Assalamu'alaikum Warahmatullohi Wabarakatuhu
RASULULLAH SAW : "APA YANG KAMU SUKA DI DUNIA INI?"
Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. Bermula di tanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar R.A. :
"Apa yang kamu suka dari dunia ini?" Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar RA.
"Aku suka dari dunia ini 3 perkara :
- Duduk-duduk bersamamu ya Rasulullah.
- Melihat wajahmu ya Rasulullah.
- Aku korbankan hartaku untukmu ya Rasulullah".
Jawab Sayyidina Umar RA "Ada 3 perkara juga yang aku suka :
- Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
- Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan.
- Berkata yang benar walaupun pahit".
"Dan bagaimana pula denganmu wahai Utsman?"
Berkata Sayyidina Utsman R.A. "Ada 3 perkara yang aku suka :
- Memberi makan.
- Memberi salam.
- Sholat malam di waktu manusia tidur".
"Aku juga cinta 3 perkara :
- Memuliakan tamu.
- Berpuasa di musim panas.
- dan memukul musuh dengan pedang".
"Apa yang kamu suka di dunia ini?" berkata Sayyidina Abu Dzar RA
"Aku suka 3 perkara di dunia ini :
- Lapar.
- Sakit.
- Mati".
Kemudian Rasulullah bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?"
Berkata Sayyidina Abu Dzar RA.
"Aku suka lapar kerana untuk membersihkan hati. aku suka sakit kerana untuk mengurangi dosaku.
aku suka mati kerana untuk bertemu tuhanku".
Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW "Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
- Wangi-wangian.
- Wanita yang solehah.
- Sholat menjadi penyejuk mataku".
Kemudian Malaikat Jibril mengatakan "Aku suka di dunia kamu ini 3 perkara" :
- Menyampaikan risalah.
- Menunaikan amanah.
- Cinta terhadap orang miskin".
- Lidah yang sentiasa berzikir.
- Hati yang sentiasa khusyuk.
- Jasad yang sabar menanggung Ujian.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ...
No comments:
Post a Comment