Kisah Salah Seorang Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...
Tadi makan tengah hari di restoran yang biasa saya kunjungi.
Seorang pekerja wanita yang kerap bersembang dengan saya tanya Pak Long boleh ke dia keluarkan wang KWSP nya Akaun I. Dia kata dulu dia pernah kerja kilang dan baru-baru ini dia dah keluarkan habis Akaun II yang berjumlah RM1,650 dalam 4 ansuran.
Suaminya pun bekerja di restoran sama sebagai pembancuh minuman. Upah harian suami RM60 sehari dan isteri pula RM50 sehari. Restoran ditutup paling lewat pun 2.30 petang. Restoran penyediaan makan tengah hari saja. Dari 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Dia bersama 10 pekerja lain pun tiada KWSP kerana upah harian (daily wages).
Suaminya baru keluar penjara pada awal tahun ini atas kes dadah ice. Dari pengamatan saya, si suami telah menyesal atas pembabitannya dalam ice kerana saya tahu pembabitan dan ketagihan dalam dadah ice ini susah nak buang. Suami handsome, isteri kategori cantik. Keduanya kulit cerah. Ada anak lelaki sorang 4 tahun comel diupah dijaga orang RM300 sebulan. Menyewa bilik.
Saya jawab mungkin di Akaun I itu berbaki lebih kurang RM2,000 saja. Apa pun saya nasihatkan dia supaya pergi ke pejabat cawangan KWSP pada bulan Disember ini untuk dapatkan maklumat lanjut Akaun I KWSP nya.
Mengikut data KWSP daripada 600,000 pencarum yang layak keluarkan RM500 sebulan mulai Januari 2021 itu 45% darinya adalah berbaki kurang RM10,000 dalam Akaun I KWSP mereka.
Inilah kehidupan. Bagi mereka yang masih menerima pendapatan tetap penggajian ataupun pencen bulanan walaupun di musim pandemik COVID-19 ini perlu bersimpati dengan mereka yang struggle untuk teruskan kehidupan harian.
https://www.facebook.com/groups/847649648673752/permalink/3264115453693814/
No comments:
Post a Comment