Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 7 September 2020

𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀 𝐃𝐈𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊-𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊

Arkib : 04 Ogos 2018


Al-fatihah (dengan bacaan) buat wira negara yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950

Hari ini genap 70 tahun peristiwa Komunis menyerang Bukit Kepong yang mengorbankan 22 anggota polis termasuk polis tambahan. 

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat wira negara yang terkorban.Semoga diampunkan dosa-dosa mereka, diluaskan kuburan mereka, diterangkan seterangnya kuburan-kuburan pahlawan negara ini.

👉HARI INI DALAM SEJARAH👈
👉23 HB,FEBRUARI 1950👈
👉GENAP 70 TAHUN PERISTIWA SERANGAN KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPONG👈
🤲INNALILAHIWAINNAHIRAJIUN, AL FATIHAH, AAMIIN YA ROBBALAALAMIIN🤲
🤲BUAT ALLAHYARHAM SARJAN JAMIL DAN SEMUA ANGGOTA/ISTERI/ANAK-ANAK POLIS SERTA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT KEPONG YANG TERKORBAN BAGI MEMPERTAHANKAN TANAH AIR YANG TERCINTA🤲
🤲DI DOAKAN SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA🤲


Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong ialah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi (Waktu Malaysia Barat, jika sekarang 5.30 pagi - waktu yang telah diselaraskan bersama-sama Semenanjung, Sabah dan Sarawak sekarang) pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 19 orang anggota polis dan sejumlah 40 tentera komunis telah terkorban.

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum Subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam pertumpahan darah di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka :
  • Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan ;
  • Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai polis tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara tersebut diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu, terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabel polis khas dan empat polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Menurut saksi, terdapat sekitar 180 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", serangan tersebut diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun Komunis Melayu. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng : New light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 4.15 pagi. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.

Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5.00 pagi, pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran di kawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7.00 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya tiga orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.


Antara gambar yang menunjukkan mayat anak dan isteri anggota Polis Bukit Kepong yang dibakar oleh pasukan dipimpin oleh Pengganas Chin Peng

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (suaminya adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari Balai Polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbang, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk Texas berhadapan dengan cabaran yang hebat daripada tentera Mexico dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Mereka Yang Terselamat :

Anggota Polis
  1. Mata-Mata 10533 Othman bin Yusoff (meninggal);
  2. Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud (meninggal);
  3. Mata-Mata Tambahan 3472 Ahmad bin Khalid (meninggal);
  4. Mata-Mata 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
  1. Mariam binti Ibrahim - isteri Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
  2. Zainun binti Muhamad - anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
  3. Abu Samah bin Muhammad - anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
  4. Zaleha binti Muhamad- anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
  5. Jamilah binti Abu Bakar - anak perempuan Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
  6. Hussain bin Abu Bakar- anak lelaki Mata-Mata 37 Abu Bakar bin Daud
  7. Fatimah binti Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Mata-Mata Hassan Osman
  8. Pon binti Khalid - isteri Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
  9. Fatimah binti Tuani - isteri Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
  10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah

The engagement has claimed 25 lives of 14 police personnel, five members of the Auxiliary Police (AP), two wives, two children and two villagers. While the four members have got seriously injured. The communists had burned a police station, police barracks and the police personnel who were killed. This tragedy continues to be the backbone of our country's history as it is one of the most violent attacks on the police and show the sacrifices made by each member and family in defending their dignity, religion and race.

Mereka yang gugur dalam pertempuran


Antara gambar anggota polis yang terkorban dan tercedera

Anggota Polis
  1. Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
  2. Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
  4. Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
  5. Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
  6. Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
  7. Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
  8. Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  9. Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
  10. Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
  11. Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
  12. Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
  13. Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
  14. Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan / Auxiliary Police
  1. AP 2130 Samad bin Yatim
  2. AP 1912 Mahmud bin Sa'at
  3. AP 1925 Ali bin Akob
  4. AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
  2. Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
  3. Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  4. Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  5. Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP 2098 Redzuan bin Alias
  2. Embong bin Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng

-----------------------------------------------------------------------------------------------


TRIVIA – FILEM BUKIT KEPONG: KARYA PATRIOTIK JINS SHAMSUDDIN


Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.

