Gambar : Adakah Gardenia Masih Milikan Muslim?
Roti Gardenia telah lama menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Tapi, apakah asal usul Gardenia? Apa kaitan Gardenia dengan Massimo? Adakah jenama Gardenia ini diasaskan oleh rakyat Malaysia? Siapa pemiliknya sekarang?
Untuk pengetahuan anda, roti Gardenia diasaskan oleh seorang rakyat Amerika yang bernama Horatio Sye Slocum pada tahun 1969 di Sabah dengan kerjasama Dato Wong Tze Fatt atas tujuan mencari peluang peniagaan di negara yang kurang membangun pada masa itu.
Mesti anda pernah nampak seorang pakcik di packaging Gardenia kan. Logo orang tua tersebut merupakan wajah Uncle Slocum.
Walaupun penubuhan syarikat Gardenia ini bersama Dato Wong Tze Fatt, namun Dato Wong Tze Fatt telah melepaskan peniagaan beliau sepenuhnya. Gardenia Bakeries (Malaysia Timur) Sdn. Bhd. memberi fokus kepada pasaran Sabah, Sarawak dan Indonesia dan tidak berkaitan dengan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pula ditubuhkan lewat pada tahun 1986. Sebelum BERNAS disawastakan oleh pihak kerajaan, Dato Tan Chin Nam dan Tan Sri Robert Kuok Hock Nian (Raja Gula) masing-masing mempunyai syer sebanyak 30%. Pada masa itu, Federal Flour Milling (FFM) yang dimiliki oleh Robert Kuok merupakan pembekal tepung kepada Gardenia.
Selepas itu, Dato Tan Chin Nam dan Robert Kuok telah menjual syer masing-masing kepada Tan Sri Syed Moktar. Pada masa yang sama, FFM telah kehilangan pembeli tepung yang besar. Maka, Robert Kuok mengambil jalan membeli The Italian Baker Sdn Bhd, Massimo untuk memastikan permintaan dan pengeluaran tepung dari FFM dapat terus berada di pasaran Malaysia.
Gardenia kini mempunyai milikan 70% syer daripada Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS). Dan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula memegang lebih 90% syer BERNAS!
Jadi, nama Gardenia sering disebut dalam kempen Buy Muslim First (BMF) bagi menyokong perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar.
Memang tidak menafikan, segelintir masyarakat pernah memboikot Gardenia atas sebab-sebab yang pernah kami ulas dalam kisah mengenai Robert Kuok. Namun, pasaran Malaysia merupakan pasaran yang bebas untuk setiap usahawan berniaga demi memajukan ekonomi kita.
Apapun jua, jenama Malaysia perlu diutamakan. Perbandingan harga dan kualiti roti seharusnya menjadi tabiat Malaysia untuk memilih produk.
"Sungguh Enak Dimakan Begitu Sahaja.”
#Gardenia #JM #JenamaMalaysia
Posting : https://www.facebook.com/109107074296162/posts/133424401864429/
Sumber Artikel : https://www.facebook.com/JenamaMY.Official/?ti=as
No comments:
Post a Comment