latar belakang negara MALAYSIA, INDONESIA dan SINGAPURA Juga asal-usul bendera UMNO, PAS dan JALUR GEMILANG. Ulasan oleh Dr. Hafidzi Mohd Nor. 

----------------------------------------------------------------------------

Dr. Hafidzi, 2011 - "Jalur merah dan putih boleh dikesan sejak zaman Empayar Majapahit (kurun ke 7 - 14M. Bahkan Sri Vijaya juga dikesan menggunakan bendera yang berwarna merah dan putih tetapi dalam bentuk matahari terbit (macam bendera Imperial Japan - bendera Jepun zaman Perang). Dan ada juga sumber yang menunjukkan bendera Sri Vijaya ada lambang Swastika (Hindu) dan Ying Yang (Buddha) - Wallahu a'lam.

Apabila Islam menjadi anutan dan kerajaan Majapahit diwarisi oleh Kerajaan Islam Demak, warna puteh dan merah itu kekal tetapi diberi tafsiran Islami (oleh Prof Ahmad Mansur Suryanegara) yang mengaitkannya dengan perang khandak dan cahaya puteh dan merah yang terpancar apabila batu besar yang diketuk oleh Nabi S.A.W menggambarkan Istana Merah (Kisra) dan Istana Puteh (Kaisar).

Para ulama sufi mengibarkan jalur puteh dan merah pada menara masjid pada zaman penjajahan Belanda sebagai tanda protes. SI (Sarikat Islam) juga menggunakan dua warna ini (merah dan puteh) di samping lambang banteng (lembu seladang). Sebab itu warna merah puteh ini terus memberi inspirasi kepada umat di nusantara untuk melakarkan bendera berdasarkan kepada corak asal Sang Saka (saka maksudnya yang diwariskan sejak zaman berzaman).

Kerana itu PAS dan UMNO juga menggunakan bendera Merah Puteh, begitu juga PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya), Singapura yang asalnya sebahagian dari Kerajaan Johor Riau sehingga di serahkan kepada Stanford Raffles pada tahun 1809 juga menggunakan bendera Merah Puteh. Setakat itu ulasan saya. (tentang Jalur gemilang - samada ia juga mengambil contoh dari bendera Majapahit yang asal tidaklah saya pasti, wallahu a'lam)"

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...