TRIVIA – FILEM BUKIT KEPONG: KARYA PATRIOTIK JINS SHAMSUDDIN

Filem Bukit Kepong mengambil daripada kisah sebenar serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor pada tahun 1950. Kisah kekejaman komunis yang penuh tragis ini sangat menyedihkan dan ia kemudiannya diangkat ke layar perak.

Bukit Kepong, diterbitkan pada tahun 1982 di bawah syarikat Jins Shamsuddin Productions adalah sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh bekas Ahli Dewan Negara Tan Sri Jins Shamsudin. Filem ini turut dibintangi oleh beliau sendiri, A. Rahim, Hussein Abu Hassan dan ramai lagi pelakon tambahan.

Filem bergenre sejarah berdurasi 1 jam 47 minit ini telah ditayangkan kepada umum pada tahun yang sama. Kos pembikinan filem Bukit Kepong menelan belanja sebanyak RM1.3 juta dan merupakan filem termahal dalam dekad 80-an. Filem ini memperoleh kutipan sebanyak RM1.7 juta selepas tayangan di pawagam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Saya Sendiri Duduk Di Bukit Kepong Setahun Untuk Hasilkan Filem" - Tan Sri Jins Shamsudin


KUALA LUMPUR, 13 Sept -- Dakwaan bahawa filem Bukit kepong sebagai sebuah filem mengikut acuan UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu disanggah sepenuhnya oleh pengarah filem tersebut, Tan Sri Jins Shamsuddin.
Sebaliknya menurut Tan Sri Jins Shamsuddin kajian menyeluruh dilakukan dalam menerbitkan Filem Bukit Kepong itu termasuk mendapat bantuan penduduk kampung, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera selain pihak Polis.
"Saya telah diminta oleh Tun Haniff Omar, ketika itu dia Ketua Polis Negara yang mencadangkan kepada saya untuk membuat filem Bukit Kepong, kerana sebelum itu, dia ada juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain tetapi kos untuk membuat filem ini terlalu mahal.
"Saya telah membuat penyelidikan rapi termasuk menemubual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis," katanya secara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.

Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif dan arahan UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.

"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis," tambahnya lagi.
Ujarnya, filem Bukit Kepong ini merupakan filem berkisarkan pada sejarah negara serta penyelidikan bukan secara suka-suka hati.
Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.
"Saya sedih dan kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.

"Sebaliknya pengorbanan 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan berdarah inilah yang kita boleh ibaratkan sebagai hero sebenar. Saya juga ingin berpesan kepada generasi muda agar jangan lupa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, jasa pejuang-pejuang terdahulu yang hari ini, kita nampak hasilnya dengan hidup aman damai, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya lagi. - MediaUMNO

P/S : Menurut Allahyarham Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin, kos pembuatan filem "Bukit Kepong" dianggarkan dalam RM300k, akan tetapi telah berjaya mendapatkan kutipan sebanyak RM1.7 Juta sewaktu filem ini ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Oleh itu, beliau telah menyerahkan RM1 Juta kepada PDRM dan selebihnya beliau ambil dengan untung sebanyak RM400k. Memang berbaloi apabila filem ini dihasilkan. Ini adalah kerana beliau buat kajian/penyelidikan dan telah pun menetap di Bukit Kepong selama SATU TAHUN. Pengajarannya dari sini ialah jikalau kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, inshaa Allah, ianya akan berkesan di hati penonton sehingga ke hari ini. Sebagai penutup, suara latar belakang penyanyi, iaitu Allahyarhamah Puan Sri SALOMA turut meninggalkan kesan yang mendalam buat para penononton. Hanya di Filem BUKIT KEPONG. Wallahua'lam. Al-Fatihah (dengan bacaan) kepada insan yang telah meninggalkan kita semua di dalam peristiwa tersebut. Aamiin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SEJARAH BUKIT KEPONG YANG TIDAK PERNAH DILUPAKAN

Setiap kali datangnya tarikh keramat 23 Februari, ingatan tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan ibu dan adik tetap segar dalam lipatan sejarah seorang warga emas dari Bandar Baharu Uda, Johor Baharu.

