Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 16 September 2020

Hari Kemerdekaan Malaysia


Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Peristiwa Pada 31 Ogos 1957 & 16 September 1963

  • 31 Ogos 1957

31 Ogos 1957 Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan 'Negaraku'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


Pesawat yang dinaiki Tunku semasa mendapatkan kemerdekaan


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


10 Fakta Unik Mengenai Malaysia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PENCIPTA DAN PENYANYI ASAL LAGU TANGGAL 31

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka, Merdeka, tetaplah Merdeka ia pasti menjadi sejarah.

Itulah antara lirik lagu Tanggal 31 yang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia apabila setiap kali tarikh 31 Ogos menjelang pada setiap tahun.

Masyarakat kini mungkin mengetahui lagu tersebut telah dinyanyikan dan dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tetapi tahukah anda siapakah pencipta dan penyanyi sebenar lagu patriotik ini? 

Tanggal 31 adalah lagu yang dicipta dan dinyanyikan terlebih dahulu oleh seorang penyanyi dan pencipta lagu yang berasal dari Indonesia yang kemudiannya telah mendapat taraf permastautin tetap di negara ini pada tahun 1979. Penyanyi tersebut adalah Ahmad Chass Barra yang lebih dikenali sebagai Ahmad C.B

Ahmad C.B dilahirkan di Medan pada tahun pada 20 Ogos 1915. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu pada 1945 mengikut persembahan kumpulan bangsawan. Beliau juga yang mempelawa band Teruna Sekampung dan P.Ramlee untuk membuat persembahan bersama kumpulan bangsawan yang diasaskan olehnya bernama Rayuan Asmara.

Antara lagu yang pernah dirakamkan oleh Ahmad C.B seperti Kachang Goreng, Rentak 106, Melayu Raya, Cincin Belah Rotan dan beberapa lagi lagu yang lain. Ahmad C.B meninggal dunia pada tahun 1997 di rumahnya, di Indonesia.

Teks : HAR

Sumber : 
Gelanggang Film, Ogos 1959
Arkib Negara Malaysia


-----------------------------------------------------------------------------------------------
  • 16 September 1963

Watikah Pemasyhuran Malaysia 16 September 1963 ditulis dalam tulisan Jawi dan dimulakan dengan "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani".
SELAMAT HARI MALAYSIA
Malaysia Negara Islam
Melayu dan Jawi Identiti Nasional
  • Ya Rabb, peliharalah negara kami.. Bebaskanlah bumi Palestin dan selamatkanlah semua saudara kami yang tertindas.. Aaminnn..

Batu Sumpah Keningau: Janji Penting Pembentukan Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=cNGpRtdGgwc

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembagaan :-
  1. Ugama bebas dalam Sabah
  2. Tanah-tanah dalam Sabah dikuasa oleh Kerajaan Sabah
  3. Adat istiadat anak Rakyat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh kerajaan
Sebalik pula Rakyat-rakyat Sabah di dalam interior bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia


SEJARAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tanah Bangsa Melayu (MALAYSIA)
https://youtu.be/Jwgy3Ps_Dik

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sejarah Menarik Malaysia Yang Telah Lama Dilupakan



Saluran Infotainment Paling Aktif Di Youtube, Video Menarik Pada Setiap Hari Isnin Sehingga Jumaat, 2 Video Sehari.
➔ Tonton Juga
🔥 Kupi Kupi Fakta : http://bit.ly/KKFKTA
🔥 Mini Dokumentari : http://bit.ly/MINIDOK
🔥 Kupi Kupi Seram : http://bit.ly/KKSERM
➔ Laman Sosial
🔥 Website : http://bit.ly/KKG0WEB
🔥 Instagram : http://bit.ly/KKG0IGM
🔥 Facebook : http://bit.ly/KKG0FB
🔥 Twitter : http://bit.ly/KKG0RT
✌ "Menarik Setiap Hari" ✌

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Mengikut Rasul Dan Yakin Kepada Allah (MERDEKA)



Malays gave up the country name ' Tanah Melayu' in 1963


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...