Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 7 September 2020

Pernah nampak tak...?


Pernah nampak tak gambar yang sedih ni?

Gambar ini sebenarnya gambar seorang budak lelaki yang tengah kendong adik dia yang dah mati. Gambar ni diambil oleh Joe O’Donnell, seorang jurugambar Tentera Laut U.S yang ditugaskan untuk mengambil gambar kemusnahan Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Diambil di Nagasaki, budak lelaki yang tak berkasut ni tengah berdiri menunggu giliran pengebumian adiknya. Dia yang berdiri tegak dengan gaya tentera, beserta memek muka yang berusaha untuk menjadi berani adalah sesuatu yang amat menyayat hati sesiapapun.

Kata Joe O'Donnell👇

Lelaki bertopeng putih menghampiri budak lelaki itu dan dengan senyap, melepaskan tali yang memegang bayi tersebut.

Ketika itulah saya melihat bahawa bayi itu sudah mati. Lelaki itu mengangkat bayi dan meletakkannya di atas api. Budak lelaki itu berdiri tegak tanpa bergerak, sambil memerhatikan api menyambar adiknya.

Budak itu menggigit bibir bawahnya dengan kuat sehingga kelihatan darah mengalir. Api semakin perlahan. Budak lelaki itu menoleh dan dengan perlahan, berlalu pergi.”

Kredit kepada #Faktanenek

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...