Telah lama tragedi itu berlaku, bagi Jamilah Abu Bakar ia diibarat seperti baharu semalam berlaku dan kenangan pahit itu tidak akan dilupakannya selagi hayat dikandung badan.

Dalam tragedi itu, bapanya Koperal Abu Bakar Daud cedera parah apabila dadanya ditembusi peluru komunis manakala ibunya Fatimah Yaaba dan adiknya Hussin yang berumur dua tahun mati dalam keadaan berpelukan akibat ditembak komunis.

Jamilah yang sesekali menyeka air matanya berkata ketika itu dia baru berumur empat tahun dan masih mengingati kejadian menyayat hati itu dan juga daripada apa yang diceritakan oleh bapanya.

Pada 23 Feb 1950, kira-kira pukul 5 pagi itu, Balai Polis Bukit Kepong di sini diserang segerombolan kira-kira 200 pengganas komunis semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Serangan pengganas komunis itu telah mengorbankan 14 anggota polis, empat isteri anggota polis, seorang anak polis dan enam polis bantuan (AP).

"Saya lihat bapa saya tersandar di dinding kerana tembakan itu manakala ibu dan adik mati berpelukan dan keadaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata akibat serangan komunis," katanya.

Jamilah berkata dirinya kemudian diheret ke sebuah parit di luar balai polis dan nyawanya ketika itu diibarat seperti `telur di hujung tanduk' apabila seorang komunis cuba untuk membunuhnya dengan benet.

"Alhamdulillah ketika nyawa hampir melayang kebetulan masa itu ada orang datang memberi bantuan," katanya dan menurutnya ketika diheret dia hanya mampu menangis dan meraung sekuat hati.

Katanya, selepas diselamatkan daripada menjadi mangsa tikaman komunis, dia bersama-sama penghuni berek lain yang terselamat dikurung di sebuah kedai runcit, dan semasa itu dia turut terkena peluru sesat di bahagian tangan kirinya.

Jamilah berkata, semasa kejadian bapanya berusia 35 tahun dan walaupun mengalami cedera parah tetapi diberikan umur yang panjang, selain seorang lagi adiknya, Hassan, iaitu kembar Hussin, juga terselamat tetapi mereka terpisah selepas kejadian tersebut.

"Adik saya Hassan pun sudah ditemukan semula," katanya yang berkeluarga dan dikurniakan enam cahaya mata.

Jamilah berkata, selepas peristiwa itu dia mengalami trauma manakala bapanya banyak termenung dan kurang bercakap, mereka kemudiannya berpindah ke Tanjung Surat sebelum bapanya menamatkan perkhidmatan di Johor Baharu.

Wanita itu juga berpesan kepada generasi muda agar mengenang kembali tragedi itu dan mempertahankan negara daripada diceroboh dan digugat keamanan yang dikecapi kini.


----------------------------------------------------------------------------------------

𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀 𝐃𝐈𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊-𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊

