Arkib : 16 Jun 2019
Bihun Muslim vs Bihun Cap Masjid
Heboh bihun cap masjid jijik dan kotor. Setelah gambar-gambar kilang dan proses buat bihun tersebar bihun jenama cap masjid dari kilang non-muslim.
Walaupun isu sudah beberapa tahun berlalu.
Bihun apa sahaja jenama asal dari kilang non-muslim, kebersihan dan kesucian bukan syariat mereka. Yang mereka dahulukan adalah perniagaan, untung semata-mata.
Ada kilang bihun tempat prosesnya terlibat pemeliharaan kandang babi. Kerana hasil dari air beras adalah makanan peliharaan babi mereka. Saluran air tidak mustahil akan bercampur dengan tempat proses bihun.
Dari sudut syariat, halal dan suci bukan milik mutlak untuk mereka patuhi. Kilang bihun langsung tidak menjaga kebersihan mesin yang digunakan untuk proses bihun. Bau yang hampak, jika kita masuk ke dalam kilang mereka.
Saya sendiri pernah melawat kilang non-muslim di sebelah Thailand. Hampir sama kilang non-muslim yang ada di Malaysia. Kebanyakan kilang bihun mereka beroperasi dalam rahsia umum. Mereka tidak berani dedahkan cara buat dan jauh sekali untuk menunjukkan kepada umum video bagaimana bihun ini dihasilkan.
Sebaliknya bihun keluaran muslim kilang yang bersih, proses buat patuh syariat, dari tangan-tangan muslim dari proses hingga pembungkusan. Kebersihan mesin, bahan dibuat dari beras bermutu, tidak meletakkan bahan peluntur pada bihun. Atau bahan pemutih. Atau tujuan faktor kesihatan. Bihunnya asli seperti dilihat pada bihun tayba asli warnanya.
Kilang bihun muslim boleh dilihat gambar-gambar yang telah ketahui umum prosesnya bersih, tidak ada penipuan. Semua telus untuk dikongsikan kepada pengguna umum. Kilang buatan non-muslim pernahkah anda melihat? Seperti kilang bihun cap masjid!! Itulah hakikatnya antara proses buat bihun kilang muslim vs kilang cap masjid
Walaupun harga bihun muslim sedikit mahal di pasaran, namun berkualiti. Lambat basi, bila dimasak lebih berkembang, jika dimakan rasa kenyang. Atau terasa kenyal.
Bermakna bihun muslim berasnya hampir 80% selain sagu. Jika bihun yang tidak premium, ketahanan bihun tidak lama setelah dimasak. Akan berlendir dan basi. Faktornya sagu berlebihan dari beras.
Banyak jenama bihun di pasaran dibuat oleh kilang non-muslim. Sebab kilang Muslim tidak banyak yang mampu membuat proses bihun. Permintaan makanan asas ini tinggi, kilang muslim tidak mampu menanggung keperluan pengguna Muslim. Sebab itu ada syarikat melayu lebih suka menjenamakan produk mereka dibuat dari kilang non-muslim.
Pelbagai jenama bihun ada dipasaran. Yang ambil berat akan mengenali sungguh-sungguh, jenama ini dari kilang muslim atau non-muslim. Sebab kilang boleh buat banyak jenama atas permintaan pelanggannya. Nak letak nama melayu atau Islam. Boleh letak logo masjid atau lambang Islam. Tujuan untuk mengelirukan pengguna muslim.
Oleh kerana sekarang ini kempen Muslim To Muslim (MTM) beli produk muslim, maka pilihlah jenama muslim sahaja. Yang pasti dari kilang muslim bukan dari kilang non-muslim untuk pembungkusan kepada Pengusaha melayu.
Kita tidak mau ada Melayu Tipu Melayu kerana memburu keuntungan dan kekayaan. Biarlah kita ikhlas dalam perniagaan mencari keberkatan. Jangan menipu pengguna.
Sudah banyak bihun keluaran muslim dibuat dari kilang beras PRM RICE VERMECELLI dengan kerjasama jenama bersama antara jenama bihun dikeluarkan.
- ✔Bihun Tayba 400gm
- ✔Bihun Taybah 300gm
- ✔Bihun 3 Teratai
- ✔Bihun Agromas
Pilihan untuk pengguna mengenali kilang membuat bihun dan jenama yang ada dipasaran.
Dengan kita mengenali kilang yang membuat bihun, kita tidak akan di was-was lagi dari sumber makanan kita makan.
Cuba kita mengingati sejarah sahabat nabi.
Ada yang bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqosh,
Apa yang membuat do’amu mudah dikabulkan dibanding para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lainnya?” “Saya tidaklah memasukkan satu suapan ke dalam mulutku melainkan saya mengetahui dari manakah datangnya dan dari mana akan keluar,” jawab Sa’ad.
Maka mencari yang halal itu wajib ke atas umat Islam. Walaupun kita dari sudut fekah harus mengusul datangnya makanan.
Tetapi di akhir zaman ini, dengan kuasa ekonomi non-muslim sudah menjadi kewajiban untuk kita mengetahui sumber makanan yang bakal kita makan.
Pengerusi penaja MTM
Pengerusi KO-MTM
Pengasas Taybah Mart
Admin MTM
#mtm #kempenbeliprodukmuslim #taybahhalalbarakah
No comments:
Post a Comment