Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 2 December 2020

“JANGAN BICARA TENTANG POLITIK YAA...”

MUDAHNYA MELAYU TERTIPU : “JANGAN BICARA TENTANG POLITIK YAA...”

Kita biasa ditegur apabila post sesuatu mengenai politik untuk memberi pencerahan dan info terkini kepada rakan-rakan dalam group, namun setiap kali itu juga kita akan mendapat adakalanya yang negatif seperti :

  • "Maaf, ini grup pengajian, jangan cakap politik yaa.. "
  • "Maaf,  ini grup mesjid, jangan cakap politik yaa.." 
  • "Maaf, ini grup dakwah, jangan cakap politik yaa.."
Ummat dilarang membicarakan tentang politik, tetapi tahukah Antum... bahawa 400 tahun Eropah menjajah Malaysia (ketika itu Semenanjung Tanah Melayu), 350 tahun Belanda menjajah Indonesia, Kristian Serbia membantai Muslim Bosnia, Buddha Myanmar membantai Muslim Rohingya, Hindu India membantai Muslim Kashmir, Yahudi Israel membantai Muslim Palestin, Syiah Syria membantai Sunni hingga kepada Kamal Attaturk berjaya bukan hanya meruntuhkan kerajaan Islam atau lebih tepat Empayar Islam, malah berjaya mensekularkan Turki.

Tahu kenapa?? 

Kerana umat Muslim DILARANG daripada membicarakan tentang politik sehingga umat Islam tidak tahu tentang tipu daya para musuh-Nya dalam menghancurkan Islam. 

Tiap kali ada umat yang sedar betapa pentingnya memahami politik dan mulai membicarakannya, maka langsung sahaja saudara seimannya menekan dan melarangnya.

Padahal... 

  • Semua musuh ALLAH berpolitik...
  • Semua musuh ALLAH menjalin persaudaraan di antara mereka...
  • Semua musuh ALLAH melupakan perbezaan besar diantara mereka...
  • Semua musuh ALLAH tidak hanya beribadat di rumah ibadat mereka masing-masing, namun juga mengatur strategi peperangan untuk memerangi kaum Muslimin.

Lihatlah apa yang kita kerjakan? 

  • Beribadah saja,
  • Bekerja saja,
  • Belajar saja,
  • Beramal Ma'ruf saja,

Maka tidaklah hairan jika umat Islam mudah sekali dikoyak-kotakkan, mudah sekali di adu domba dan mudah sekali dipecahkan satu dengan lainnya. Fahamilah saudaraku.. 

Politik yang kita bicarakan bukanlah politik kuasa semata. Politik yang kita bicarakan adalah wujud kecintaan kita terhadap Agama, Bangsa dan Negara. Politik yang kita bicarakan adalah mengenai kedzaliman dan kesewenang-wenangnya penguasa. Politik yang kita bicarakan adalah demi izzatul Islam wal Muslimin

Maka.. 

Jangan pisahkan politik dari dakwah. Jangan pisahkan politik dari ibadah dan Muammalah kita. Politik adalah syiasah / strategi untuk menegakkan Amar Maruf dan Nahi Munkar. Politik adalah wadah muhasabah diri agar tidak dijajah lagi seperti dulu...

Lihatlah masa 22 bulan mereka berkuasa... Islam mahu disamakan, Perlembagaan dilecehkan. Bumiputra nak disamaratakan. Pendidikan, bahasa mahu disamaratakan, ulama dihinakan dan syariat-Nya dipermainkan. Kini telah jelas sudah sampai ke penghujungnya apabila Raja-Raja Melayu mulai berasa terancam. Musuh-musuh Islam dan politik mereka bangkit bersama-sama.

Dari mana kita tau itu semua??  Ya, benar dari politik bila mereka berkuasa. Maka... selama politik itu benar, maka berpolitiklah, selama politik itu menjaga Marwah Islam dan bangsa, maka berpolitiklah, selama politik itu menyuarakan kebenaran dan memberantas kedzalliman, maka berpolitiklah.

Wallahu a'lam...

Al Firqah an Najiyah

https://www.facebook.com/groups/mukabukuanakperak/permalink/10159165873097386/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...