Saya melihat video wawancara bersama calon DAP yang merupakan cucu kepada seorang pengganas Parti Komunis Malaya dengan penuh jengkel dan menyedihkan.
  1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat wira Bukit Kepong Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.
  2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.
  3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.
  4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).
  5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.
  6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.
  7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.
  8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).
  9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.
  10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.
  11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.
  12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.
  13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam! Bukan hanya Mat Indera saja Melayu yang menjadi tali barut Komunis, tetapi juga ada Melayu-Melayu lain seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.
  14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Beliau bercerita tentang sahabat-sahabat polisnya dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.
  15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang Melayu seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.
  16. Kata-kata beliau terbukti benar.
  17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah diletakkan keturunan mereka sebagai calon pilihanraya dan dengan bangga mereka memuji datuk dan nenek mereka yang merupakan pengkhianat negara sebagai pejuang pula!
  18. Pujian-pujian sebegini serta usaha mengiktiraf para pengganas komunis ini seolah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.
  19. Para pejuang kemerdekaan kita sentiasa berusaha membebaskan negara kita dan mahukan kedaulatan negara ini terpelihara di bawah naungan Raja-raja Melayu. Komunis pula menentang dan memerangi Raja-raja Melayu. Mana mungkin kita menerima mereka ini sebagai pejuang? Dasar-dasar komunisme tidak memungkin negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Apakah ini sebabnya dikatakan oleh cucu komunis ini bahawa Malaysian Malaysia dekat di hatinya?
  20. Mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara sehingga mereka menyerah kalah pada 1989.
  21. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?
  22. Dan kini kita mengangkat pula anak cucu komunis ini sebagai calon pilihanraya? Malah tidak asing bagi para pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang kebebasan negara. 
  23. Benarlah kata Allahyarham Sarjan (R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.
  24. Dan kini keturunan mereka ini diletakkan pula sebagai calon PRU dengan sengaja. Seolah-olah diletakkan bagi mempertahankan, mendapat pengiktirafan dan membawa suara datuk dan nenek mereka kembali ke negara kita.
  25. Tidak hairanlah sekiranya mereka berkuasa, maka sejarah akan diubah. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan UMNO akan disebut sebagai perkakas British. Manakala mereka yang memerangi negara ini mengangkat senjata sehingga 1989 pula akan dikatakan sebagai pejuang kebangsaan yang sebenar!
Nauzubillahi min zalik!

Saya menulis artikel ini di atas kapasiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

- Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir

#NegaraKu 29 Januari 2019

Link asal : https://www.facebook.com/100013716131875/posts/577759556024577/?extid=1Mv8bjhIHo3nJBIF&d=n

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WACANA MERDEKA. PERISTIWA BUKIT KEPONG : SIAPA WIRA SEBENAR? 
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2011
JAM : 3 PETANG


Bukit Kepong, Siapa Wira Sebenar 1 - Prof Khoo Kay Kim



Bukit Kepong-Siapa Wira Sebenar 2 - Prof Khoo Kay Kim


Ucapan daripada Prof Dr. Ramlah Adam Mengenai Sejarah Komunis Di Malaysia

Tuan-tuan / Puan-puan, Saudara dan saudari,  

Dengarlah ucapan Prof Dr Ramlah Adam, menyentuh sejarah komunis di tanah air kita yang dikatakan menjadi ancaman negara dari dulu hingga sekarang. Pengaruhnya kini sudah berjaya meresap ke dalam pentadbiran negara, iaitu mereka sudah menjadi YB-YB di tanpa kita disedari. Bila dengar ucapan ini, nnti kita akan faham kenapa Mat Indera sebenarnya bukanlah 'hero', tapi adalah pengkhianat negara! 

Ayuh! mari sama-sama bangun berjuang menentang pengaruh komunis ini. Kita tidak rela lagi mati terkorban dicincang komunis. Ayuh bangun! Ayuh bangun! Malaysia adalah tanah air kita!


Bukit Kepong : Siapa wira Sebenar? -- Prof Ramlah Adam (part 1)



Bukit Kepong : Siapa wira Sebenar? -- Prof Ramlah Adam (part 2)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arkib : HARI KEBANGSAAN KE-62

INSIDEN BUKIT KEPONG LAMBANG KEBERANIAN PERWIRA NEGARA

"Kami orang polis tak akan menyerah diri..biarpun Bukit Kepong menjadi kubur kami."
Bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Tan Sri J.J Raj satu-satunya saksi peristiwa berdarah Bukit Kepong yang masih hidup berkongsi peristiwa berdarah yang mengorbankan perwira negara.

Ikuti laporan khas wartawan, Siti Khadijah Jaafar.


