Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 2 October 2020

02 Oktober 2020

Status Terkini : Dikhuatiri apabila berlakunya peningkatan kes akan mewujudkan Gelombang Kedua COVID-19 di Malaysia

Bo Qin Rich🌹: Status Daripada Facebook DSN

Seluruh Rakyat Malaysia (termasuk saya) sudah risau dengan kemungkinan gelombang kedua Covid-19 sudah bermula.

Namun saya tengok penyokong PH sudah mula buat kerja untuk menyalahkan PN/BN sebab PRN Sabah diadakan ketika jumlah kes Covid mula naik di sana.

Ya, memang benar bahawa orang politik merumitkan keadaan dan sudah tentu kehadiran kita dari semenanjung di Sabah telah menaikkan risiko Covid ditular.

Tetapi saya rasa ianya tidak adil untuk salahkan PN/BN sahaja sebab kita memang tidak mahu PRN Sabah diadakan.

PRN berlaku di sana selepas beberapa ADUN PH hilang kepercayaan pada Shafie and melompat ke golongan yang diketuai oleh Musa Aman.

Namun dengan majoriti jelas, TYT Sabah enggan menerima Musa Aman sampai ke tahap Musa dihalang masuk ke Istana Sabah.

"30 Julai; Musa dihalang masuk Istana Negeri"

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/716431/musa-dihalang-masuk-laluan-istana-negeri

Ini jauh berbeza dengan masa TYT menerima Shafie mengadap setelah UPKO melompat dan menjatuhkan Musa serta kerajaan BN Sabah selepas PRU14.

Ini juga berbeza dengan pendekatan TYT Melaka yang enggan mengikut nasihat Ketua Menteri Melaka untuk bubarkan DUN Melaka semasa kerajaan PH Melaka jatuh pada awal bulan Mac (sebelum PKP bermula) lalu:

"2 Mac 2020: TYT Melaka tolak cadangan Ketua Menteri bubarkan DUN"

https://www.astroawani.com/berita-politik/tyt-melaka-tolak-cadangan-ketua-menteri-bubarkan-dun-232331

Sebaliknya TYT Sabah mengikut nasihat Shafie untuk membubarkan DUN supaya PRN boleh dilaksanakan.`

Pada masa Shafie minta DUN dibubar, Musa juga tidak bersetuju.

"Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berpendapat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya adalah tidak perlu dan membuang masa dan wang serta memudaratkan nyawa rakyat ketika negara berdepan dengan wabak koronavirus (Covid-19)."

https://www.sinarharian.com.my/article/94717/BERITA/Politik/Pilihan-raya-tidak-perlu-Musa-Aman

Dan kita telah 3 kali tuntut mahkamah untuk tangguhkan PRN.

Malangnya mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan tolak permintaan ini walaupun memutuskan bahawa Musa Aman dijatuhkan tidak mengikut perlembagaan pada tahun 2018 dengan alasan wabak Covid di Sabah masih terkawal.

"Sep 2020: Pilihan Raya Sabah Tidak Perlu Diadakan Semasa Wabak, Mahkamah Diberitahu"

https://www.sabahpost.net/2020/09/07/pilihan-raya-sabah-tidak-perlu-diadakan-semasa-wabak-mahkamah-diberitahu/

"Sep 2020: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman gantung bubar DUN Sabah"

https://malaysiadateline.com/mahkamah-rayuan-tolak-rayuan-musa-aman-gantung-bubar-dun-sabah/

"Sep 2020: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan hentikan PRN Sabah"

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/619518/mahkamah-persekutuan-tolak-permohonan-hentikan-prn-sabah

Tiga kali kita pohon di tiga mahkamah, tiga kali permintaan kita ditolak.

Shafie tidak kisah. Sebaliknya, Shafie suruh orang yang positif Covid dibenarkan mengundi manakala pemimpin Warisan Ketapi menuduh bahawa kenaikan kes Covid di Sabah cuma satu wayang.

Masa itu juga, pemimpin-pemimpin PH lain memuji "keberanian" Shafie untuk membubarkan DUN supaya PRN boleh berlangsung.

Geng PH juga membantah arahan kuarantin dikeluarkan bagi mereka yang pulang dari Sabah ke semenanjung Malaysia dengan alasan bahawa ini akan melanggar demokrasi dan menakut-nakutkan pengundi.

"13 Sep: Teresa Kok questions if proposed quarantine aims at suppressing votes in Sabah"

https://www.malaysiakini.com/news/542441

"Kewajipan kuarantin kepada orang Sabah pulang mengundi akan menekan hak mengundi (Malay/English)"

https://aliran.com/coalitions/clean-and-fair-elections/kewajipan-kuarantin-kepada-orang-sabah-pulang-mengundi-akan-menekan-hak-mengundi-malay-english/

"Bersih 2.0 Press Release (12th September 2020): Compulsory Quarantine For Sabah Returnees May Further Suppress Sabahans’ Right To Vote And Underscores The Urgent Need For Postal/Absentee Voting"

https://www.bersih.org/bersih-2-0-12th-september-2020-compulsory-quarantine-for-sabah-returnees-may-further-suppress-sabahans-right-to-vote/

Akhirnya Shafie sendiri memohon maaf atas langkah dia membubar DUN dan melaksanakan PRN dengan alasan "warga Sabah berhak ada sebuah kerajaan yang bermaruah".

"24 Sep 2020: Mohd Shafie mohon maaf adakan PRN ketika Covid-19"

https://www.sinarharian.com.my/article/102513/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/Mohd-Shafie-mohon-maaf-adakan-PRN-ketika-Covid-19

Sebab itu, jangan hanya salahkan PN atau BN sahaja. 

Kita tidak ada pilihan lain selain membantu berkempen di sana walaupun dinasihat oleh ahli keluarga untuk tidak lawat ke Sabah masa itu.

Namun saya tetap menaruh harapan kepada kebolehan Kementerian Kesihatan Malaysa dan kerajaan PN untuk mengawal Covid.

Saya juga percaya bahawa situasi Covid pada masa ini juga jauh berbeza dengan keadaan pada bulan Mac lalu semasa PKP fasa 1 bermula:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157374209330952

Sumber : https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157395245910952/

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber lain : Covid-19: PH yang beriya bubar DUN Sabah, bukan salah BN, PN – Najib

  1. TYT Sabah enggan jumpa Musa Aman, masa Shafie Apdal nak pula dia jumpa.
  2. TYT Sabah ikut nasihat Shafie Apdal untuk bubar DUN.
  3. Sepatutnya ikut contoh TYT Melaka yang enggan bubar DUN.
  4. Musa Aman tidak setuju bubar DUN.
  5. Pemimpin-pemimpin PH puji Shafie Apdal konon berani bubar DUN.
  6. Pihak BN bawa ke mahkamah untuk batalkan pembubaran DUN.
  7. Mahkamah telah tolak 3 kali perkara ini.
  8. Yang bubar DUN PH, yang tolak permohonan mahkamah, yang salah BN-PN?

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/10/covid-19-ph-yang-beriya-bubar-dun-sabah.html

Link untuk share ke Facebook: https://t.me/cincanews/2413

Facebook: facebook.com/cincanewstoday

Telegram: t.me/cincanews

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...