Saksi Peristiwa Bukit Kepong Kongsi Detik Tragis


KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR ARKIB


Gambar Balai Polis Bukit Kepong seperti yang digambarkan semula dalam filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Samurai dan Machine Gun 6.5 mm Komunis Bukit Kepong Di Pamerkan Bukti Kekejaman



Antara gambar yang sempat dirakamkan di Kompleks Balai Polis Bukit Kepong

Travelog ke Balai Polis Bukit Kepong dan pusara ahli yang terkorban

Utk dihubungi -Buzz di 👉🏻 Instagram : https://www.instagram.com/faizalroziv...

Voilin by Nisa Addina Jeritan Batinku 🎻

Lagu:Bahtera Merdeka
Cover by : Norda

Utk dihubungi -Buzz di 👉🏻 Instagram : https://www.instagram.com/faizalroziv...
Facebook pages And Merchandise :
Car Decal Stiker FRV logo 🚙🎴
Button badges ♠️♣️
Normal Stiker FRV Logo 🚙🛵🃏 Sampul Raya 🎇

Upcoming : Hoodies and Cap 🧢
Gear:Dji osmo zenmuse x3 with z-axis stablizer
Mic :Rode Micro
Drone :Phantom 3 standart
About this channel👉🏻 Kepada yang baru pertama kali mengikuti channel ini,channel ini menyajikan pelbagai contents seperti
☠️Eksplorasi ke bangunan Tinggal 👣Jejak lokasi Filem-filem lama 🧟‍♂️Short Filem Horror 🐲Myth ⚠️Konspirasi
🧢Dan pelbagai contents lain dari pelbagai sudut perspektif untuk tontonan Audience
👻Eksplorasi +Paranormal (Haunted) ⏱3am Challenge 👣Nostalgia 👣Urban legend 👨🏻‍💻Perkongsian Cerita Seram
Terima Kasih kerana mengikuti eksplorasi sehingga akhir 🙏🏻

AL-FATIHAH

Di awal hari Selasa 23 Februari 2021 genaplah 71 tahun di mana seramai 22 orang anggota Polis dari Balai Polis Bukit Kepong, bermati-matian mempertahankan Balai dan Berek mereka dari serangan lebih dua ratus orang pengganas komunis. Seramai 18 orang dari mereka gugur :
  • Sjn 3493 Jamil bin Mohd Shah
  • L/Kpl 7168 Jidin bin Omar
  • MM 8600 Jaafar bin Hassan
  • MM 7493 Mohamad bin Jaafar
  • MM 7862 Abdul Kadir bin Jusoff
  • MM/T 3475 Mohd Tap bin Lazim
  • A/P 1925 Ali Akob bin Othman
  • A/P 2130 Samad bin Yatim
  • MM 9136 Hassan bin Othman
  • MPC 37 Abu Bakar bin Daud
  • MM 5674 Abu bin Mohd Ali
  • A/P 2127 Osman bin Yahya
  • Kpl 7068 Md Yassin bin Hj A.Wahab
  • MM 3933 Hamzah bin Ahmad
  • MM/T 3795 Jaafar bin Arshad
  • MPC 60 Ibrahim bin Adam
  • MPC 68 Awang bin Ali
  • MPC 181 Basiron bin Adam.
Dan 4 orang lagi cedera parah :
  • MM 10533 Osman Yusof
  • MPC 37 Abu Bakar Daud
  • MM 7645 Yusof bin Rono
  • MM/T 3472 Ahmad bin Khalid.
Wira-wira Polis ini, dengan semangat waja dan semangat kental mereka, keberanian mereka, kegagahan mereka, hari ini 71 tahun yang lalu, sehingga kini dan selama-lamanya menjadi sumber inspirasi kami, pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia.

Ya Allah, 22 orang anggota ini berkorban diri mempertahankan Balai yang mereka anggap tanah air mereka, Engkau tempatkan roh-roh mereka bersama orang beriman, ampunkan mereka, rahmatilah mereka, selamatkanlah mereka, maafkanlah mereka, masukkanlah mereka ke dalam syurga dan hindarkanlah mereka dari seksa kubur dan dari seksa neraka.

Amin, Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

23 Februari 1950 : Peristiwa Tragedi Bukit Kepong



Sejarah Pemberontakan Komunis di Malaysia


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...